Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Bagaimana Memohon Bantuan Zakat Yang Diperuntukkan Oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu, MAIDAM ?

MAIDAM-1

Jenis Agihan / Bantuan Zakat

 

Berikut adalah bantuan-bantuan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)   kepada asnaf-asnaf yang berkelayakan :

Sektor Sosial dan Kemanusiaan
• Bantuan Bulanan
• Bantuan Sara Hidup
• Bantuan Baikpulih Rumah/Bina Rumah Baru
• Bantuan Perubatan/Hemodialisis
• Bantuan Kecemasan/Bencana
• Bantuan Berhutang
• Bantuan Sewa Rumah
• Bantuan Serta-Merta
• Bantuan Sempena Ramadhan
• Bantuan Pusat Pemulihan/ Rumah Perlindungan
• Bantuan Pengurusan Jenazah Tanpa Waris
• Bantuan Masjid Surau

Sektor Pendidikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
• Bantuan Awal Pengajian Pusat Kemahiran dan IPT.
• Dermasiswa dan Bantuan Am Pelajaran IPT
• Program Memartabatkan Institusi Ulama’
• Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT.
• Bantuan Persatuan Pelajar Terengganu di IPT.
• Bantuan Program Keagamaan Di IPT Dalam Negeri .
• Bantuan Persekolahan.
• Latihan Kemahiran Anak Asnaf
• Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Pondok / Madrasah
• Bantuan Kem Akademik Pelajar Sekolah.
• Bantuan Program Keagamaan Dalam Negeri.

Sektor Ekonomi dan Keusahawanan
• Bantuan Modal Berdikari / Perniagaan
• Kursus Keusahawanan Asnaf
Bantuan Saudara Kita (Muallaf)
• Saguhati Hari Raya
• Bantuan Kewangan Bulanan
• Elaun Kehadiran Kelas Agama Asas
• Bantuan Sewa Rumah
• Dermasiswa Muallaf
• Bantuan Perkahwinan
• Bantuan Umum Pelajaran
• Pembinaan Rumah Individu
• Saguhati Galakan Saudara Baru
• Bantuan Modal
• Bantuan Perubatan Muallaf
• Kursus dan Latihan
• Pengurusan Jenazah
• Bantuan Berkhatan

 

prmohonan

download

 


Cara Memohon Bantuan Zakat MAIDAM

 

  1. Bermula 1 Januari 2015, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menggunakan Sistem Permohonan Zakat secara atas talian bagi memudahkan rakyat yang ingin memohon bantuan Zakat MAIDAM.
  2. Dengan menggunakan Sistem Permohonan Zakat ini, pemohon hendaklah mengisi maklumat-maklumat yang dikehendaki dan mencetak borang permohonan tersebut. Borang permohonan tersebut beserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki hendaklah dihantar ke pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing yang berdekatan bagi membolehkan ia diproses.
  3. Jika borang permohonan beserta salinan dokumen tidak dihantar ke pejabat MAIDAM, maka permohonan tersebut tidak akan diproses.
  4. Bagi menggunakan Sistem Permohonan Zakat hendaklah menggunakan pelayar (browser) Google Chrome dengan resolusi terbaik ialah 1024 x 768.Klik Untuk Muat turun Perisian Google Chrome.
  5. Sistem Permohonan Zakat MAIDAM ini akan ditambah baik setiap masa bagi memudahkan rakyat dan warga MAIDAM memohon dan mengurus permohonan bantuan zakat.
  6. Sila klik untuk Muat Turun Manual Pengguna Sistem Permohonan Zakat MAIDAMPANDUAN_PERMOHONAN_BANTUAN_ZAKAT_FAKIR_MISKIN
  7. Klik pada Butang  di bawah untuk membuka laman menu sistem permohonan bantuan zakat.
mohon_zakat

Carta Alir Proses Permohonan Bantuan Zakat

 

Carta Alir Proses Bantuan Sosial dan Kemanusiaan

sosial dan Kemanusiaan

 

 

Carta Alir Proses Bantuan Pendidikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

 

pendidikan dan ipt

 

 

Carta Alir Proses Bantuan  Ekonomi dan Keusahawanan

 

ekonomi dan keusahawanan

 


 

Semakan Permohonan Zakat (Sila Klik ikon di bawah)

 

semakan

 


download


Had Kifayah

 

1. Maksud Had Al-Kifayah

•  Had Al-Kifayah bermaksud “Garis kecukupan minimum bagi keperluan  asasi seseorang individu dan tanggungannya berdasarkan kos sara hidup semasa”. Dalam konteks negeri Terengganu, Had Al-Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asasi yang paling minimum bagi sesebuah isi rumah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berdasarkan kajian lapangan terhadap kos sara hidup semasa di negeri Terengganu.

 

2. Keperluan asas yang perlu diambil kira dalam penentuan Had Al-Kifayah:

a.    Perlindungan/tempat tinggal
b.    Makan dan minum
c.    Pakaian
d.    Perubatan
e.    Pelajaran
f.     Pengangkutan

 

3. Perkara yang diambil kira dalam penetapan kadar Had Al-kifayah

a.     Maklumat ketua isi rumah (KIR)
b.     Maklumat  ahli isi rumah / jumlah tanggungan (AIR)
c.     Pendapatan suami / KIR
d.     Pendapatan isteri
e.     Pendapatan lain (Pemberian anak / Bantuan JKM / Sewaan dll)

 

4. Kadar Had Al-Kifayah yang ditetapkan. :

BIL BUTIRAN BANDAR

(RM)

LUAR BANDAR

(RM)

1 Pemohon (Tinggal Rumah Berbayar) 940.00 740.00
2 Pemohon (Tinggal Rumah Percuma) 640.00 540.00
3 Isteri Bekerja 490.00 460.00
4 Isteri Tidak Bekerja 310.00 280.00
5 Dewasa Tidak Bekerja / tidak bersekolah 0.00 0.00
6 Dewasa Tidak Bekerja (Cacat / Uzur) 220.00 200.00
7 Dewasa Menuntut / Belajar (18 – ke atas) 370.00 350.00
8 Remaja Bersekolah(13 – 17 tahun) 300.00 250.00
9 Kanak-kanak Bersekolah(7 – 12 tahun) 270.00 250.00
10 Kanak-kanak Pra Sekolah (5 – 6 tahun) 230.00 220.00
11 Kanak-kanak Belum Bersekolah (Bawah 4 tahun) 300.00 270.00

Berdasarkan butiran di atas tidak dimasukkan ibubapa sebagai tanggungan pemohon kerana ibubapa mereka mempunyai tanggungannya sendiri dan berhak memohon atau mendapatkan bantuan atas namanya sendiri sekiranya tergolong di kalangan asnaf fakir miskin.

Butiran tambahan yang perlu diambil kira sekali sahaja selain butiran di atas.

BIL BUTIRAN BANDAR / LUAR BANDAR

(RM)

1 Ibu Tunggal / Tinggal 200.00
2 OKU 200.00
3 Keluarga Bermasalah 200.00
4 Anak IPT 200.00

 

5. Kaedah pengiraan Had Al-kifayah :

Dalam pengiraan Had Al-Kifayah pendapatan kasar suami dan isteri akan ditolak dengan keperluan asas Ahli Isi Rumah (AIR) untuk mengetahui jumlah baki yang masih tertinggal daripada jumlah pendapatan tersebut. Jika negatif berkemungkinan seseorang tersebut akan layak  mendapat bantuan zakat, walau bagaimanapun terdapat tujuh (7) aspek lain lagi yang perlu diambil kira bagi melayakkan seseorang diluluskan sesuatu bantuan zakat. Sebaliknya jika mempunyai lebihan daripada jumlah pendapatan tersebut maka seseorang itu secara umumnya tidak layak menerima bantuan zakat.

Contoh :

i.       RM1,200.00 – RM1,500.00 = -RM300.00 (LAYAK TERIMA)

ii.      RM1,500.00 – RM1,200.00 = +RM300.00 (TIDAK LAYAK)

 

prmohonan

download


 

Siapa Penerima Zakat

1. Pengenalan Asnaf Zakat

• Skop agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara’. Asnaf tersebut seperti mana yang dijelaskan dalam Firman Allah (S.W.T) :

surah at-taubah ayat60

Maksudnya: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Surah At-Taubah : 60)

 

Daripada ayat di atas Allah (S.W.T) telah menggariskan lapan asnaf yang berhak menerima zakat iaitu Fakir, Miskin, Amil, Muallaf, Ar-Riqab, Al-Gharimin, Fisabilillah dan Ibnussabil. Bagi memastikan kriteria-kriteria sebenar asnaf-asnaf ini, pengurusan Agihan Zakat berpandukan kepada takrif asnaf sebagaimana berikut:

a. Fakir

– Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50% untuk memenuhi keperluan asasi diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

b. Miskin

– Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50%, tetapi tidak mencapai 100 % untuk memenuhi keperluan asasi diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.
c. Amil

– Amil ialah individu atau organisasi yang dilantik oleh MAIDAM yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja urusan pungutan dan agihan zakat.

d. Muallaf

– Muallaf ialah seseorang yang dijinakkan hatinya dan telah memeluk agama Islam, tetapi tahap keimanannya masih lemah.

e. Ar-Riqab

– Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

f. Al-Gharimin

– Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga dan tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera yang dibenarkan oleh hukum Syarak.

g. Fisabilillah

– Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

h. Ibnussabil

– Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum Syarak dari mana-mana jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

•    Putus bekalan dalam perjalanannya.
•    Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
•    Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
•    Ditinggalkan dalam perjalanan.

 

 

prmohonan

download

Advertisements

Leave a Reply