Ibadat

Bagaimana Memohon Bantuan Penyelenggaraan Masjid atau Surau ? ( Majlis Agama Islam Kelantan )

Logo_rasmi_maik

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mambantu menyalurkan sumbangan kepada rumah ibadat ini melalui beberapa kaedah seperti sumbangan kewangan. contoh sumbangan yang dipertimbangkan oleh maik adalah seperti membaikpulih dan menaiktaraf tandas, pendawaian semula elektrik, mengecat semula bangunan, membina pagar masjid dan lain-lain.

Selain itu juga maik turut membekal dan memasang permaidani, alat siaraya dan papan tanda kepada masjid dan surau di seluruh jajahan negeri Kelantan.

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) juga memperuntukan dana bagi membina dan membaik pulih pagar perkuburan Islam.

SYARAT UNTUK MEMOHON

  • Nama beserta alamat lengkap Masjid/Surau
  • Status Masjid/Surau cth Masjid Mukim, Masjid iktikaf, Surau
  • Lakaran pelan lokasi Masjid/Surau
  • Nama akaun Masjid/Surau
  • Salinan Nombor akaun Masjid/Surau
  • Keperluan dan jenis kerosakan beserta anggaran kos
  • Pengesahan pengerusi/imam masjid

 

Bangunan-maik

 

CARA UNTUK MEMOHON

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menyediakan borang permohonan khusus bagi permohonan penyelenggaraan masjid dan surau di jajahan negeri Kelantan.

Walau bagaimanapun, pemohon juga boleh mengutuskan surat kepada Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan bagi memaklumkan hasrat bagi pembaikian masjid dan madrasah berkenaan.

TEMPOH MENYELESAIKAN ADUAN

Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sedaya upaya akan membuat lawat siasat terhadap aduan kerosakan bangunan MAIK dalam tempoh 2 minggu.

 

 

Sebarang berkaitan boleh hubungi:

 

UNIT PENGURUSAN PROJEK

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Kompleks Balai Islam, Lundang
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan

Telefon : +609 7481512

 

 

Faks : +609 7485512

 

Emel : pengurusanprojek@e-maik.my

 

Waktu Berurusan :

Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang
Jumaat & Sabtu : Cuti

Sumber: MAIK

  1. http://www.e-maik.my/portal/index.php/ms/perkhidmatan-kami/bantuan-selenggara-masjid-surau
Advertisements

Leave a Reply