Keluarga Bahagia

Bagaimana Mengenalpasti Tumbesaran dan Perkembangan Bayi dan Kanak-kanak Sehingga 2 Tahun ?

Tumbesaran dan perkembangan bayi dan kanak-kanak merupakan perkara yang penting bagi Ibubapa. Ibubapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan anak mereka dari dilahirkan sehingga dewasa dapat membantu dalam perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral, personaliti dan sebagainya. Selain itu, ia juga membantu dalam proses melatih dan mendidik anak-anak mengikut keperluan bersesuaian dengan tahap kefahaman bayi atau kanak-kanak tersebut.

 

Setiap bayi atau kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza.

Umur Perkembangan Normal Perkembangan Tidak Normal

Dari lahir (0-4) minggu

DraiLahir0-4Minggu

Sumber : www.bayikusehat.com

Kebanyakan bayi yang baru dilahirkan akan:

  • Mulut bergerak kearah rangsangan dan mula menghisap
  • Tangan dan kaki bergerak aktif
  • Memberikan reaksi terhadap  bunyi loceng
 

  • Tangan dan kaki tidak bergerak aktif
  • Tiada reaksi terhadap bunyi loceng.

 

Dari 4-6 minggu

Dari4-6Minggu

Sumber : www.bayikusehat.com

  • Boleh mengawal posisi  kepala secara tegak
  • Berkeupayaan
    membengkok siku sedikit.
  • Tidak boleh mengawal
    posisi kepala sewaktu
    badannya ditarik ke
    posisi duduk.
  • Kedua-dua siku dalam
    keadaan lurus.

Dari 6 minggu sehingga 3 bulan

Dari6MingguHingga3Bulan

Sumber : www.bayikusehat.com

  • Mengankat kepala sedikit sewaktu dibaringkan secara meniarap.
  • Boleh menyokong lengan.
  • ketidakupayaan untuk menoleh kepala kesebelah, dan tidak boleh mengangkat kepala.

Dari 3 bulan sehingga 6 bulan

Dari3BulanHingga6bULAN

Sumber : www.bayikusehat.com

Bayi semakin kuat dan lincah:

  • Boleh meniarap
  • Boleh memusingkan badan dari posisi terlentang ke meniarap.
  • Menolak badan kedepan dan menarik badan keatas dengan berpaut kepada sesuatu.
  • Mencapai dan menyentuh objek. Mengambil, menggengam dan
  • membawa objek ke mulut.
  • Memerhatikan objek sewaktu bergerak (contohnya mainan yang mengeluarkan bunyi.
 

  • Masih tidak boleh meniarap.
  •  Masih tidak boleh memusingkan badan dari terlentang ke meniarap. Lambat mencapai/ mengambil objek.

Dari 6 bulan sehingga 9 bulan

Dari6BulanHingga9Bulan

Sumber : www.bayikusehat.com

Kebanyakan bayi:

  • boleh duduk dengan
    sendiri /duduk  dengan
    sokongan.
  • Mengambil dan membawa barang dekat ke badan.
  • Memindahkan objek kedua-dua belah tangan.
  • Menyokong badan dengan sendiri jika didudukkan.
  • Masih tidak boleh duduk dengan sokongan.
  • Kurang penggunaan aktiviti tangan
  • Tidak dapat menyeimbangkan badan dengan sendiri jika didudukkan.

 

Dari 8 bulan sehingga 10 bulan

Dari8BulanHingga10Bulan

Sumber : www.bayikusehat.com

 

  • Boleh merangkak.

 

 

 

 

  • Masih tidak  boleh merangkak.

Dari 9 bulan sehingga 12 bulan

Dari9BulanHingga12Bulan

Sumber : www.bayikusehat.com

Dalam peringkat ini, bayi akan:

  • Berdiri sendiri
  • Berjalan dengan bantuan (peralatan sekeliling yang boleh ditolak untuk berjalan)
  • Menolak dan bermain dengan bola
  • Melontar objek
  • Mengambil objek dengan menggunakan ibu jari dan jari lain.
  • Menjatuhkan dan mengambil semula objek.
  • Tidak boleh   berdiri dengan sendiri.
  • Tidak boleh menarik badan untuk berdiri sendiri dengan bantuan atau sokongan.

Dari 1 tahun sehingga 2 tahun

Dari1TahunHingga2Tahun-310x205

Sumber : www.bayikusehat.com

Pada usia ini;

  • Berjalan semakin mudah
  • Boleh mencangkung
  • Boleh menaiki/menuruni tangga dengan bantuan atau memegang sesuatu.
  • Boleh menyepak bola
  • Mula untuk berlari.
  • Masih tidak boleh   berjalan.
  • Masih tidak boleh berlari

 

Rajah di atas menunjukkan tumbesaran dan perkembangan bayi dan kanak-kanak secara am. Ini dapat membantu ibu bapa untuk mengenalpasti jika anak-anak mengalami perkembangan yang lambat untuk memberi tanda amaran kepada ibu bapa supaya berjumpa dengan pakar kanak-kanak bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Oleh yang demikian, Ahli Fisioterapi amat penting untuk membantu dari segi perkembangan bayi dan kanak-kanak mengikut peringkat umur yang sepatutnya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan:

  1. Portal MyHealth
  2. Gambar : www.bayikusehat.com
Advertisements