Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Bagaimana Syarat – Syarat Membuka Taska atau Pusat Asuhan Kanak – Kanak Mengikut Standard Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM ?

download

Bagaimanakah proses pendaftaran  TASKA?

Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai ‘final agency’’ bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran TASKA. Ini bermakna sebelum suatu Perakuan itu dikeluarkan, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi.

 

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 [AKTA 308]

Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.

 

DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK

Di bawah Seksyen 2, Akta 308 “taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.

DEFINASI TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK BERDAFTAR

“Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan

KATEGORI TASKA
Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut :
1.      TASKA Di Institusi
  • Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
2.       TASKA Di Tempat Kerja
  • Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam  jagaan
  • Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja
3.       TASKA Komuniti
  • Menerima  10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
  • Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
  • Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar
4.       TASKA Di Rumah
  • Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
  • Dijalankan di kediaman sendiri
image
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
  1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) kecuali bagi TASKA di rumah.
  2. Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  3. TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti berikut :
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jabatan Kesihatan
  • Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
LANGKAH MEMPERMUDAHKAN PENDAFTARAN

JKM telah mengambil langkah mempermudahkan proses pendaftaran TASKA bagi memenuhi keperluan selaras dengan peruntukan Akta dan Peraturan-Peraturan TASKA. Langkah ini membolehkan TASKA sedia ada yang telah memenuhi standard minimum JKM didaftarkan walaupun masih belum mendapat sokongan daripada agensi teknikal yang berkaitan.

 

 

STANDARD MINIMUM JKM

Di antara standard minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut :

  1. Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak hendaklah mencukupi seperti Jadual berikut;
    Umur (tahun) Kanak-kanak biasa Kanak-kanak keperluan khas
    0 – 1 1 : 3 2 : 3
    1 – 3 1 : 5 2 : 5
    3 – 4 1 : 10 3 : 10
  2. Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas;
  3. Sekurang-kurangnya salah seorang pengusaha, pengurus, penyelia atau pengasuh kanak-kanak di TASKA hendaklah mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan PERMATA yang diiktiraf oleh JKM (*);
  4. Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai iaitu 2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak di TASKA Rumah atau 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak di TASKA Institusi; Tempat Kerja dan Komuniti;
  5. Menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak-kanak;
  6. TASKA mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak- kanak;
  7. Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di TASKA;
  8. Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis TASKA;
  9. Apa-apa syarat lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Ketua Pengarah atau Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.
(*)  Semua Pengusaha, Pengurus, Penyelia dan Pengasuh di TASKA wajib hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak atau Kursus Asuhan PERMATA selewat-lewatnya dalam tempoh 1 tahun bekerja di TASKA.
PROSEDUR PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA
  1. Konsultasi dan permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berkenaan.
  2. Permohonan pendaftaran yang lengkap akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja.
  3. Bayaran fi pendaftaran dikenakan sebanyak RM50.00 bagi TASKA Di Rumah dan RM250.00 bagi TASKA Institusi; Tempat Kerja dan Komuniti.
  4. Kelulusan Sijil Perakuan Pendaftaran TASKA akan dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) yang berkenaan. Sebarang pembetulan terhadap sijil tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari.
  5. Tempoh sah pendaftaran adalah selama 60 bulan (5 tahun).
  6. Senarai TASKA berdaftar boleh disemak di laman web www.jkm.gov.my.
TINDAKAN UNDANG-UNDANG YANG BOLEH DIAMBIL

Jika mana-mana TASKA tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Peraturan-Peraturan TASKA (Pengkompaunan Kesalahan) 2011, Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

  1. Kompaun maksimum RM5,000.00 bagi setiap kesalahan
  2. Pembatalan Pendaftaran
  3. Arahan TASKA ditutup sementara
  4. Lak (seal)
  5. Pendakwaan dan jika sabit kesalahan boleh :
    1. didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya;
    2. bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM 20,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

 


 

KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA
(KURSUS ASUHAN PERMATA)

Berkuatkuasa 1 Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1988.Menurut Peraturan 54, Peraturan-Peraturan TASKA 2012, semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh wajib hadir dan lulus Kursus Asuhan PERMATA dalam tempoh dua belas bulan bekerja.Latihan berkaitan asuhan dan didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di TASKA dipatuhi.  Usaha ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan dan kematian kanak-kanak seperti yang kerap dilaporkan di media massa.

 

 

PENGIKTIRAFAN AGENSI LATIHAN, JURULATIH DAN FASILITATOR KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP)

Peraturan-Peraturan TASKA 2012 di bawah Peraturan 53 dan Peraturan 54, telah memperuntukan bidang kuasa JKM bagi mengiktiraf mana-mana individu, persatuan atau syarikat yang layak untuk menjalankan KAP sebagai agensi latihan, jurulatih dan fasilitator. Untuk mengetahui secara lebih lanjut sila layari portal eZi2Care (http://ezi2care.jkm.gov.my).

 

KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERMATA (KAP)

Kadar Bayaran KAP ditetapkan pada kadar RM800.00 seorang untuk tempoh selama kursus selama 144 jam dan amali 40 jam @ 29 hari sepenuh masa, manakala bagi kursus hujung minggu berlansung dalam tempoh 4 bulan. Peserta KAP boleh membeli Modul Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA yang diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan, UPM dengan harga RM100.00 senaskah melalui Agensi Latihan yang melaksanakan kursus.

 


download (1)
Senarai Ibupejabat dan Pejabat JKM Negeri

 

Ibu – pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor

Tingkat 4, Blok A, Bangunan Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor

Tel : 07- 228 2971 / 07- 228 2972

Faks : 07- 224 0336    Emel : jkmn_johor@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah

Aras Bawah, Zon C, Kompleks Persekutuan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit,Bandar Mu’adzam Shah 06550 Alor Setar, Kedah

Tel : 04-700 1700

Faks : 04-731 3407      Emel : jkmn_kedah@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan

Blok 7, Kompleks Kota Darul Naim, 15503 Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7416900

Faks : 09-7481264       Emel : jkm@kelantan.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka

No. 36-2, Tingkat 2, Jalan KC 1, Bangunan Kota Cemerlang, 75450 Lebuh Ayer Keroh, Melaka

Tel : 06 – 333 3333 / 06-231 9171

Faks : 06-231 9221       Emel : jkmn_melaka@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan

Tingkat 1B, Wisma Negeri, Jalan Dato Abd. Malek, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 06-7659555 / 06-7659556

Faks : 06-7629 541         Emel : jkmn_sembilan@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, Tingkat 30, Menara Komtar, 10564 Timur Laut, Pulau Pinang

Tel : 046505259

Faks : 042635964           Emel : jkmnpp@jkm.gov.my

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

Lot 27 & 29, Sri Kuantan Square, Jalan Telok Sisek, 25050 Kuantan, Pahang

Tel : 09-5650222

Faks : 09-5165185          Emel : jkmn_pahang@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak

Lot 1516, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Ipoh, 30000 Kinta, Perak

Tel : 05-2545505

Faks : 05-2546505           Emel : –

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis

Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, 01000 Kangar , Perlis

Tel : 04-973 1864

Faks : 04-979 1401         Emel : jkmn_perlis@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah

Tingkat 6 & 8, Blok B, Bangunan Wisma MUIS, Jalan Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-25 5133/ 088-25 5134 / 088-24 4228

Faks : 088-22 4983 / 088-31 8308          Emel : jpka_sabah@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak

Wisma Kebajikan, Lot 4273, Blok 14, Off Jalan Siol Kanan, 93050 Kuching, Sarawak

Tel : 082-449577

Faks : 082-448741 / 082-448455            Emel : welfare@sarawak.gov.my

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5510 1400

Faks : 03-5519 0232                Emel : –

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu

Tingkat 1, Wisma Negeri, Jalan Pejabat, 20564 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel : 09-6222444 / 09-6274256/51

Faks : 09-6239864                  Emel : jkmn_terengganu@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, No. 72, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 50564 , Kuala Lumpur

Tel : 03-40441188/03-26124000

Faks : 03-40428185               Emel : jkmn_kl@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan

Peti Surat 81212, Jalan Tun Mustapha, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan, Labuan

Tel : 087-424961

Faks : 087-418185                Emel : jkmn_labuan@jkm.gov.my

 

 

Advertisements