Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Bagaimana Cara – Cara Memohon Sebagai Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM ?

 

hands people friends communication

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat sangat menggalakkan ahli masyarakat untuk menjadi Ahli Sukarelawan JKM bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam kerja kemasyarakatan dan memupuk semangat tolong menolong dan budaya ikram sejajar dengan Dasar Kebajikan Masyarakat.

TERMA PEMILIHAN SUKARELAWAN JKM

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Keahlian terbuka kepada semua ahli masyarakat yang berminat kepada kerja-kerja kebajikan masyarakat
  • Setiap permohonan hendaklah mengisikan borang ahli yang boleh didapati daripada:-
  • Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
  • Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Putrajaya
  • Penyertaan menjadi ahli adalah secra PERCUMA tanpa yuran bulanan/Tahunan
  • Membuat PERMOHONAN MENJADI Sukarelawan JKM di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia atau menggunakan sistem atas talian (online system) di laman sesawang http://www.jkm.gov.my.
  • Kesediaan memberi masa untuk menjalankan kerja sukarela tanpa mengira masa;
  • Keyakinan untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan dengan orang lain dan bersungguh-sungguh untuk membantu dengan keupayaan yang ada;
  • Mempunyai kesediaan mental dan fizikal untuk menghadapi cabaran bertugas; dan
  • Sedia berkhidmat dengan penuh komited, komitmen dan rasa tanggungjawab.

 

Sukarelawan JKM terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, di peringkat negeri, daerah dan institusi serta institusi kelolaan Pertubuhan Sukarela Kebajikan.

i.      Perkhidmatan Sokongan Sosial, Bimbingan & Kaunseling

 

Khidmat bantuan yang boleh diberikan oleh Sukarelawan JKM adalah seperti berikut (mengikut keperluan):
  1. Mengadakan khidmat kaunseling secara individu atau berkumpulan bagi sukarelawan yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang berkenaan di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU) dan klien JKM yang kurang berkemampuan;
  2. Memberi bimbingan dan sokongan kepada penghuni-penghuni di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU) dan klien JKM yang kurang berkemampuan;
  3. Mengadakan lawatan khidmat kaunseling dan bimbingan di rumah-rumah klien terutama warga emas dan OKU; dan
  4. Mengadakan aktiviti gotong-royong atau pembaikan di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU) dan di rumah klien JKM terutama warga emas dan OKU.

 

ii.      Khidmat Pemulihan dan Kesihatan, Pendidikan Moral dan Akademik

 

Khidmat bantuan yang boleh diberikan oleh Sukarelawan JKM adalah seperti berikut (mengikut keperluan) :

 

  1. Mengadakan pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang berkenaan di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU);
  2. Memberi bimbingan moral kepada penghuni-penghuni di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU);
  3. Mengadakan kelas pendidikan akademik kepada penghuni-penghuni di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak dan OKU);

 

iii.     Program Keagamaan, Sukan, Kebudayaan & Kesenian

 

Khidmat bantuan yang boleh diberikan oleh Sukarelawan JKM adalah seperti berikut (mengikut keperluan) :

 

  1. Mengadakan aktiviti keagamaan seperti ceramah, kelas tajwid, sambutan hari-hari kebesaran;
  2. Mengadakan aktiviti sukaneka kepada penghuni-penghuni di institusi JKM dan NGO`s (kanak-kanak, warga emas dan OKU);
  3. Mengajar dan memberi latihan kebudayaan serta kesenian seperti kelas tarian, kelas kraf dan kelas masakan;

 

iv.     Penempatan Pekerjaan

 

Khidmat bantuan yang boleh diberikan oleh Sukarelawan JKM adalah seperti berikut (mengikut keperluan) :

 

  1. Membantu mencari peluang pekerjaan kepada OKU, Pelatih-Pelatih yang keluar dari institusi Kebajikan seperti Pelatih Desa Bina Diri dan Rumah Kanak-Kanak;
  2. Mengajikan dan memberi pekerjaan sekiranya berkemampuan kepada OKU, Pelatih-Pelatih yang keluar dari institusi Kebajikan seperti Pelatih Desa Bina Diri dan Rumah Kanak-Kanak; dan
  3. Mendayaupayakan aktiviti ekonomi penerima bantuan JKM dan Klien di institusi JKM dan NGO`s seperti Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan lain-lain.

 

v.     Program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services)

 

Khidmat bantuan yang boleh diberikan oleh Sukarelawan JKM adalah seperti berikut (mengikut keperluan) :

 

  1. Menyediakan makanan dan minuman;
  2. Pembersihan diri (memandikan, memotong kuku) menyikat rambut dan sebagainya);
  3. Menjadi rakan berbual;
  4. Menjalankan aktiviti riadah;
  5. Mengemas atau membersihkan tempat tinggal, persekitaran;
  6. Membasuh, menyidai dan melipat pakaian;
  7. Mengeluarkan wang dari Bank;
  8. Membuat pembayaran bil;
  9. Memberikan perkhidmatan fisioterapi berkelayakan
  10. Memberi latihan praktikal tentang teknik-teknik penjagaan kepada penjaga;
  11. Memberi latihan praktikal tentang teknik-teknik penjagaan kepada penjaga;
  12. Memberi galakan dan latihan praktikal ke arah gaya hidup sihat;
  13. Membawa ke hospital /klinik untuk tujuan rawatan dan mengambil ubat;
  14. Mengajar Warga Emas/ OKU/penjaga mengambil  ubat  dengan betul;
  15. Menemani Warga Emas/OKU ke tempat beribadat; dan

 

vi.   Pengurusan Bencana

 

Khidmat bantuan yang boleh diberikan oleh Sukarelawan JKM adalah seperti berikut (mengikut keperluan):

 

  1. Membantu pihak JKM mendaftarkan mangsa bencana di pusat-pusat pemindahan;
  2. Membantu Jawatankuasa Bencana memindahkan mangsa bencana ke pusat-pusat pemindahan;
  3. Membantu Jawatankuasa Bencana menyediakan keperluan asas mangsa bencana;
  4. Membantu Bahagian Kaunseling mengelolakan program kaunseling kepada mangsa bencana;
  5. Membantu Jawatankuasa Bencana menyediakan makan dan minum kepada mangsa bencana;
  6. Membantu membersihkan kawasan pemindahan (Pusat Pemindahan Bencana); dan
  7. Membantu membersihkan rumah mangsa-mangsa bencana.
  8. Membentuk Jawatankuasa Kecil di Pusat Pemindahan seperti :
  • Jawatankuasa Kebersihan
  • Jawatankuasa Keceriaan
  • Jawatankuasa Rekreasi mengikut kumpulan sasar
  • Jawatankuasa Keselamatan
  • Jawatankuasa Makanan
BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan menjadi sukarelawan, (BORANG PERMOHONAN SUKARELAWAN)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cawangan JKM (seperti lampiran di bawah) berdekatan anda:

volunteers

download (1)
Senarai Ibupejabat dan Pejabat JKM Negeri

 

Ibupejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor

Tingkat 4, Blok A, Bangunan Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor

Tel : 07- 228 2971 / 07- 228 2972

Faks : 07- 224 0336    Emel : jkmn_johor@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah

Aras Bawah, Zon C, Kompleks Persekutuan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit,Bandar Mu’adzam Shah 06550 Alor Setar, Kedah

Tel : 04-700 1700

Faks : 04-731 3407      Emel : jkmn_kedah@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan

Blok 7, Kompleks Kota Darul Naim, 15503 Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7416900

Faks : 09-7481264       Emel : jkm@kelantan.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka

No. 36-2, Tingkat 2, Jalan KC 1, Bangunan Kota Cemerlang, 75450 Lebuh Ayer Keroh, Melaka

Tel : 06 – 333 3333 / 06-231 9171

Faks : 06-231 9221       Emel : jkmn_melaka@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan

Tingkat 1B, Wisma Negeri, Jalan Dato Abd. Malek, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 06-7659555 / 06-7659556

Faks : 06-7629 541         Emel : jkmn_sembilan@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, Tingkat 30, Menara Komtar, 10564 Timur Laut, Pulau Pinang

Tel : 046505259

Faks : 042635964           Emel : jkmnpp@jkm.gov.my

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

Lot 27 & 29, Sri Kuantan Square, Jalan Telok Sisek, 25050 Kuantan, Pahang

Tel : 09-5650222

Faks : 09-5165185          Emel : jkmn_pahang@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak

Lot 1516, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Ipoh, 30000 Kinta, Perak

Tel : 05-2545505

Faks : 05-2546505           Emel : –

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis

Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, 01000 Kangar , Perlis

Tel : 04-973 1864

Faks : 04-979 1401         Emel : jkmn_perlis@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah

Tingkat 6 & 8, Blok B, Bangunan Wisma MUIS, Jalan Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-25 5133/ 088-25 5134 / 088-24 4228

Faks : 088-22 4983 / 088-31 8308          Emel : jpka_sabah@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak

Wisma Kebajikan, Lot 4273, Blok 14, Off Jalan Siol Kanan, 93050 Kuching, Sarawak

Tel : 082-449577

Faks : 082-448741 / 082-448455            Emel : welfare@sarawak.gov.my

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5510 1400

Faks : 03-5519 0232                Emel : –

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu

Tingkat 1, Wisma Negeri, Jalan Pejabat, 20564 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel : 09-6222444 / 09-6274256/51

Faks : 09-6239864                  Emel : jkmn_terengganu@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, No. 72, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 50564 , Kuala Lumpur

Tel : 03-40441188/03-26124000

Faks : 03-40428185               Emel : jkmn_kl@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan

Peti Surat 81212, Jalan Tun Mustapha, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan, Labuan

Tel : 087-424961

Faks : 087-418185                Emel : jkmn_labuan@jkm.gov.my

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s