Kejuruteraan

Kerjaya – Permohonan Jawatan Bagi Juruteknik Atau Jurutera Elektronik Bio-Perubatan !!!

bio-medical-engineering-800x445

Kejuruteraan bioperubatan (bahasa Inggeris: biomedical engineering) didefinisikan sebagai aplikasi teknik dan prinsip kejuruteraan kepada bidang perubatan. Kejuruteraan bioperubatan adalah disiplin ilmu yang mendepani pengetahuan dalam kejuruteraan, biologi dan perubatan serta mempertingkatkan kesihatan manusia melalui aktiviti merentas disiplin yang menggabungkan sains kejuruteraan dengan sains bioperubatan dan amalan perubatan.

Ia merupakan penggunaan kemahiran reka bentuk dan mengatasi masalah dalam kejuruteraan dalam sains biologi dan perubatan untuk membaiki perkhidmatan kesihatan untuk para pesakit serta kualiti hidup individu-individu. Ia lebih berkait dengan biologi, isu keselamatan dan pengawasan berbanding kejuruteraan bentuk lain.

6b99beb3af74908efda9740d9f76e17357ff8f0513f5d

Secara umumnya, bidang kejuruteraan tradisional yang menjadi asas kepada kejuruteraan bioperubatan adalah kejuruteraan elektrik dan kejuruteraan elektronik serta kejuruteraan mekanikal.

Prinsip kedua-kedua bidang kejuruteraan ini menjadi asas kepada silibus kejuruteraan dalam kejuruteraan bioperubatan.Cabang-cabang kejuruteraan lain termasuklah kejuruteraan kimia, kejuruteraan optikal dan kejuruteraan bahan.

Jurutera bioperubatan telah diajar dan perlu mengetahui ilmu-ilmu asas dalam kejuruteraan-kejuruteraan tersebut seperti Analisis Litar, Elektronik Analog dan Digital, Pemprosesan Isyarat, Sistem Kawalan, Statik dan Dinamik, Teori Elektromagnet, dan juga Matematik Kejuruteraan.

Selain itu, jurutera bioperubatan turut diajar subjek-subjek perubatan seperti anatomi dan fisiologi untuk membolehkan mereka memahami mengaplikasikan ilmu kejuruteraan tersebut kepada sistem manusia.

Kejuruteraan bioperubatan merupakan bidang yang baru, dan merangkumi penyelidikan dan pembangunan dalam bioinfomatik, pengimejan perubatan, pemprosesan imej, pemprosesan isyarat fisiologi, biomekanik, biobahan, biokejuruteraan, analisis sistem, pemodelan 3-D dan sebagainya.

Contoh pengaplikasian kejuruteraan bioperubatan termasuk perkembangan dan pembuatan prostetik, alat perubatan, alat diagnosis, alat pengimejan seperti MRI dan EEG serta ubat farmaseutik.

ECS-embedded-system-boxgrid-480x297

Kebanyakan peranti perubatan adalah selamat, sama ada yang memangnya selamat ataupun yang mempunyai peranti atau sistem tambahan agar dapat mengesan kegagalan mereka dan menutup secara automatik. Biasanya, peraturan asas adalah satu kegagalan tidak harus menjadikan kaedah terapi itu tidak selamat pada sebarang masa dalam kitaran tempoh hayatnya.

 

9453

 

Peluang Kerjaya Bidang Bioperubatan

Sila klik pautan di bawah:

  1. Laman Web Indeed https://www.indeed.com.my/Biomedical-Engineering-jobs
  2. Jobstreet.com  https://www.jobstreet.com.my/en/job-search/biomedical-jobs/
Advertisements

Categories: Kejuruteraan, Pekerjaan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s