Membantu meringankan beban mangsa yang ditimpa musibah iaitu benca alam dan kecurian.
Syarat Umum
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang permohonan: – BORANG_BANTUAN_UMUM
- Senarai Semak. – SKIM_BANTUAN_MUSIBAH
- Satu salinan kad pengenalan pemohon
- Satu salinan laporan polis / pihak berkuasa berkaitan kejadian musibah
- Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
- Dua keping gambar kejadian musibah.
Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan
Keluarga bercerai. | : | Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini. |
Ahli keluarga telah meninggal dunia. | : | Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri. |
Saudara baru. | : | Satu salinan kad memeluk Islam. |
Orang Kelainan Upaya. | : | Salinan kad orang kelainan upaya (OKU). |
Pengidap sakit kronik. | : | Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja. |
Sedang mengikuti pengajian di IPT. | : | Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar. |
Keluarga bermasalah. | : | Satu salinan laporan polis/ surat penjara. |
Muflis. | : | Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi. |
Ke mana Perlu Dihantar Permohonan?
Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP (senarai kaunter lampiran di bawah)
Had al-Kifayah
Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan). Manakala dari sudut syarak ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Secara ringkasnya, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.
Penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi 6 aspek keperluan asas iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.
- Perlindungan Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil air, bil elektrik dan lain-lain yang berkaitan.
- Makanan Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.
- Pakaian Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
- Perubatan Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, farmasi dan lain-lain yang berkaitan.
- Pendidikan Segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkaitan.
- Pengangkutan Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkaitan.
Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.

Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.
- FAKIR
Seorang yang tidak mempunyai sebarang harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan daripada sumber-sumber lain tetapi jumlahnya tidak sampai 50% daripada had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya. - MISKIN
Seorang yang mempunyai pekerjaan atau pendapatan yang melebihi 50% tetapi tidak mencapai had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya. - AMIL
Mereka yang dilantik secara langsung oleh pemerintah dan ulul amri samaada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, pengagihan, pengurusan kewangan dan sebagainya. - MUALLAF
- Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu :
-
-
-
- Beragama Islam
+ Baru memeluk agama Islam
+ Orang yang memeluk Islam tetapi masih lemah imannya. - Bukan beragama Islam
- Beragama Islam
+ Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
-
-
- + Cenderung hatinya kepada ajaran Islam.
-
- + Ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang baik hubungannya dengan ketua-ketua Islam.
- + Masyarakat orang Asli yang boleh dipujuk supaya menganur Islam.
-
- Pemberian Zakat kepada Asnaf Muallaf Bukan Islam Yang Cenderung Ke Arah Islam
- Pandangan Pengikut Mazhab Syafi’e dan Maliki- Muallaf Kafir musyrikin harus menerima agihan zakat yang memujuk hati mereka supaya cenderung kepada agama Islam.
- Pengagihan zakat kepada orang bukan Islam melalui kod Muallaf dan wajar diberikan jumlah yang sama kepada golongan beragama Islam dan bukan beragama Islam.
- AL-RIQAB
Orang Islam yang dibelenggu atau dieksploitasi dari aspek pemikiran, harta benda, kekuasaan dan kebebasan yang tidak mampu membebaskan dirinya daripada belenggu tersebut. - AL-GHARIMIN
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga dan tanggungannya atau masyarakat serta individu yang ditimpa musibah dan hutang yang dibenarkan oleh hukum syarak. - FISABILILLAH
Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti untuk menegak, mempertahan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya. - IBNU SABIL
Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.
SOALAN LAZIM AGIHAN ZAKAT
Apakah syarat-syarat bagi memohon bantuan zakat Baitulmal MAIWP?
Bagaimanakah caranya untuk memohon bantuan zakat daripada Baitulmal MAIWP?
Bolehkah saya memohon lebih daripada satu bantuan?
