Kesihatan

Bagaimana Teknik Penggunaan Ubat Titis Mata ?

Ubat titis mata merupakan sediaan steril ( bebas daripada kuman) yang digunakan untuk merawat masalah pada bahagian mata. Terdapat pelbagai jenis sediaan ubat mata di pasaran dengan pelbagai tujuan penggunaan.

 

Kebiasaannya ubat titis mata digunakan dalam masalah atau kondisi seperti berikut:

Masalah/keadaan mata
Bahan dalam ubat titis mata
Jangkitan mata (contohnya :konjunktivitis, jangkitan kornea dan sebagainya) Antibiotik,antifungal atau steroid
Selepas pembedahan Antibiotik, air mata tiruan
Penggunaan kanta lekap Bahan pelembap
Mata kering Bahan pelembap
Alahan (mata kemerahan, gatal,berair) Antihistamin, air mata tiruan

 

 

 

Cara Penggunaan Ubat Titis Mata

Cara penggunaan ubat titis mata adalah sama bagi semua jenis sediaan.

eyedrops3

Sumber gambar: wikihow.com

 

  1. Cuci tangan dengan menggunakan air dan sabun sehingga bersih.
  2. Lap kawasan mata dengan menggunakan kain yang bersih atau tisu bagi membuang kotoran yang melekat pada kawasan mata.
  3. Buka penutup botol ubat titis mata.eyedrops4

  4. Dongakkan sedikit kepala ke belakang.
  5. Tarik bahagian bawah kelopak mata sehingga mempunyai ruang yang mencukupi untuk meletakkan ubat.
  6. Dekatkan penitis ke bahagian bawah kelopak mata yang ditarik. Pastikan hujung penitis tidak menyentuh mana-mana bahagian mata.eyedrops3 (1)

  7. Picit botol ubat titis mata dan pastikan ubat masuk kedalam mata.
  8. Tutup mata selama 2-3 minit. Elakkan daripada memejam mata dengan kuat atau mengerlipkan mata supaya ubat tidak mengalir keluar.
  9. Sapu lebihan ubat titis mata dengan menggunakan kain bersih atau tisu.
  10. Ulang langkah diatas selepas 5 minit jika perlu menggunakan ubat titis mata pada bahagian mata yang sama.

 

Kesan Sampingan

  1. Iritasi (rasa pedih atau gatal) pada bahagian mata.
  2. Alahan pada kandungan ubat titis mata.
  3. Pening atau sakit kepala.
  4. Pandangan menjadi kabur.
  5. Mata berair dan rasa tidak selesa.

 

Cara Penyimpanan

  1. Jauhkan daripada kanak-kanak.
  2. Pastikan ubat ditutup dengan ketat.
  3. Simpan ubat mengikut kesesuaian suhu yang tertulis pada label botol ubat titis mata.
  4. Elakkan menyimpan di tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.

 

Peringatan

  1. Patuhi arahan penggunaan ubat titis mata.
  2. Pastikan lebihan ubat sediaan bukan komersial dibuang mengikut tarikh luput pada botol ubat.
  3. Pastikan lebihan ubat sediaan komersial dibuang selepas 4 minggu (1 bulan) dibuka.
  4. Segera berjumpa doktor jika mengalami alahan selepas menggunakan ubat titis mata.
  5. Dapatkan pandangan dan nasihat ahli farmasi sebelum membeli atau menggunakan sediaan ubat titis mata yang dijual di kedai atau farmasi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan:

  1. Portal MyHealth
Advertisements

Categories: Kesihatan

Leave a Reply