Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Bagaimana Memohon Bantuan Zakat Bagi Pelajar Untuk Melanjutkan Pelajaran ke IPT ? (Majlis Agama Islam Kelantan)

“Sila Baca Sampai Habis”

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah memperkenalkan bantuan zakat melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun 1998 secara One-off. Ini membolehkan pelajar-pelajar dari golongan asnaf memohon bantuan zakat tersebut bagi meringankan beban untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma atau Ijazah.

Terdapat dua (2) jenis bantuan zakat melanjutkan pengajian ke IPT diperkenalkan iaitu:-

  1. Bantuan Am Pelajaran Institut Pengajian Tinggi
  2. Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke Luar Negara

Tujuan bantuan zakat melanjutkan pengajian ke IPT ini diperkenalkan adalah untuk membantu meringankan beban golongan asnaf melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi secara tidak langsung mampu mengubah masa depan mereka.

Bermula Februari 2013, MAIK telah membangunkan Sistem Permohonan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT bagi Program lepasan diploma dan ijazah secara online. Pelajar asnaf yang layak menyambung pelajaran ke IPT tempatan boleh membuat permohonan sebelum tarikh pendaftaran atau selewat-lewatnya DUA BULAN selepas tarikh pendaftaran ke IPT.

Dalam artikel ini ada menceritakan satu per satu serta pautan untuk membuat permohonan serta membuat semakan. Sila teruskan bacaan anda.

Selepas selesai mengisi borang permohonan dan bersetuju dengan semua maklumat yang diberikan, pemohon mestilah mencetak borang lengkap, kemudian mendapatkan pengesahan daripada imam atau penggawa atau ketua jajahan masing-masing. Borang yang lengkap tersebut perlu dihantar ke Pejabat MAIK dengan menyertakan salinan penyata akaun Bank Islam atau Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pihak MAIK mungkin akan menambah beberapa akaun bank lain bergantung kepada permintaan. Cuma pada permulaan ini hanya Bank Islam dan BSN akan digunakan terlebih dahulu.

Perkhidmatan Kiosk IPT Online disediakan di Masjid-masjid Bandar dan Jajahan bagi memudahkan pemohon yang tidak mempunyai kemudahan internet. Semakan Status permohonan boleh disemak secara online dimana-mana sahaja.

Kemudahan dalam talian ini boleh dibuat dalam masa 24 jam di mana-mana sahaja pelajar itu berada. Sebarang pertanyaan mengenai cara pengisian atau permasalahan yang dihadapi semasa mengisi borang boleh menghubungi Unit Agihan di talian 09-7481512 samb.243/255

 

Bantuan Zakat melanjutkan pelajaran ke IPT merupakan salah satu daripada Program Agihan Wang Zakat MAIK kepada asnaf yang layak ke IPT dalam negeri.

Sistem Bantuan IPT Online telah diperkenalkan pada 1 Februari 2013 bagi memudahkan urusan pelajar membuat permohonan secara atas talian.

macbook pro

Gambar sekadar hiasan

Syarat – Syarat Permohonan

  • Permohonan terbuka untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa sahaja.
  • Tarikh hantar borang permohonan selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh memohon.
  • Permohonan bantuan zakat ke IPT boleh dibuat sebelum tarikh pendaftaran dan selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT tersebut.
  • Tiada penaja dan bantuan kewangan lain / elaun / biasiswa.
  • Pemohon hendaklah golongan asnaf yang layak menerima wang zakat.
  • Pendapatan keluarga yang rendah.
  • Tiada harta yang ekonomik.
  • Ibu/bapa/penjaga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
  • Warganegara malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kelantan.
  • Bidang pengajian yang memberi manfaat umum.
  • Permohonan yang tidak jelas dan tidak lengkap dan mengandungi maklumat palsu akan ditolak.

Dokumen – dokumen berikut diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon.

  • Salinan Surat Tawaran IPT.

  • Salinan Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional.

  • Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga.

  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga.

  • Salinan surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan).

  • Salinan Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji.

  • Salinan Slip pencen sekiranya bersara.

Manual dan Cara – Cara Sistem Permohonan Bantuan Online IPT (Boleh rujuk gambar atau PDF dilampirkan)

Sila klik untuk papar atau muat turun pdf fail di bawah:

manual-sistem-permohonan-bantuan-ipt-onlinepdf

Atau anda boleh rujuk gambar di bawah:

Gambar Rujukan

manual-sistem-permohonan-bantuan-ipt-online-1

manual-sistem-permohonan-bantuan-ipt-online-2

manual-sistem-permohonan-bantuan-ipt-online-3

manual-sistem-permohonan-bantuan-ipt-online-4

manual-sistem-permohonan-bantuan-ipt-online-5

manual-sistem-permohonan-bantuan-ipt-online-6

manual-sistem-permohonan-bantuan-ipt-online-7

Setelah Faham Tatacara Untuk Memohon, Boleh teruskan membuat permohonan dengan klik pautan atau ikon dibawah

 

http://ipt-online.e-maik.my/frmlogin.aspx

Untuk membuat SEMAKAN Permohonan Bantuan Online IPT

(boleh klik pautan atau ikon di bawah)

 

http://www.e-maik.my/portal/e-perkhidmatan-kami/semakan-bantuan-ipt-online

Sumber : MAIK

Logo_rasmi_maik

-Tamat-

Advertisements

2 replies »

Leave a Reply