Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Bagaimana Membayar Cukai Tanah Secara Atas Talian @ “Online” ? (Pejabat Tanah & Jajahan Kota Bharu)

download

Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB) merupakan sebuah jabatan Kerajaan Negeri yang terletak di bawah pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Lokasi Jajahan Kota Bharu disempadani oleh Jajahan Pasir Mas di sebelah barat, Jajahan Tumpat di sebelah Utara, Jajahan Bachok di sebelah Timur dan Jajahan Machang di sebelah Selatan.

Pentadbiran Jajahan Kota Bharu merangkumi 14 buah daerah (Penggawa), 131 buah mukim (Penghulu) dan 601 buah kampung. 14 Daerah Penggawa iaitu Pendek, Kubang Kerian, Kemumin, Peringat, Badang, Panji, Banggu, Salor, Limbat, Ketereh, Kadok, Sering, Beta dan Kota.

Keluasan Jajahan Kota Bharu meliputi kawasan seluas 409 kilometer persegi. Seluas 115 kilometer persegi meliputi kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam dan seluas 158 kilometer persegi terletak dalam kawasan Majlis Daerah Ketereh – Perbandaran Islam (Dulu dikenali Majlis Daerah Kota Bharu).

Sejarah Penubuhan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB)

PTJKB mula beroperasi sejak tahun 1904 hasil daripada keputusan persidangan pertama Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang mendapat perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja Kelantan (Sultan Muhammad ke IV).

Pejabat ini diketuai oleh seorang Ketua Jajahan yang juga memangku sebagai Majistret dan Pentadbir Tanah dan Jajahan. Pada keseluruhannya PTJKB mempunyai seramai 143 orang kakitangan.

Lokasi PTJKB terletak di pusat bandar Kota Bharu yang juga merupakan nadi pusat pentadbiran Negeri Kelantan.

LOGO-CLIENT-13

Senarai Urusan Yang Boleh Dikemukakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu (PTJKB)

Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu adalah “Rakan Tanah Anda”. Kami ingin memastikan Pentadbiran dan Perkhidmatan Tanah Dan Jajahan Yang Berkesan Kearah Mencapai Pembangunan Yang Seimbang Dari Segi Fizikal, Sosio Ekonomi dan Rohani melalui piagam pelanggan seperti berikut:

  1. Proses Kelulusan Lesen Permit Hiburan dalam tempoh 2 hari.
  2. Laporan Aduan Awam dalam tempoh 3 hari.
  3. Proses Pengeluaran Pesanan Tempatan Dan Inden Kerja yang telah lengkap dalam tempoh 3 hari.
  4. Proses Penyediaan Baucer Bayaran Dengan Pesanan Tempatan Dan Tanpa Pesanan Tempatan dalam tempoh 3 hari.
  5. Penyediaan Penyata Penyesuaian Bulanan/Flimsi (selepas akhir bulan berkenaan) dalam tempoh 5 hari.
  6. Proses Pendaftaran Kontraktor dalam tempoh 30 minit.
  7. Tender Sebutharga dalam tempoh 2 minggu.
  8. Proses Tuntutan Bayaran Projek-Projek Pembangunan dalam tempoh 2 minggu.
  9. Proses Permohonan Bantuan.
    • Tabung Serambi Mekah dalam tempoh 2 minggu.
    • Bantuan MAIK (Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan) dalam tempoh 2 minggu.
  10. Proses Permohonan Subsidi Baja Padi dalam tempoh 2 minggu.
  11. Permohonan Infrastruktur Jalan Kampung dalam tempoh 4 minggu.
  12. Cabutan dalam tempoh 15 minit.
  13. Pendaftaran Urusniaga
    • Pindahmilik (14A) dalam tempoh 1 hari.
    • Gadaian (16A) dalam tempoh 1 hari.
    • Melepas Gadaian (16N) dalam tempoh 1 hari.
  14. Pendaftaran P.A (Power Attorney) dalam tempoh 1 hari.
  15. Pendaftaran Carian Rasmi (Manual) dalam tempoh 14 hari.
  16. Pendaftaran Perintah Pesaka dalam tempoh 5 hari.
  17. Pendaftaran Pecah Sempadan dalam tempoh 14 hari.
  18. Penukaran Geran Lama Kepada Geran Baru dalam tempoh 5 hari.
  19. Pendaftaran Ubah Syarat dalam tempoh 4 hari.
  20. Pendaftaran Kaveat dalam tempoh 1 hari.
  21. Pendaftaran Hakmilik Baharu (QT) dalam tempoh 4 hari.
  22. Pendaftaran Geran Hilang dalam tempoh 14 hari.
  23. Penerimaan Bayaran Cukai Tanah (Tertakluk kepada 1 Hakmilik sahaja) dalam tempoh 3 minit.
  24. Penerimaan Bayaran Pelbagai (Tertakluk kepada 1 Hakmilik sahaja) dalam tempoh 3 minit.
  25. Penyelesaian Pembayaran Secara Cek oleh Syarikat / Agensi dalam tempoh 7 hari.
  26. Pengemaskinian Maklumat Bil Cukai Tanah dalam tempoh 10 minit.
  27. Semakan Bil Cukai Tanah dalam tempoh 3 minit.
  28. Pengeluaran Permit Pemindahan Bahan Batuan dalam tempoh 2 Bulan.
  29. Serah Balik Tanah (Sebahagian / Keseluruhan) dalam tempoh 4 bulan.
  30. Jualan Pelan dalam tempoh 30 minit.
  31. Penyediaan Nilaian Tanah dalam tempoh 5 minit.
  32. Siasatan Aduan Awam Berkaitan Tanah dalam tempoh 3 hari.
  33. Permohonan Pindahmilik
    • Pindahmilik di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu 1930 dalam tempoh 90 hari.
    • Pindahmilik di bawah Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938 dalam tempoh 90 hari.
    • Pindahmilik / Gadaian di bawah Seksyen 120 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
    • Pindahmilik di bawah Seksyen 120 KTN 1965 melalui e-Consent dalam tempoh 14 hari.
  34. Permohonan Pembetulan Kesilapan Dalam Dokumen Hakmilik di bawah Seksyen 380 KTN 1965 dalam tempoh 30 hari.
  35. Permohonan Kemasukan Kaveat Persendirian dan Lien dalam tempoh hari.
  36. Permohonan Pelupusan Tanah.
    • Permohonan Milik Tanah dalam tempoh 365 hari.
    • Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (T.O.L) dalam tempoh 90 hari.
    • Permohonan Pajakan dalam tempoh 90 hari.
    • Permohonan Perizapan Tanah dalam tempoh 90 hari.
  37. Permohonan Pembangunan Tanah
    • Permohonan Pecah Sempadan Tanah di bawah Seksyen 142 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
    • Permohonan Pecah Bahagian Tanah di bawah Seksyen 137 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
    • Permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula di bawah Seksyen 204 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
    • Permohonan Penyatuan Tanah di bawah Seksyen 148 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
  38. Permohonan Ubah Syarat Tanah dalam tempoh 90 hari.

BYRCUKAI-b595730715

Kadar Bayaran Apabila Berurusan di Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu, Kelantan.

(Kemaskini: May 2018)

JENIS PERMOHONAN PERKARA KADAR
BAYARAN
PERMOHONAN
MILIK TANAH
a) Memfailkan Permohonan RM30.00
b) Penyediaan Pelan (Hektar) RM10.00
c) Permohonan Hakmilik Sementara RM 5.00
d) Pendaftaran Hakmilik Sementara RM80.00
e) Pengeluaran Hakmilik Sementara RM80.00
f) Pendaftaran Dan Pengeluaran
Hakmilik Tetap: RM70.00
i) Pejabat Pendaftaran RM40.00
ii) Pejabat Tanah RM 6.00
g) Notis Mengambil Hakmilik Sementara 5F RM 6.00
h) Notis Mengambil Hakmilik Tetap 5F RM50.00
i) Upah Ukur: Pertanian: 3 Ekar Kebawah RM10.00
Tambahan Setiap 1 Ekar
i) Luar Bandar RM200.00 (Lot Kediaman)
ii) Dalam Bandar RM250.00 (Lot Bangunan)
j) Memperenggan RM80.00
PERMOHONAN
SEWA TANAH
a) Memfailkan Permohonan RM30.00
b) Memperenggan RM80.00
c) Penyediaan Pelan Sehektar RM10.00
PERMOHONAN PINDAH
TANAH BATUAN
a) Memfailkan Permohonan RM20.00
b) Memperenggan RM80.00
c) Cabutan Hakmilik
i) Pejabat Pendaftaran RM30.00
ii) Pejabat Tanah RM20.00
PERMOHONAN PENGGUBAHAN
SYARAT
DAN JENIS KEGUNAAN
a) Memfailkan Permohonan RM80.00
b) Memperenggan RM80.00
c) Deposit Atas Seekar Atau Sebahagian
i) Pertanian RM10.00 ) Budi Bicara
ii) Bangunan RM500.00 ) Pentadbiran
iii)Perusahaan RM1,000.00)
PERMOHONAN PECAH
SEMPADAN / PECAH BAHAGIAN
a) Bayaran permohonan RM100.00
b) Permohonan Hakmilik Sementara RM 5.00
c) Pendaftaran Hakmilik Sementara RM60.00
d) Pengeluaran Hakmilik Sementara RM20.00
e) Pendaftaran Dan Pengeluaran Hakmilik Tetap
i) Pejabat Pendaftaran RM30.00
ii) Pejabat Tanah RM10.00
PERMOHONAN
MENYATU TANAH
a) Bayaran Permohonan RM100.00
b) Permohonan Hakmilik Sementara RM 5.00
c) Pendaftaran Hakmilik Sementara RM20.00
d) Pengeluaran Hakmilik Sementara RM 5.00
e) Pendaftaran Dan Pengeluaran Hakmilik Tetap
i) Pejabat Pendaftaran RM25.00
ii) Pejabat Tanah RM10.00
f) Memperenggan RM80.00
g) Penyediaan Hakmilik Sementara RM 5.00
PERMOHONAN MEMBETUL
KESILAPAN
a) Memfail Permohonan RM20.00
b) Notis RM 6.00
c) Memati Stem Surat Sumpah RM14.00
PERMOHONAN DI BAWAH
SEKSYEN 13A/104 ERM 1938
a) Memfail Permohonan RM20.00
b) Notis RM 6.00
c) Memfail Sijil 13A RM300.00
d) Memfail Sijil 104 RM200.00
PERMOHONAN
PESAKA KECIL
a) Memfail Permohonan RM10.00
b) Bayaran Perintah RM12.00
PERMOHONAN TUNJUK BATU SEMPADAN/MENTARA TANAH a) Memfail Permohonan RM20.00
b) Memperenggan RM80.00
PERMOHONAN
MELEPAS GADAIAN
a) Memfail Permohonan RM20.00
b) Pendaftaran RM60.00
c) Bagi Lot Ke 2 RM40.00
d) Jika ada PA RM20.00
PERMOHONAN
MEMBATAL GADAIAN
a) Memfail Permohonan RM20.00
b) Pendaftaran RM60.00
i) Hakmilik Pertama RM60.00
ii) Tiap-tiap Tambahan Hakmilik RM40.00
PERMOHONAN PERINTAH
JUAL (MENGIKUT NIALAIAN)
a) Memfail Permohonan RM50.00
b) Notis RM 6.00
c) Daftar
i) Bawah 50,000 RM50.00
ii) 50,000 – 75,000 RM100.00
iii) 75,000 – 100,000 RM200.00
iv) Atas 100,001 RM300.00
PERMOHONAN
MEMBATAL PENJAGA
a) Memfail Permohonan RM20.00
b) Notis RM 6.00
c) Pendaftaran (atas nilaian tanah)
i) Bawah 10,000 RM50.00
ii) 10,000 – 50,000 RM120.00
iii) 50,000 – 100,000 RM140.00
PERMOHONAN HAK LALU AWAM a) Memfail Permohonan RM20.00
b) Memperenggan RM80.00
c) Notis RM 6.00
d) Deposit RM150.00
PERMOHONAN URUSNIAGA
KERANA SEKATAN KEPENTINGAN
SEK 120 KTN
a) Memfail Permohonan RM20.00
b) Notis RM 6.00
c) Sijil Kelulusan RM60.00
PERMOHONAN HAKMILIK
SAMBUNGAN
a) Memfail Permohonan RM60.00
b) Notis RM 6.00
c) Memati Stem Surat Sumpah RM14.00
d) Pengeluaran Surat Hakmilik Sambungan
i) Pejabat Pendaftaran RM60.00
ii) Pejabat Tanah RM30.00
e) Penyediaan Pelan Hakmilik
i) Geran Dan Pajakan Negeri RM20.00
ii) Geran Mukim Dan Pajakan Mukim RM20.00
PERMOHONAN MENGGANTI
HAK SEMENTARA HILANG
a) Memfail Permohonan RM20.00
b) Pendaftaran Permohonan RM100.00
c) Notis RM 6.00
d) Memati Stem Surat Sumpah RM14.00
e) Pengeluaran Hakmilik Sementara Yang Bersambung RM120.00
PERMOHONAN UNTUK MEMASUK
KAVEAT PERSENDIRIAN
a) Memfail Permohonan RM20.00
b) Pendaftaran Permohonan RM100.00
c) Notis RM 6.00
d) Memati Stem Surat Sumpah RM14.00
PERMOHONAN UNTUK MEMBATAL
KAVEAT PERSENDIRIAN
a) Memfail Permohonan RM20.00
b) Pendaftaran Pembatalan RM60.00
c) Notis RM 6.00

Cara Menyemak Atas Talian (Online) Cukai Tanah Anda

Anda boleh rujuk gambar atau paparan PDF yang disediakan di bawah:

Muat turun atau Paparan PDF (Sila KLIK): manualsemakcukaitanahkelantan

Gambar

Pautan Untuk Semakan (Sila KLIK): http://cukaitanah.kelantan.gov.my/

Membuat Pembayaran Cukai Tanah Secara Atas Talian(Online)

bayaranonline

Pembayaran boleh dibuat melalui Portal Maybank2u. Sila baca cara – caranya di bawah:

Paparan atau Muat turun fail PDF(Sila KLIK):bayar cukai tanah online kelantan

Atau boleh rujuk gambar di bawah:

Anda Sudah Sedia Untuk Membuat Pembayaran Cukai Tanah Secara Atas Talian (Online) ?

Sila Klik Pautan di bawah:

http://www.maybank2u.com.my/

download

Sumber:

Laman Web Rasmi Pejabat Tanah & Jajahan Kota Bharu, Kelantan http://www.ptjkb.kelantan.gov.my/ptjkb/index.php/ms/

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s