
Jabatan Kebajikan Masyarakat sangat menggalakkan ahli masyarakat untuk menjadi Ahli Sukarelawan JKM bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam kerja kemasyarakatan dan memupuk semangat tolong menolong dan budaya ikram sejajar dengan Dasar Kebajikan Masyarakat.
TERMA PEMILIHAN SUKARELAWAN JKM
- Berumur 18 tahun ke atas
- Keahlian terbuka kepada semua ahli masyarakat yang berminat kepada kerja-kerja kebajikan masyarakat
- Setiap permohonan hendaklah mengisikan borang ahli yang boleh didapati daripada:-
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
- Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Putrajaya
- Penyertaan menjadi ahli adalah secra PERCUMA tanpa yuran bulanan/Tahunan
- Membuat PERMOHONAN MENJADI Sukarelawan JKM di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia atau menggunakan sistem atas talian (online system) di laman sesawang http://www.jkm.gov.my.
- Kesediaan memberi masa untuk menjalankan kerja sukarela tanpa mengira masa;
- Keyakinan untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan dengan orang lain dan bersungguh-sungguh untuk membantu dengan keupayaan yang ada;
- Mempunyai kesediaan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran bertugas; dan
- Sedia berkhidmat dengan penuh komited, komitmen dan rasa tanggungjawab.
Sukarelawan JKM terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, di peringkat negeri, daerah dan institusi serta institusi kelolaan Pertubuhan Sukarela Kebajikan.
- Mengadakan khidmat kaunseling secara individu atau berkumpulan bagi sukarelawan yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang berkenaan di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU) dan klien JKM yang kurang berkemampuan;
- Memberi bimbingan dan sokongan kepada penghuni-penghuni di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU) dan klien JKM yang kurang berkemampuan;
- Mengadakan lawatan khidmat kaunseling dan bimbingan di rumah-rumah klien terutama warga emas dan OKU; dan
- Mengadakan aktiviti gotong-royong atau pembaikan di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU) dan di rumah klien JKM terutama warga emas dan OKU.
- Mengadakan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang berkenaan di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU);
- Memberi bimbingan moral kepada penghuni-penghuni di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU);
- Mengadakan kelas pendidikan akademik kepada penghuni-penghuni di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak dan OKU);
- Mengadakan aktiviti keagamaan seperti ceramah, kelas tajwid, sambutan hari-hari kebesaran;
- Mengadakan aktiviti sukaneka kepada penghuni-penghuni di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU);
- Mengajar dan memberi latihan kebudayaan serta kesenian seperti kelas tarian, kelas kraf dan kelas masakan;
- Membantu mencari peluang pekerjaan kepada OKU, Pelatih-Pelatih yang keluar dari institusi Kebajikan seperti Pelatih Desa Bina Diri dan Rumah Kanak-Kanak;
- Mengajikan dan memberi pekerjaan sekiranya berkemampuan kepada OKU, Pelatih-Pelatih yang keluar dari institusi Kebajikan seperti Pelatih Desa Bina Diri dan Rumah Kanak-Kanak; dan
- Mendayaupayakan aktiviti ekonomi penerima bantuan JKM dan Klien di institusi JKM dan NGO`s seperti Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan lain-lain.
- Menyediakan makanan dan minuman;
- Pembersihan diri (memandikan, memotong kuku) menyikat rambut dan sebagainya);
- Menjadi rakan berbual;
- Menjalankan aktiviti riadah;
- Mengemas atau membersihkan tempat tinggal, persekitaran;
- Membasuh, menyidai dan melipat pakaian;
- Mengeluarkan wang dari Bank;
- Membuat pembayaran bil;
- Memberikan perkhidmatan fisioterapi berkelayakan
- Memberi latihan praktikal tentang teknik-teknik penjagaan kepada penjaga;
- Memberi latihan praktikal tentang teknik-teknik penjagaan kepada penjaga;
- Memberi galakan dan latihan praktikal ke arah gaya hidup sihat;
- Membawa ke hospital /klinik untuk tujuan rawatan dan mengambil ubat;
- Mengajar Warga Emas/ OKU/penjaga mengambil ubat dengan betul;
- Menemani Warga Emas/OKU ke tempat beribadat; dan
- Membantu pihak JKM mendaftarkan mangsa bencana di pusat-pusat pemindahan;
- Membantu Jawatankuasa Bencana memindahkan mangsa bencana ke pusat-pusat pemindahan;
- Membantu Jawatankuasa Bencana menyediakan keperluan asas mangsa bencana;
- Membantu Bahagian Kaunseling mengelolakan program kaunseling kepada mangsa bencana;
- Membantu Jawatankuasa Bencana menyediakan makan dan minum kepada mangsa bencana;
- Membantu membersihkan kawasan pemindahan (Pusat Pemindahan Bencana); dan
- Membantu membersihkan rumah mangsa-mangsa bencana.
- Membentuk Jawatankuasa Kecil di Pusat Pemindahan seperti :
- Jawatankuasa Kebersihan
- Jawatankuasa Keceriaan
- Jawatankuasa Rekreasi mengikut kumpulan sasar
- Jawatankuasa Keselamatan
- Jawatankuasa Makanan
Borang permohonan menjadi sukarelawan, (BORANG PERMOHONAN SUKARELAWAN)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cawangan JKM (seperti lampiran di bawah) berdekatan anda:


Ibupejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor
Tingkat 4, Blok A, Bangunan Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07- 228 2971 / 07- 228 2972
Faks : 07- 224 0336 Emel : jkmn_johor@jkm.gov.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
Aras Bawah, Zon C, Kompleks Persekutuan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit,Bandar Mu’adzam Shah 06550 Alor Setar, Kedah
Tel : 04-700 1700
Faks : 04-731 3407 Emel : jkmn_kedah@jkm.gov.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan
Blok 7, Kompleks Kota Darul Naim, 15503 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-7416900
Faks : 09-7481264 Emel : jkm@kelantan.gov.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka
No. 36-2, Tingkat 2, Jalan KC 1, Bangunan Kota Cemerlang, 75450 Lebuh Ayer Keroh, Melaka
Tel : 06 – 333 3333 / 06-231 9171
Faks : 06-231 9221 Emel : jkmn_melaka@jkm.gov.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan
Tingkat 1B, Wisma Negeri, Jalan Dato Abd. Malek, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-7659555 / 06-7659556
Faks : 06-7629 541 Emel : jkmn_sembilan@jkm.gov.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, Tingkat 30, Menara Komtar, 10564 Timur Laut, Pulau Pinang
Tel : 046505259
Faks : 042635964 Emel : jkmnpp@jkm.gov.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang
Lot 27 & 29, Sri Kuantan Square, Jalan Telok Sisek, 25050 Kuantan, Pahang
Tel : 09-5650222
Faks : 09-5165185 Emel : jkmn_pahang@jkm.gov.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak
Lot 1516, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Ipoh, 30000 Kinta, Perak
Tel : 05-2545505
Faks : 05-2546505 Emel : –
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis
Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, 01000 Kangar , Perlis
Tel : 04-973 1864
Faks : 04-979 1401 Emel : jkmn_perlis@jkm.gov.my
Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah
Tingkat 6 & 8, Blok B, Bangunan Wisma MUIS, Jalan Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-25 5133/ 088-25 5134 / 088-24 4228
Faks : 088-22 4983 / 088-31 8308 Emel : jpka_sabah@jkm.gov.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak
Wisma Kebajikan, Lot 4273, Blok 14, Off Jalan Siol Kanan, 93050 Kuching, Sarawak
Tel : 082-449577
Faks : 082-448741 / 082-448455 Emel : welfare@sarawak.gov.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-5510 1400
Faks : 03-5519 0232 Emel : –
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu
Tingkat 1, Wisma Negeri, Jalan Pejabat, 20564 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel : 09-6222444 / 09-6274256/51
Faks : 09-6239864 Emel : jkmn_terengganu@jkm.gov.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, No. 72, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 50564 , Kuala Lumpur
Tel : 03-40441188/03-26124000
Faks : 03-40428185 Emel : jkmn_kl@jkm.gov.my
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan
Peti Surat 81212, Jalan Tun Mustapha, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan, Labuan
Tel : 087-424961
Faks : 087-418185 Emel : jkmn_labuan@jkm.gov.my