Ibadat

Bagaimana Memohon Bantuan Skim Zakat Perumahan Bagi Asnaf Dalam Negeri Johor ? ( Majlis Agama Islam Johor, MAIJ )

Majlis-Agama-Islam-Johor-MAIJ

 

Panduan Permohonan Bantuan Skim Zakat Perumahan

 

Memenuhi syarat umum iaitu :

  • Islam
  • Warganegara Malaysia @ Penduduk tetap dengan syarat pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di negeri Johor  untuk tempoh 1 tahun dan ke atas
  • Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah.
  • Melepasi proses Had Kifayah yang ditetapkan.

 

Panduan Permohonan :

  • Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan bantuan zakat MAINJ dan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas.
  • Setiap borang hendaklah disertakan salinan dokumen yang telah disahkan dan ditandatangani.
  • Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Penghulu, Ketua Kampung atau amil kawasan pemohon tinggal bermastautin.
  • Setiap borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke MAINJ daerah berkenaan.
  • Menyertakan lampiran berkaitan permohonan.

 

SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT

  1. Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT(ASAL) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR yang boleh didapati di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok `B’, Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru atau Pejabat-pejabat Agama Daerah berhampiran.
  2. Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga(3) tahun berturut-turut di Negeri Johor dan membayar zakat (fitrah dan harta) di dalam Negeri Johor.
  3. Pemohon mestilah tidak mendapat bantuan /sumbangan/pinjaman daripada mana-mana pihak lain.
  4. Hanya mereka yang berhak mengikut Hukum Syara’ dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAIJ.
  5. Pemohon adalah bertanggungjawab di hadapan Allah S.W.T atas sebarang pemalsuan maklumat dan dokumen yang diberikan.

—————————–

  1. Sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai mana-mana bantuan MAIJ adalah melalui sumber wang zakat yang dipungut daripada masyarakat Islam di dalam Negeri Johor.
  2. Penggunaan atau pengagihan wang zakat adalah berdasarkan keutamaan dan kepentingan bagi setiap asnaf atau golongan yang ditetapkan di dalam Al-Quran. Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Taubah, ayat 60 bermaksud:

” Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, dan orang miskin dan amil-amil yang menguruskan dan muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah, dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demlkian adalah) satu ketetapan yang datangnya dari Allah, dan (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ” 


Muat Turun Borang Skim Bantuan Zakat Perumahan

 

Lain – Lain Muat turun borang-borang Skim bantuan zakat :

maij


Objektif Agihan

  • Menjadikan zakat sebagai asas pembangunan negara dan ummah.
  • Menunaikan hak dan tanggungjawab kepada asnaf seperti mana yang ditetapkan Syarak.
  • Meningkatkan taraf hidup golongan asnaf dalam semua bidang kehidupan merangkumi aspek – aspek rohani, aqli dan jasmani.
  • Membantu melaksanakan usaha-usaha memantap dan meninggikan penghayatan agama Islam.
  • Mempertahan dan meningkatkan martabat dan maruah ummah.

Keperluan Asasi / Had Al Kifayah

Makan dan minum
Pakaian
Tempat tinggal
Pelajaran
Perubatan
Pengangkutan
• Dharuriat ( Keperluan Asas )
• Hajiat ( Keselesaan )
• Tahsiniat ( Kemewahan )

 


 

Syariat Agihan

Firman  Allah S.W.T. di dalam surah at – Taubah ayat 60 :

Maksudnya :

“ Sesungguhnya sedekah itu ( zakat ) hanyalah untuk orang- orang fakir dan orang – orang miskin dan amil- amil yang mengurusnya, dan orang- orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba- hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang- orang yang berhutang dan untuk dibelanja pada jalan Allah dan orang- orang musafir yang keputusan dalam perjalanan. Ketetapan hukum yang demikian itu ialah sebagai satu ketetapan yang datang dari Allah. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana”.

 


 

Takrif Asnaf

Takrif Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai harta dan hasil usaha ( pekerjaan ) yang boleh memenuhi keperluan asas ( daruriat ) bagi dirinya dan tanggungan di bawahnya bukan keperluan tambahan ( hajiat ) dan bukan keperluan kemewahan ( tahsiniat ), termasuk juga mereka yang tidak ada daya usaha dengan sebab seperti penyakit.

Contoh : Seseorang yang memerlukan kepada RM 300.00 sebulan tetapi hanya memperolehi tidak sampai 50% keperluan tersebut untuk menampung keperluan asasi diri dan tanggungan di bawahnya.

Takrif Miskin
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasi  ( daruriat ) tetapi tidak mencukupi untuk dirinya dan orang di bawah tanggungannya.

Contoh : Seseorang yang memerlukan kepada RM 300 sebulan tetapi hanya memperolehi sebahagian
( 50% ) atau lebih tetapi tidak sampai memenuhi keperluan asasi sebenar bagi diri dan tanggungannya.

Takrif Amil
Individu atau institusi yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat sama ada mengurus dan mentadbir hal ehwal pungutan, pengagihan atau yang mengawasi urusan kewangan zakat.

Takrif Muallaf
Mereka yang hatinya baru berjinak– jinak dengan agama Islam dan mendapat hidayah menganuti Islam supaya mereka merasakan adanya tempat bergantung bagi menghadapi cabaran yang  mendatang.

Takrif Gharim
Golongan yang berhutang utuk memenuhi keperluan asas diri, keluarga, tanggungannya atau masyarakat dan memerlukan penyelesaian segera selaras dengan hukum Syarak.

 

Takrif Riqab
Mereka yang dimiliki oleh tuannya bagi membolehkan mereka membebaskan / menebus diri masing– masing.

 

Takrif Ibnu Sabil
Orang yang terputus bekalan ( perbelanjaan ) semasa perjalanan (safar) dan orang yang hendak memulakan perjalanan yang diharuskan oleh Syarak.

 

Takrif Fisabilillah
Mereka yang berjuang, berusaha, mempertahankan dan meningkatkan penghayatan dan syiar Islam.

 


 

Had Al Kifayah sebagai pengukur garis Kemiskinan

Takrif Haddul Kifayah
Dari segi bahasa  : Kadar kecukupan
Dari segi Syarak  : Kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang.

Sistem agihan ke atas golongan fakir dan miskin sama ada Islam asal atau muallaf adalah berasaskan kepada keperluan asasi ( daruriat ) bukan keperluan tambahan ( hajiat ) dan bukan keperluan kemewahan ( tahsiniat ) seseorang itu mengikut kaca mata Islam bagi diri dan keluarga di bawah tanggungannya sesuai dengan tempat, masa serta status sosial seseorang itu bagi keperluan minima:

 

 

KEPERLUAN ASASI

• Makan dan minum
• Tempat tinggal
• Pakaian
• Pendidikan
• Perubatan
• Pengangkutan


Kategori Individu Dalam Had Kifayah

Bil
Kategori
Definisi
1 Ketua Keluarga
a. Suami / isteri atau;
b. Ibu / bapa tunggal atau;
c. Seorang diri ( sebatang kara )
d. Penjaga
2 Dewasa
a. Isteri / suami yang ditanggung oleh ketua keluarga sama ada bekerja atau tidak.

b. Ibu/bapa yang wajib disara.

c. Tanggungan yang bersekolah / tidak bersekolah melebihi umur 18 tahun.

d.Tanggungan anak / anak yang bekerja   tetapi masih tinggal bersama

3 Dewasa bersekolah Tanggungan / anak yang berumur 18 tahun keatas yang masih menuntut.
4 Remaja bersekolah Tanggungan yang berusia 13 – 17 tahun yang masih bersekolah.
5 Kanak- kanak bersekolah Tanggungan yang berusia 5 – 12 tahun yang masih bersekolah.
6 Kanak- kanak tidak bersekolah Tanggungan yang berusia kurang daripada 15 tahun yang tidak bersekolah.
7 Kanak- kanak berumur di bawah 5 tahun Tanggungan yang berumur kurang daripada 5 tahun


Lokasi

Kawasan Bandaraya
Kawasan yang terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan berikut : Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Kawasan Bandar
Kawasan yang terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan berikut : Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Perbandaran Kulai, Pihak Berkuasa Tempat Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Muar, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Perbandaran Kluang, Majlis Daerah Segamat Utara, Majlis Daerah Pontian, Majlis Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Mersing, Majlis Daerah Tangkak, Majlis Daerah Yong Peng, Majlis Daerah Simpang Renggam dan Majlis Daerah Labis.

 

Kawasan Luar Bandar
Kawasan yang terletak di luar pentadbiran mana- mana Pihak Berkuasa Tempatan.


Status Rumah

Status rumah terbahagi kepada dua :

1. Rumah percuma iaitu rumah milik sendiri atau didiami secara percuma.
2. Rumah berbayar iaitu rumah milik sendiri yang belum habis dibayar atau rumah sewa dan seumpamanya

 


 

image

 

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN PERKHIDMATAN YANG BERKAITAN, SERTA MENGHANTAR PERMOHONAN :

 

Ibupejabat MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Aras 5, Blok ‘B’,
Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725, 80990,
Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Tel 07-2282929, 07-2282937, 07-2282941, 07-2282926   Fax: 07-2238752 / 07-2275173

Emel: zakat@maij.gov.my

 

 

Senarai nombor telefon dan faks Pejabat Daerah MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

 

MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU
Aras 2, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar
80990 Johor Bahru
Johor Darul Takzim
Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549

MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH MUAR
Jalan Petri,
84000 Muar,
Johor Darul Takzim
Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209

MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH BATU PAHAT
Jalan Bakau Condong,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim
Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357

MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH SEGAMAT
Batu 1, Jln. Buloh Kasap,
85000 Segamat.
Johor Darul Takzim
Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179

MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH KLUANG
Aras 2, Jalan Pejabat Kerajaan,
86000 Kluang,
Johor Darul Takzim
Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542

MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH PONTIAN
Aras Bawah, Komplek Pejabat Kadi dan Mahkamah Syariah
Jalan Parit Masjid, 82000 Pontian,
Johor Darul Takzim
Tel : 07-6879493, 07-6861395

MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH KOTA TINGGI
Aras 5, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Tun Habab 81900 Kota Tinggi,
Johor Darul Takzim
Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859

 

MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH MERSING
Jalan Masjid,
86800 Mersing,
Johor Darul Takzim
Tel: 07-7991073 , Faks: 07-7996946

MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH TANGKAK
D/a: Pejabat Masjid Jamek Ledang, Johor
Tel   : 06-9783479 , Faks : 06-9537209

MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH KULAI
 No. 2930, Jalan Merbau 3, Bandar Putra, 81000,
Kulaijaya, Johor
Tel   : 07-5985104, 07-5988127, Faks : 07-5995214

PEJABAT KUTIPAN ZAKAT PASIR GUDANG
L1-05, Kompleks Pusat Bandar,
Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang
Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105

PEJABAT WAKAF, MAIJ
Jalan Abdul Rahman Andak,
80100 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2221655 , Faks : 07-2221677
wakafjohor@gmail.com

 

ceramah

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s