Makanan

Bagaimana Membuat Ikan Stim Halia ?

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan siakap (cuci dengan asam limau dan belah bahagian belakangnya)
 

Bahan-bahan A:

3 ulas bawang putih
3 ulang bawang merah
2 inci halia
1/2 biji cili masak potong bulat.
3 biji cili padi
2 batang serai
3 helai daun limau purut.
Sedikit lada sulah.
Sedikit air,garam dan gula.
1 sudu teh sos tiram.
3 biji asam boi.
1/2 Sudu besar kicap manis.
Bahan-bahan B:

8 keping cendawan
1 biji buah tomato-belah.
2 biji limau nipis atau limau kasturi
1/2 batang lobak
4 inci batang saderi
Sedikit daun ketumbar,daun sup dan daun bawang.

 

DSC02753

 

Cara-caranya:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Masukkan ikan kedalam bekas yang sesuai.
  3. Masukkan bahan-bahan A.
  4. Kukus selama 15 minit.
  5. Selepas 15 minit baru masukkan bahan-bahan B.
  6. Seimbangkan rasa masin,manis dan masam.
  7. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan ketika masih panas.
Advertisements

Categories: Makanan

Leave a Reply