Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Bagaimana Syarat – Syarat Mendaftarkan Orang Kurang Upaya di Jabatan Kebajikan Masyarakat ?

oku-2
OBJEKTIF  PENDAFTARAN OKU
  • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi  maksud merancang program  berkaitan dengan pencegahan,   pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.
  • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian  dengan  keperluan OKU.
  • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang  bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.
DEFINISI OKU

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam  masyarakat”.

download (1)
KATEGORI OKU

Terdapat 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU oleh   Jabatan  Kebajikan Masyarakat seperti berikut :

(i) Kurang Upaya Pendengaran –

Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.  Terdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU Pendengaran, iaitu :

  • Minimun                                15 – < 30 dB  (Kanak-Kanak)
  •                                                      20 – < 30 dB  (Dewasa)
  • Sederhana                            30 – < 60 dB
  • Teruk (severe)                    60 – < 90 dB
  • Sangat teruk (profound)          > 90 dB
(ii) Kurang Upaya Penglihatan 

Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh.  Terdapat dua tahap kurang upaya  penglihatan seperti berikut :-

Terhad   –  Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan ataU lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan  menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan   penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation.

Buta –        Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan  penglihatan kurang dari 10 darjah dari  fixation

(iii) Kurang Upaya Pertuturan 

Tidak boleh bertutur  sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya.  Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak -kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun  ke  atas.  Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.

(iv) Kurang Upaya Fizikal

Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di   mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi   tubuh badan.  Kedaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf,  kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain -lain.Contoh ketidakupayaan fizikal:

(a)     Limb defects (congenital/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan.
(b)     Spinal Cord Injury [Hanya sekiranya tiada pengembalian fungsi selepas enam bulan]
 (c)     Stroke [Hanya sekiranya tiada pengembalian fungsi selepas enam bulan]
(d)     Traumatic Brain Injury
(e)     Kerdil (Achondroplasia) iaitu < 142 cm bagi lelaki dan  < 138 cm bagi wanita

(f)      Cerebral Palsy

 

(v) Masalah Pembelajaran

Masalah  kecerdasan   otak  yang tidak selaras dengan usia biologikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom Down,  dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti Autisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia).

(vi) Kurang Upaya Mental

Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh Pakar Psikiatri.  Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder danPersistent Delusional Disorders.            

(vii) Pelbagai  (Multiple Disabilities)

Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)- mempunyai lebih daripada satu jenis  ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori satu hingga enam.

welfare-benefits-for-oku-citizen-presentations-6-638
Borang Pendaftaran
Borang Permohonan Pendaftaran Orang  Kurang Upaya BPPOKU (Pindaan 1/2012)
Pemohonan Pendaftaran

(a)     Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah  /          Jajahan / Bahagian;
(b)     Menggunakan borang tersebut di atas; dan
(c)     Menyertakan dokumen sokongan seperti salinan sijil kelahiran atau Kad Pengenalan.

Syarat-syarat Pendaftaran

(a)     Warganegara yang bermastautin di Malaysia

(b)   Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan / Pakar Psikiatri atau Pakar  Perubatan Swasta.

 

Kod Kategori OKU

 

KOD JENIS KETIDAKUPAYAAN
DE Pendengaran
BL Penglihatan
SD Pertuturan
PH Fizikal
LD Masalah Pembelajaran
ME Mental
MD Pelbagai
Penukaran Kad

Penukaran kad OKU boleh dilakukan di mana-mana pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian disebabkan:-

(a)     Kad OKU hilang;
(b)     Kad OKU rosak;
(c)     Perubahan kategori ketidakupayaan.

 

Muat turun Borang Pendaftaran OKU

BORANG PENDAFTARAN OKU pindaan 1 2012

 

 

Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada Orang Kurang Upaya

Kemudahan dan Keistimewaan bagi OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti berikut:-

Kemudahan dan Keistimewaan OKU di Malaysia(Muat turun PDF)

 


download
Senarai Ibupejabat dan Pejabat JKM Negeri

 

Ibupejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor

Tingkat 4, Blok A, Bangunan Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor

Tel : 07- 228 2971 / 07- 228 2972

Faks : 07- 224 0336    Emel : jkmn_johor@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah

Aras Bawah, Zon C, Kompleks Persekutuan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit,Bandar Mu’adzam Shah 06550 Alor Setar, Kedah

Tel : 04-700 1700

Faks : 04-731 3407      Emel : jkmn_kedah@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan

Blok 7, Kompleks Kota Darul Naim, 15503 Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7416900

Faks : 09-7481264       Emel : jkm@kelantan.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka

No. 36-2, Tingkat 2, Jalan KC 1, Bangunan Kota Cemerlang, 75450 Lebuh Ayer Keroh, Melaka

Tel : 06 – 333 3333 / 06-231 9171

Faks : 06-231 9221       Emel : jkmn_melaka@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan

Tingkat 1B, Wisma Negeri, Jalan Dato Abd. Malek, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 06-7659555 / 06-7659556

Faks : 06-7629 541         Emel : jkmn_sembilan@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, Tingkat 30, Menara Komtar, 10564 Timur Laut, Pulau Pinang

Tel : 046505259

Faks : 042635964           Emel : jkmnpp@jkm.gov.my

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

Lot 27 & 29, Sri Kuantan Square, Jalan Telok Sisek, 25050 Kuantan, Pahang

Tel : 09-5650222

Faks : 09-5165185          Emel : jkmn_pahang@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak

Lot 1516, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Ipoh, 30000 Kinta, Perak

Tel : 05-2545505

Faks : 05-2546505           Emel : –

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis

Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, 01000 Kangar , Perlis

Tel : 04-973 1864

Faks : 04-979 1401         Emel : jkmn_perlis@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah

Tingkat 6 & 8, Blok B, Bangunan Wisma MUIS, Jalan Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-25 5133/ 088-25 5134 / 088-24 4228

Faks : 088-22 4983 / 088-31 8308          Emel : jpka_sabah@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak

Wisma Kebajikan, Lot 4273, Blok 14, Off Jalan Siol Kanan, 93050 Kuching, Sarawak

Tel : 082-449577

Faks : 082-448741 / 082-448455            Emel : welfare@sarawak.gov.my

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5510 1400

Faks : 03-5519 0232                Emel : –

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu

Tingkat 1, Wisma Negeri, Jalan Pejabat, 20564 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel : 09-6222444 / 09-6274256/51

Faks : 09-6239864                  Emel : jkmn_terengganu@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, No. 72, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 50564 , Kuala Lumpur

Tel : 03-40441188/03-26124000

Faks : 03-40428185               Emel : jkmn_kl@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan

Peti Surat 81212, Jalan Tun Mustapha, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan, Labuan

Tel : 087-424961

Faks : 087-418185                Emel : jkmn_labuan@jkm.gov.my

 

 

Advertisements

Leave a Reply