Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Bagaimana Kaedah Perlindungan Yang Diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM Kepada Golongan Pengemis (Orang Papa) ?

 

man person men old

Pemulihan Orang Papa :

Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi fokus kepada golongan yang tiada tempat tinggal dan memerlukan perlindungan yang boleh ditakrifkan sebagai orang papa di bawah Akta Orang Papa 1977. Jabatan Kebajikan Masyarakat secara berkala dan ad-hoc sentiasa melakukan operasi bagi menyelamat orang papa yang terdiri daripada pengemis dan kutu rayau.

 

 

Definisi Orang Papa:

Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang lazim mengunjungi tempat itu ataupun hingga mengadakan kacauganggu atau seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam sama ada atau tidak ia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.

 

 

Akta Berkaitan :

• Akta Orang Papa 1977 (Akta 183)

 

Institusi Berkaitan :

Desa Bina Diri (DBD)
Sebuah institusi yang memberi perlindungan dan pemulihan bagi orang papa.
Desa Bina Diri (DBD) ditubuhkan untuk memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada pengemis dan orang papa bagi melahirkan individu  yang produktif dan berkemahiran ke arah perubahan sikap yang positif untuk diintegrasikan semula ke dalam masyarakat.
Objektif penubuhan DBD adalah seperti berikut :

  1. memberi perlindungan, penjagaan dan pemulihan kepada penghuni yang terdiri daripada golongan papa.
  2. melatih penghuni supaya dapat menyesuaikan diri dan dapat di intergrasikan semula ke dalam masyarakat.
  3. melengkapkan diri dengan asas pembelajaran dan kemahiran.

 

Terdapat lima (5) buah DBD di bawah JKM. 

  1. DBD Mersing, Johor
  2. DBD Jerantut, Pahang
  3. DBD Kuching, Sarawak
  4. DBD Kota Kinabalu, Sabah
  5. Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh, Selangor.

 

Syarat Kemasukan :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 59 tahun
  • Tiada keluarga
  • Tiada pendapatan
  • Tidak menghidap penyakit berjangkit

 

Kaedah Kemasukan

i) Sukarela

Permohonan kemasukan diproses mengikut kaedah-kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-Orang Papa 1981

ii) Perintah Mahkamah
Kemasukan adalah atas perintah Mahkamah mengikut Peruntukan Akta Orang-Orang Papa 1977

 

Orang papa yang dimasukkan ke Desa Bina Diri adalah melalui:

  • perintah mahkamah mengikut Akta Orang-orang Papa 1977
  • secara sukarela dengan kelulusan Pengarah Kebajkan Masyarakat Negeri di mana orang papa itu tinggal.
  • Mereka yang ditempatkan di institusi ini akan diajar kemahiran-kemahiran yang bersesuaian seperti menjahit, bertukang, berkebun dan sebagainya sebagai persediaan menempatkan kembali mereka ke dalam keluarga atau masyarakat serta boleh berdikari.

 

man in yellow sitting outside during daytime

Ingin membantu pengemis atau Orang Papa, sila hubungi cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan anda.

 


download (1)
Senarai Ibupejabat dan Pejabat JKM Negeri

 

Ibupejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor

Tingkat 4, Blok A, Bangunan Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor

Tel : 07- 228 2971 / 07- 228 2972

Faks : 07- 224 0336    Emel : jkmn_johor@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah

Aras Bawah, Zon C, Kompleks Persekutuan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit,Bandar Mu’adzam Shah 06550 Alor Setar, Kedah

Tel : 04-700 1700

Faks : 04-731 3407      Emel : jkmn_kedah@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan

Blok 7, Kompleks Kota Darul Naim, 15503 Kota Bharu, Kelantan

Tel : 09-7416900

Faks : 09-7481264       Emel : jkm@kelantan.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka

No. 36-2, Tingkat 2, Jalan KC 1, Bangunan Kota Cemerlang, 75450 Lebuh Ayer Keroh, Melaka

Tel : 06 – 333 3333 / 06-231 9171

Faks : 06-231 9221       Emel : jkmn_melaka@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan

Tingkat 1B, Wisma Negeri, Jalan Dato Abd. Malek, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel : 06-7659555 / 06-7659556

Faks : 06-7629 541         Emel : jkmn_sembilan@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang, Tingkat 30, Menara Komtar, 10564 Timur Laut, Pulau Pinang

Tel : 046505259

Faks : 042635964           Emel : jkmnpp@jkm.gov.my

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

Lot 27 & 29, Sri Kuantan Square, Jalan Telok Sisek, 25050 Kuantan, Pahang

Tel : 09-5650222

Faks : 09-5165185          Emel : jkmn_pahang@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak

Lot 1516, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab Ipoh, 30000 Kinta, Perak

Tel : 05-2545505

Faks : 05-2546505           Emel : –

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis

Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, 01000 Kangar , Perlis

Tel : 04-973 1864

Faks : 04-979 1401         Emel : jkmn_perlis@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah

Tingkat 6 & 8, Blok B, Bangunan Wisma MUIS, Jalan Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-25 5133/ 088-25 5134 / 088-24 4228

Faks : 088-22 4983 / 088-31 8308          Emel : jpka_sabah@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak

Wisma Kebajikan, Lot 4273, Blok 14, Off Jalan Siol Kanan, 93050 Kuching, Sarawak

Tel : 082-449577

Faks : 082-448741 / 082-448455            Emel : welfare@sarawak.gov.my

 

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

Tingkat 2, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5510 1400

Faks : 03-5519 0232                Emel : –

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu

Tingkat 1, Wisma Negeri, Jalan Pejabat, 20564 Kuala Terengganu, Terengganu

Tel : 09-6222444 / 09-6274256/51

Faks : 09-6239864                  Emel : jkmn_terengganu@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tingkat 9, Grand Seasons Avenue, No. 72, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 50564 , Kuala Lumpur

Tel : 03-40441188/03-26124000

Faks : 03-40428185               Emel : jkmn_kl@jkm.gov.my

 

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan

Peti Surat 81212, Jalan Tun Mustapha, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan, Labuan

Tel : 087-424961

Faks : 087-418185                Emel : jkmn_labuan@jkm.gov.my

 

 

Advertisements