Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah memperkenalkan bantuan zakat melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun 1998 secara One-off.
Ini membolehkan pelajar-pelajar dari golongan asnaf memohon bantuan zakat tersebut bagi meringankan beban untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma atau Ijazah.
Terdapat dua (2) jenis bantuan zakat melanjutkan pengajian ke IPT diperkenalkan iaitu:-
- Bantuan Am Pelajaran Institut Pengajian Tinggi
- Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke Luar Negara
Tujuan bantuan zakat melanjutkan pengajian ke IPT ini diperkenalkan adalah untuk membantu meringankan beban golongan asnaf melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi secara tidak langsung mampu mengubah masa depan mereka.
Permohonan Secara Online Bantuan Untuk Pelajar Melanjutkan Pelajaran ke IPT
Sila klik ikon di bawah:
Anda Memerlukan Bantuan Tentang Cara – Cara serta bagaimana Memohon Bantuan Zakat Melanjutkan Pelajaran Ke IPT
( Sila klik pautan di bawah )

Sumber: MAIK