
Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB) merupakan sebuah jabatan Kerajaan Negeri yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Lokasi Jajahan Kota Bharu disempadani oleh Jajahan Pasir Mas di sebelah barat, Jajahan Tumpat di sebelah Utara, Jajahan Bachok di sebelah Timur dan Jajahan Machang di sebelah Selatan.
Pentadbiran Jajahan Kota Bharu merangkumi 14 buah daerah (Penggawa), 131 buah mukim (Penghulu) dan 601 buah kampung. 14 Daerah Penggawa iaitu Pendek, Kubang Kerian, Kemumin, Peringat, Badang, Panji, Banggu, Salor, Limbat, Ketereh, Kadok, Sering, Beta dan Kota.
Keluasan Jajahan Kota Bharu meliputi kawasan seluas 409 kilometer persegi. Seluas 115 kilometer persegi meliputi kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam dan seluas 158 kilometer persegi terletak dalam kawasan Majlis Daerah Ketereh – Perbandaran Islam (Dulu dikenali Majlis Daerah Kota Bharu).
Sejarah Penubuhan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB)
PTJKB mula beroperasi sejak tahun 1904 hasil daripada keputusan persidangan pertama Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang mendapat perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Kelantan (Sultan Muhammad ke IV).
Pejabat ini diketuai oleh seorang Ketua Jajahan yang juga memangku sebagai Majistret dan Pentadbir Tanah dan Jajahan. Pada keseluruhannya PTJKB mempunyai seramai 143 orang kakitangan.
Lokasi PTJKB terletak di pusat bandar Kota Bharu yang juga merupakan nadi pusat pentadbiran Negeri Kelantan.

Senarai Urusan Yang Boleh Dikemukakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB)
Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu adalah “Rakan Tanah Anda”. Kami ingin memastikan Pentadbiran dan Perkhidmatan Tanah Dan Jajahan Yang Berkesan Kearah Mencapai Pembangunan Yang Seimbang Dari Segi Fizikal, Sosio Ekonomi dan Rohani melalui piagam pelanggan seperti berikut:
- Proses Kelulusan Lesen Permit Hiburan dalam tempoh 2 hari.
- Laporan Aduan Awam dalam tempoh 3 hari.
- Proses Pengeluaran Pesanan Tempatan Dan Inden Kerja yang telah lengkap dalam tempoh 3 hari.
- Proses Penyediaan Baucer Bayaran Dengan Pesanan Tempatan Dan Tanpa Pesanan Tempatan dalam tempoh 3 hari.
- Penyediaan Penyata Penyesuaian Bulanan/Flimsi (selepas akhir bulan berkenaan) dalam tempoh 5 hari.
- Proses Pendaftaran Kontraktor dalam tempoh 30 minit.
- Tender Sebutharga dalam tempoh 2 minggu.
- Proses Tuntutan Bayaran Projek-Projek Pembangunan dalam tempoh 2 minggu.
- Proses Permohonan Bantuan.
- Tabung Serambi Mekah dalam tempoh 2 minggu.
- Bantuan MAIK (Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan) dalam tempoh 2 minggu.
- Proses Permohonan Subsidi Baja Padi dalam tempoh 2 minggu.
- Permohonan Infrastruktur Jalan Kampung dalam tempoh 4 minggu.
- Cabutan dalam tempoh 15 minit.
- Pendaftaran Urusniaga
- Pindahmilik (14A) dalam tempoh 1 hari.
- Gadaian (16A) dalam tempoh 1 hari.
- Melepas Gadaian (16N) dalam tempoh 1 hari.
- Pendaftaran P.A (Power Attorney) dalam tempoh 1 hari.
- Pendaftaran Carian Rasmi (Manual) dalam tempoh 14 hari.
- Pendaftaran Perintah Pesaka dalam tempoh 5 hari.
- Pendaftaran Pecah Sempadan dalam tempoh 14 hari.
- Penukaran Geran Lama Kepada Geran Baru dalam tempoh 5 hari.
- Pendaftaran Ubah Syarat dalam tempoh 4 hari.
- Pendaftaran Kaveat dalam tempoh 1 hari.
- Pendaftaran Hakmilik Baharu (QT) dalam tempoh 4 hari.
- Pendaftaran Geran Hilang dalam tempoh 14 hari.
- Penerimaan Bayaran Cukai Tanah (Tertakluk kepada 1 Hakmilik sahaja) dalam tempoh 3 minit.
- Penerimaan Bayaran Pelbagai (Tertakluk kepada 1 Hakmilik sahaja) dalam tempoh 3 minit.
- Penyelesaian Pembayaran Secara Cek oleh Syarikat / Agensi dalam tempoh 7 hari.
- Pengemaskinian Maklumat Bil Cukai Tanah dalam tempoh 10 minit.
- Semakan Bil Cukai Tanah dalam tempoh 3 minit.
- Pengeluaran Permit Pemindahan Bahan Batuan dalam tempoh 2 Bulan.
- Serah Balik Tanah (Sebahagian / Keseluruhan) dalam tempoh 4 bulan.
- Jualan Pelan dalam tempoh 30 minit.
- Penyediaan Nilaian Tanah dalam tempoh 5 minit.
- Siasatan Aduan Awam Berkaitan Tanah dalam tempoh 3 hari.
- Permohonan Pindahmilik
- Pindahmilik di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu 1930 dalam tempoh 90 hari.
- Pindahmilik di bawah Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938 dalam tempoh 90 hari.
- Pindahmilik / Gadaian di bawah Seksyen 120 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
- Pindahmilik di bawah Seksyen 120 KTN 1965 melalui e-Consent dalam tempoh 14 hari.
- Permohonan Pembetulan Kesilapan Dalam Dokumen Hakmilik di bawah Seksyen 380 KTN 1965 dalam tempoh 30 hari.
- Permohonan Kemasukan Kaveat Persendirian dan Lien dalam tempoh hari.
- Permohonan Pelupusan Tanah.
- Permohonan Milik Tanah dalam tempoh 365 hari.
- Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (T.O.L) dalam tempoh 90 hari.
- Permohonan Pajakan dalam tempoh 90 hari.
- Permohonan Perizapan Tanah dalam tempoh 90 hari.
- Permohonan Pembangunan Tanah
- Permohonan Pecah Sempadan Tanah di bawah Seksyen 142 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
- Permohonan Pecah Bahagian Tanah di bawah Seksyen 137 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
- Permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula di bawah Seksyen 204 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
- Permohonan Penyatuan Tanah di bawah Seksyen 148 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
- Permohonan Ubah Syarat Tanah dalam tempoh 90 hari.

Kadar Bayaran Apabila Berurusan di Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu, Kelantan.
(Kemaskini: May 2018)
JENIS PERMOHONAN | PERKARA | KADAR BAYARAN |
PERMOHONAN MILIK TANAH | a) Memfailkan Permohonan | RM30.00 |
b) Penyediaan Pelan (Hektar) | RM10.00 | |
c) Permohonan Hakmilik Sementara | RM 5.00 | |
d) Pendaftaran Hakmilik Sementara | RM80.00 | |
e) Pengeluaran Hakmilik Sementara | RM80.00 | |
f) Pendaftaran Dan Pengeluaran | ||
Hakmilik Tetap: | RM70.00 | |
i) Pejabat Pendaftaran | RM40.00 | |
ii) Pejabat Tanah | RM 6.00 | |
g) Notis Mengambil Hakmilik Sementara 5F | RM 6.00 | |
h) Notis Mengambil Hakmilik Tetap 5F | RM50.00 | |
i) Upah Ukur: Pertanian: 3 Ekar Kebawah | RM10.00 | |
Tambahan Setiap 1 Ekar | ||
i) Luar Bandar | RM200.00 (Lot Kediaman) | |
ii) Dalam Bandar | RM250.00 (Lot Bangunan) | |
j) Memperenggan | RM80.00 | |
PERMOHONAN SEWA TANAH | a) Memfailkan Permohonan | RM30.00 |
b) Memperenggan | RM80.00 | |
c) Penyediaan Pelan Sehektar | RM10.00 | |
PERMOHONAN PINDAH TANAH BATUAN | a) Memfailkan Permohonan | RM20.00 |
b) Memperenggan | RM80.00 | |
c) Cabutan Hakmilik | ||
i) Pejabat Pendaftaran | RM30.00 | |
ii) Pejabat Tanah | RM20.00 | |
PERMOHONAN PENGGUBAHAN SYARAT DAN JENIS KEGUNAAN | a) Memfailkan Permohonan | RM80.00 |
b) Memperenggan | RM80.00 | |
c) Deposit Atas Seekar Atau Sebahagian | ||
i) Pertanian | RM10.00 ) Budi Bicara | |
ii) Bangunan | RM500.00 ) Pentadbiran | |
iii)Perusahaan | RM1,000.00) | |
PERMOHONAN PECAH SEMPADAN / PECAH BAHAGIAN | a) Bayaran permohonan | RM100.00 |
b) Permohonan Hakmilik Sementara | RM 5.00 | |
c) Pendaftaran Hakmilik Sementara | RM60.00 | |
d) Pengeluaran Hakmilik Sementara | RM20.00 | |
e) Pendaftaran Dan Pengeluaran Hakmilik Tetap | ||
i) Pejabat Pendaftaran | RM30.00 | |
ii) Pejabat Tanah | RM10.00 | |
PERMOHONAN MENYATU TANAH | a) Bayaran Permohonan | RM100.00 |
b) Permohonan Hakmilik Sementara | RM 5.00 | |
c) Pendaftaran Hakmilik Sementara | RM20.00 | |
d) Pengeluaran Hakmilik Sementara | RM 5.00 | |
e) Pendaftaran Dan Pengeluaran Hakmilik Tetap | ||
i) Pejabat Pendaftaran | RM25.00 | |
ii) Pejabat Tanah | RM10.00 | |
f) Memperenggan | RM80.00 | |
g) Penyediaan Hakmilik Sementara | RM 5.00 | |
PERMOHONAN MEMBETUL KESILAPAN | a) Memfail Permohonan | RM20.00 |
b) Notis | RM 6.00 | |
c) Memati Stem Surat Sumpah | RM14.00 | |
PERMOHONAN DI BAWAH SEKSYEN 13A/104 ERM 1938 | a) Memfail Permohonan | RM20.00 |
b) Notis | RM 6.00 | |
c) Memfail Sijil 13A | RM300.00 | |
d) Memfail Sijil 104 | RM200.00 | |
PERMOHONAN PESAKA KECIL | a) Memfail Permohonan | RM10.00 |
b) Bayaran Perintah | RM12.00 | |
PERMOHONAN TUNJUK BATU SEMPADAN/MENTARA TANAH | a) Memfail Permohonan | RM20.00 |
b) Memperenggan | RM80.00 | |
PERMOHONAN MELEPAS GADAIAN | a) Memfail Permohonan | RM20.00 |
b) Pendaftaran | RM60.00 | |
c) Bagi Lot Ke 2 | RM40.00 | |
d) Jika ada PA | RM20.00 | |
PERMOHONAN MEMBATAL GADAIAN | a) Memfail Permohonan | RM20.00 |
b) Pendaftaran | RM60.00 | |
i) Hakmilik Pertama | RM60.00 | |
ii) Tiap-tiap Tambahan Hakmilik | RM40.00 | |
PERMOHONAN PERINTAH JUAL (MENGIKUT NIALAIAN) | a) Memfail Permohonan | RM50.00 |
b) Notis | RM 6.00 | |
c) Daftar | ||
i) Bawah 50,000 | RM50.00 | |
ii) 50,000 – 75,000 | RM100.00 | |
iii) 75,000 – 100,000 | RM200.00 | |
iv) Atas 100,001 | RM300.00 | |
PERMOHONAN MEMBATAL PENJAGA | a) Memfail Permohonan | RM20.00 |
b) Notis | RM 6.00 | |
c) Pendaftaran (atas nilaian tanah) | ||
i) Bawah 10,000 | RM50.00 | |
ii) 10,000 – 50,000 | RM120.00 | |
iii) 50,000 – 100,000 | RM140.00 | |
PERMOHONAN HAK LALU AWAM | a) Memfail Permohonan | RM20.00 |
b) Memperenggan | RM80.00 | |
c) Notis | RM 6.00 | |
d) Deposit | RM150.00 | |
PERMOHONAN URUSNIAGA KERANA SEKATAN KEPENTINGAN SEK 120 KTN | a) Memfail Permohonan | RM20.00 |
b) Notis | RM 6.00 | |
c) Sijil Kelulusan | RM60.00 | |
PERMOHONAN HAKMILIK SAMBUNGAN | a) Memfail Permohonan | RM60.00 |
b) Notis | RM 6.00 | |
c) Memati Stem Surat Sumpah | RM14.00 | |
d) Pengeluaran Surat Hakmilik Sambungan | ||
i) Pejabat Pendaftaran | RM60.00 | |
ii) Pejabat Tanah | RM30.00 | |
e) Penyediaan Pelan Hakmilik | ||
i) Geran Dan Pajakan Negeri | RM20.00 | |
ii) Geran Mukim Dan Pajakan Mukim | RM20.00 | |
PERMOHONAN MENGGANTI HAK SEMENTARA HILANG | a) Memfail Permohonan | RM20.00 |
b) Pendaftaran Permohonan | RM100.00 | |
c) Notis | RM 6.00 | |
d) Memati Stem Surat Sumpah | RM14.00 | |
e) Pengeluaran Hakmilik Sementara Yang Bersambung | RM120.00 | |
PERMOHONAN UNTUK MEMASUK KAVEAT PERSENDIRIAN | a) Memfail Permohonan | RM20.00 |
b) Pendaftaran Permohonan | RM100.00 | |
c) Notis | RM 6.00 | |
d) Memati Stem Surat Sumpah | RM14.00 | |
PERMOHONAN UNTUK MEMBATAL KAVEAT PERSENDIRIAN | a) Memfail Permohonan | RM20.00 |
b) Pendaftaran Pembatalan | RM60.00 | |
c) Notis | RM 6.00 |
Cara Menyemak Atas Talian (Online) Cukai Tanah Anda
Anda boleh rujuk gambar atau paparan PDF yang disediakan di bawah:
Muat turun atau Paparan PDF (Sila KLIK): manualsemakcukaitanahkelantan
Gambar
Pautan Untuk Semakan (Sila KLIK): http://cukaitanah.kelantan.gov.my/
Membuat Pembayaran Cukai Tanah Secara Atas Talian(Online)

Pembayaran boleh dibuat melalui Portal Maybank2u. Sila baca cara – caranya di bawah:
Paparan atau Muat turun fail PDF(Sila KLIK):bayar cukai tanah online kelantan
Atau boleh rujuk gambar di bawah:
Anda Sudah Sedia Untuk Membuat Pembayaran Cukai Tanah Secara Atas Talian (Online) ?
Sila Klik Pautan di bawah:

Sumber:
Laman Web Rasmi Pejabat Tanah & Jajahan Kota Bharu, Kelantan http://www.ptjkb.kelantan.gov.my/ptjkb/index.php/ms/