Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Bagaimana Memohon Skim Bantuan Kebajikan Yang Diperuntukkan Oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (Welfare) ?

download

 

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

 

Tujuan

Tujuan umum bantuan kewangan kebajikan adalah seperti berikut:
Penyaraan pendapatan keluarga bagi memenuhi keperluan asas kehidupan;

Menggalakkan kumpulan sasar yang masih produktif supaya minat bekerja dan berdikari;

Meningkatkan taraf kehidupan kumpulan sasar agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

 

Kelayakan Umum Untuk Memohon Bantuan Kebajikan

Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi syarat asas kelayakan seperti berikut:

Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia

Pendapatan keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)

Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan dengan mengambilkira lain-lain faktor seperti bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan, tahap ketidakupayaan ketua keluarga atau ahli keluarga, sokongan dari ahli keluarga, keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga dan faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga

 

Catitan
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Permohonan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang Yang Berkaitan
Borang Permohonan JKM18 (JKM18_2016)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (JKM20_2016)

 


BANTUAN BULANAN Disediakan Oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

 

Bantuan Kanak -Kanak

KADAR 
RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM450 sebulan sekeluarga melebihi 4 orang kanak-kanak.

TUJUAN

  1. Membantu kanak-kanak miskin dan berkeperluan supaya dapat terus tinggal bersama keluarga mereka untuk menikmati kasih sayang, perhatian dan penjagaan yang sewajarnya.
  2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat supaya dapat berdikari dan terus menjaga anak-anak dengan sempurna.
  3. Memastikan pembangunan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-

  1. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (atau jika yang bersekolah sehingga tamat menengah atas);
  2. Kanak-kanak yatim/yatim piatu;
  3. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa/penjaga yang tidak berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, tidak upaya, berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan.

 

Bantuan Anak Pelihara

KADAR 
RM250 sebulan seorang kanak-kanak.  Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

TUJUAN

  1. Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
  2. Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-

  1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  4. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
    1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

 

 

Bantuan Orang Tua

KADAR 
RM350 sebulan seorang.

TUJUAN
Saraan hidup kepada warga tua yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  1. Warga tua berumur 60 tahun ke atas;
  2. Tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup;
  3. Jika mempunyai keluarga tetapi keluarga tidak berkemampuan untuk menyara hidup.

 

 

Elaun Pekerja Cacat

KADAR 
RM400 sebulan seorang.

TUJUAN

  1. Insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
  2. Membantu menampung keperluan hidup seharian dan meningkatkan taraf hidup OKU dalam masyarakat.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  1. OKU yang berdaftar dengan JKM;
  2. Bekerja sendiri atau dengan majikan;
  3. Pendapatan di bawah RM1,200 sebulan; dan
  4. Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.

oku-community

 

 

Bantuan Am Persekutuan

KADAR 
RM80 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

TUJUAN
Membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

 

 

Bantuan Am Negeri

KADAR
Kadar bantuan bulanan adalah berbeza mengikut negeri

OBJEKTIF
Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam di antara negeri-negeri bergantung kepada dasar dan peruntukan Kerajaan Negeri masing-masing.

 

BANTUAN SEKALIGUS Disediakan Oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

 

Geran Pelancaran

KADAR
Maksimum RM2,700 sekaligus.

TUJUAN
1.  Membantu klien JKM yang mempunyai minat dan potensi untuk maju dengan menceburi bidang ekonomi.
2. Membolehkan klien JKM menjadi lebih produktif dan berusaha ke arah hidup berdikari serta meningkatkan taraf hidup mereka.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

1.      Penerima bantuan bulanan JKM atau anak-anak mereka;
2.      OKU yang sedang mendapat perkhidmatan JKM;
3.      Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan dan kes-kes seliaan akhlak; dan
4.      Klien Jabatan yang lain.

 

 

Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan

KADAR
Kadar sebenar alat tiruan.

TUJUAN

  1. Membantu kumpulan sasar yang tidak berkemampuan untuk membeli alat tiruan atau alat sokongan seperti kaki palsu, tangan palsu, kalipers, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang bersesuaian yang disyorkan oleh Pegawai Perubatan atau Pakar Perubatan.
  2. Membolehkan kumpulan sasar meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa bergantung kepada orang lain.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

1.      OKU yang berdaftar dengan JKM;
2.      Disyorkan oleh Pegawai Perubatan atau Pakar Perubatan; dan
3.      Mereka yang tidak mampu untuk membeli alat tiruan/alat sokongan yang diperlukan.

Nota : Sumbangan keluarga adalah digalakkan

 

 

Tabung Bantuan Segera

OBJEKTIF

Membantu klien yang benar-benar memerlukan bantuan segera dan tidak boleh menunggu proses bayaran bantuan biasa kerana keadaan keperluan asas kehidupan hariannya termasuk makanan, pakaian, perkara yang berkaitan dengan tempat tinggal seperti bekalan elektrik dan air, kesihatan dan lain-lain yang perlu ditangani dengan segera.

 

Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas

KADAR

  1. Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
  2. Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.

OBJEKTIF
Membantu meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa serangan binatang buas.

 

 


download
Senarai Ibupejabat dan Pejabat JKM Negeri

 

Ibupejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor

Tingkat 4, Blok A, Bangunan Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor

Tel : 07- 228 2971 / 07- 228 2972

Faks : 07- 224 0336    Emel : jkmn_johor@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah

Aras Bawah, Zon C, Kompleks Persekutuan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit,Bandar Mu’adzam Shah 06550 Alor Setar, Kedah

Tel : 04-700 1700

Faks : 04-731 3407      Emel : jkmn_kedah@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan

Blok 7, Kompleks Kota Darul Naim, 15503 Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7416900

Faks : 09-7481264       Emel : jkm@kelantan.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka

No. 36-2, Tingkat 2, Jalan KC 1, Bangunan Kota Cemerlang, 75450 Lebuh Ayer Keroh, Melaka

Tel : 06 – 333 3333 / 06-231 9171

Faks : 06-231 9221       Emel : jkmn_melaka@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan

Tingkat 1B, Wisma Negeri, Jalan Dato Abd. Malek, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 06-7659555 / 06-7659556

Faks : 06-7629 541         Emel : jkmn_sembilan@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, Tingkat 30, Menara Komtar, 10564 Timur Laut, Pulau Pinang

Tel : 046505259

Faks : 042635964           Emel : jkmnpp@jkm.gov.my

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

Lot 27 & 29, Sri Kuantan Square, Jalan Telok Sisek, 25050 Kuantan, Pahang

Tel : 09-5650222

Faks : 09-5165185          Emel : jkmn_pahang@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak

Lot 1516, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Ipoh, 30000 Kinta, Perak

Tel : 05-2545505

Faks : 05-2546505           Emel : –

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis

Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, 01000 Kangar , Perlis

Tel : 04-973 1864

Faks : 04-979 1401         Emel : jkmn_perlis@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah

Tingkat 6 & 8, Blok B, Bangunan Wisma MUIS, Jalan Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-25 5133/ 088-25 5134 / 088-24 4228

Faks : 088-22 4983 / 088-31 8308          Emel : jpka_sabah@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak

Wisma Kebajikan, Lot 4273, Blok 14, Off Jalan Siol Kanan, 93050 Kuching, Sarawak

Tel : 082-449577

Faks : 082-448741 / 082-448455            Emel : welfare@sarawak.gov.my

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5510 1400

Faks : 03-5519 0232                Emel : –

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu

Tingkat 1, Wisma Negeri, Jalan Pejabat, 20564 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel : 09-6222444 / 09-6274256/51

Faks : 09-6239864                  Emel : jkmn_terengganu@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, No. 72, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 50564 , Kuala Lumpur

Tel : 03-40441188/03-26124000

Faks : 03-40428185               Emel : jkmn_kl@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan

Peti Surat 81212, Jalan Tun Mustapha, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan, Labuan

Tel : 087-424961

Faks : 087-418185                Emel : jkmn_labuan@jkm.gov.my

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s