Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Bagaimana Memohon Bantuan Zakat Untuk Kos Guaman Syarie ? (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP)

Permohonan_Bantuan_Zakat_Baitulmal_MAIWP

 

Membantu asnaf yang menghadapi tuntutan yang berkaitan kes Mahkamah Syariah atas kes-kes seperti ta’lik, fasakh,hadhanah, nafkah dan kes-kes yang berkaitan.

 

Syarat Umum

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

 

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Borang permohonan. – BORANG_BANTUAN_UMUM
  2. Senarai Semak. – SKIM_BANTUAN_GUAMAN_SYARIE
  3. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  4. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  5. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  6. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  7. Satu salinan saman pernyataan tuntutan daripada Mahkamah Syariah.

 

agreement blur business close up

 

Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan

Keluarga bercerai. : Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
Ahli keluarga telah meninggal dunia. : Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
Saudara baru. : Satu salinan kad memeluk Islam.
Orang Kelainan Upaya. : Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
Pengidap sakit kronik. : Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
Sedang mengikuti pengajian di IPT. : Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
Keluarga bermasalah. : Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
Muflis. : Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Ke mana Perlu Dihantar Permohonan?
Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP (senarai kaunter lampiran di bawah)

 


Had al-Kifayah

Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan). Manakala dari sudut syarak ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Secara ringkasnya, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

Penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi 6 aspek keperluan asas iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.

  1. Perlindungan Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil air, bil elektrik dan lain-lain yang berkaitan.
  2. Makanan Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.
  3. Pakaian Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
  4. Perubatan Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, farmasi dan lain-lain yang berkaitan.
  5. Pendidikan Segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkaitan.
  6. Pengangkutan Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkaitan.

Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.

 


Definisi Asnaf
asnafmaiwp

Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.

  1. FAKIR
    Seorang yang tidak mempunyai sebarang harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan daripada sumber-sumber lain tetapi jumlahnya tidak sampai 50% daripada had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya.
  2. MISKIN
    Seorang yang mempunyai pekerjaan atau pendapatan yang melebihi 50% tetapi tidak mencapai had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya.
  3. AMIL
    Mereka yang dilantik secara langsung oleh pemerintah dan ulul amri samaada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, pengagihan, pengurusan kewangan dan sebagainya.
  4. MUALLAF
    1. Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu :
          1. Beragama Islam
            + Baru memeluk agama Islam
            + Orang yang memeluk Islam tetapi masih lemah imannya.
          2. Bukan beragama Islam

        + Boleh dipujuk supaya masuk Islam.

        1. + Cenderung hatinya kepada ajaran Islam.
        1. + Ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang baik hubungannya dengan ketua-ketua Islam.
        + Masyarakat orang Asli yang boleh dipujuk supaya menganur Islam.
    1. Pemberian Zakat kepada Asnaf Muallaf Bukan Islam Yang Cenderung Ke Arah Islam
      1. Pandangan Pengikut Mazhab Syafi’e dan Maliki- Muallaf Kafir musyrikin harus menerima agihan zakat yang memujuk hati mereka supaya cenderung kepada agama Islam.
      2. Pengagihan zakat kepada orang bukan Islam melalui kod Muallaf dan wajar diberikan jumlah yang sama kepada golongan beragama Islam dan bukan beragama Islam.
      3. AL-RIQAB
        Orang Islam yang dibelenggu atau dieksploitasi dari aspek pemikiran, harta benda, kekuasaan dan kebebasan yang tidak mampu membebaskan dirinya daripada belenggu tersebut.
      4. AL-GHARIMIN
        Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga dan tanggungannya atau masyarakat serta individu yang ditimpa musibah dan hutang yang dibenarkan oleh hukum syarak.
      5. FISABILILLAH
        Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti untuk menegak, mempertahan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
      6. IBNU SABIL
        Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

 


SOALAN LAZIM AGIHAN ZAKAT

 

Siapakah yang boleh memohon bantuan zakat Baitulmal MAIWP?
Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab. Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.

Apakah syarat-syarat bagi memohon bantuan zakat Baitulmal MAIWP?

Terdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusus. Syarat umum adalah Islam, warganegara Malaysia, menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan bergantung kepada pengiraan keperluan asasi dan pendapatan isi rumah (Had al-Kifayah) Syarat khusus pula adalah bergantung kepada bantuan yang dipohon dan berbeza-beza mengikut skim bantuan.

Bagaimanakah caranya untuk memohon bantuan zakat daripada Baitulmal MAIWP?

Datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web http://www.maiwp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.
Berapakah jumlah bantuan zakat yang diberikan?
Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.

Bolehkah saya memohon lebih daripada satu bantuan?

Pemohon boleh memohon lebih daripada satu bantuan setelah pihak Baitulmal MAIWP mengenalpasti kelayakan pemohon.
Adakah bantuan ini perlu dibayar semula?
Tidak, semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula

 


download
KAUNTER PERMOHONAN
PAZA Cawangan Parlimen Putrajaya
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3,  62100 PUTRAJAYA.
No. Tel : 03 – 8871 5000 No. Faks : –
PAZA Cawangan Parlimen Batu 
No. 838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 ½, Jalan Ipoh, 51200 KUALA LUMPUR No. Tel : 03 – 6259 6905 / 03 – 6259 6906
PAZA Cawangan Parlimen Bukit Bintang
Lot T-3-3 Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 KUALA LUMPUR No. Tel : 03 – 2070 2004 / 03 – 2070 2005
PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
No. 26, Jalan Danau Lumayan 1, Off Jalan Tasik Permaisuri 1, Pusat Perniagaan  Danau Lumayan Cheras, 56000 KUALA LUMPUR No. Tel : 03 – 9191 0116
PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju 
No. 19, Jalan 9/23E Taman Danau Kota Off Jalan Genting Klang 53300 KUALA LUMPUR No Tel : –
PAZA Cawangan Parlimen Titiwangsa
No. 4, Aras UG Mini UTC Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat, 54000 KUALA LUMPUR No Tel : 03 – 4251 8524
PAZA Cawangan Parlimen Seputeh
Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, Jalan Klang Lama 58100 KUALA LUMPUR No Tel : 03 – 7772 8425
PAZA Cawangan Setiawangsa
No 11-G , Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju 53300 KUALA LUMPUR No tel : 03 – 4142 0515
PAZA Cawangan Parlimen Lembah Pantai
No 93, Tingkat Bawah Jalan Bangsar, 59200 KUALA LUMPUR No tel : 03 – 2202 0937
PAZA Cawangan Parlimen Segambut
C-0-3A, M Avenue, Jalan Segambut1/38A, Segambut Bahagia, 51200 KUALA LUMPUR No tel : 03 – 6243 4080 / 03 – 6243 4081
PAZA Cawangan Labuan
Blok 4, Tingkat 13, Kompleks Ujana Kewangan, Peti Surat 87019 LABUAN  No. Tel : 087-418 515 / 512 No. Faks : 087-418 514
Advertisements