Percutian & Tradisi

Keindahan Alam Di Tasik Kenyir Menarik Kehadiran Pelancong Tempatan & Luar Negara !!!

Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.

Tasik Kenyir terletak di Kawasan Barat Daerah Hulu Terengganu, kira-kira 55 km dari Bandar Kuala Terengganu. Keluasan kawasan Tasik Kenyir ialah 260,000 hektar. Di Tasik Kenyir juga terdapat 340 buah pulau yang pada asalnya ialah kemuncak bukit yang tidak ditenggelami air.

Tasik Kenyir_Map

Selain menjadi lokasi tadahan air, Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi pelancongan dunia. Keindahan alam semulajadinya yang terdiri daripada tasik, jeram, air terjun, sungai yang kaya dengan spesies ikan air tawar, banjaran bukit, gunung, gua, hutan yang diliputi flora & fauna eksotik menjadi khazanah yang sangat bernilai untuk diterokai.

Keunikan dan keindahan alam di Tasik Kenyir sentiasa menarik kehadiran pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara. Banyak lokasi menarik dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Dengan menaiki bot laju, seseorang itu memerlukan empat hingga lima hari untuk melawat sebahagian besar tempat-tempat menarik.

DSCN6771

Dua pintu masuk utama ke Tasik Kenyir ialah Pengkalan Gawi dan Jenagor. Tasik Kenyir juga merupakan pintu masuk ke Taman Negara melalui laluan Tanjung Mentong. Pelbagai urusan penempahan bot dan tempat penginapan boleh dibuat di Pengkalan Gawi.

 

 

Antara aktiviti dan tarikan utama di Tasik Kenyir

 

kenyir 2

 

Mengelilingi Tasik Kenyir

Bagi yang ingin mengelilingi Tasik Kenyir boleh berbuat demikian dengan menyewa bot dari Ketengah. Kadar sewa antara RM450 dan RM600.

 

Rumah Bot (Houseboat)

houseboat

Houseboat atau Rumah Bot adalah sebuah bot bersaiz besar yang dilengkapi pelbagai kemudahan yang lengkap termasuk katil, dapur, bilik air, peti sejuk, ruang menonton televisyen, ruang tamu dan ruang makan yang pastinya membuatkan anda merasa selesa seperti berada di rumah sendiri.

 

 

Antara pengusaha Rumah Bot di Tasik Kenyir:

 

Kenyir Houseboat Rentals

En. Ujang Tel: 012-9747995.

Laman Web: http://thederhakastudent.multiply.com

Emel: Malimpelita@hotmail.com

 

Perkhidmatan Bot Seri Gawi

En. Bakar Mamat Tel: 019-9273371, 019-9488026, 013-9554009

Laman Web: http://www.serigawi.blogspot.com

 

Sri Gagau Houseboat

En Jalie, Cik Jalilah Tel: 013-9830220, 013-3422500

Laman Web: http://www.srigagau.blogspot.com

Emel: srigagau@yahoo.com

 

 

Santuari Kelah Sungai Petang

SABAH, MALAYSIA - MAY 19, 2011: Mahseer or Ikan Kelah at Sungai Maroli, Ranau.
Santuari Kelah Sungai Petang terletak di Sungai Petang, Tasik Kenyir. Jarak Perjalanan ke Pusat Santuari Kelah ini dari Pengkalan Gawi ialah 21 km dan mengambil masa 40 minit perjalanan dengan menaiki bot laju. Sekiranya anda melalui Jenagor, jarak perjalanan lebih dekat iaitu 16 km sahaja.

 

 

Air Terjun

Terdapat 14 lokasi air terjun termasuk lima yang popular di Tasik Kenyir iaitu Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat, Air Terjun Sungai Buweh dan Lata Terap.

Air Terjun Lasir terletak 16km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan dengan bot mengambil masa 30-45 minit. Air Terjun Lasir merupakan salah satu air terjun terkenal di Tasik Kenyir dengan ketinggian 500 kaki.

DSC_0224

Lokasi Air Terjun Saok ialah di Pulau Besar, 8 km dari Pengkalan Gawi. Perjalanan menaiki bot dari Pengkalan Gawi mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit. Ia merupakan satu lagi destinasi popular untuk berkelah dan menikmati keindahan alam semulajadi.

Air Terjun Tembat terletak di Sungai Tembat. Perjalanan ke lokasi Air Terjun Tembat dari Pengkalan Gawi mengambil masa 45 hingga 60 minit

 

 

Gua Bewah & Gua Taat

Gua Bewah dan Gua Taat pula merupakan dua buah gua yang penuh dengan bahan-bahan sejarah. Para pengkaji sejarah telah menemui pelabagai kesan peninggalan seperti rangka manusia dan peralatan zaman pra-sejarah termasuk senjata dan peralatan memasak.

DSC_0384
Gua Bewah merupakan gua batu kapur yang terkenal di Tasik Kenyir. Ia terletak 578 meter dari aras laut dan mempunyai bentuk dan formasi stalaktit dan stalagmit yang unik seperti bentuk burung dan manusia. Rangka manusia yang ditemui di Gua Bewah telah meletakkan Tasik Kenyir antara lokasi bersejarah bukan sahaja kepada negara, malah di mata dunia.

Gua Taat

Lokasi Gua Taat berdekatan dengan Gua Bewah. Perjalanan dari Pengkalan Gawi ke Gua Taat mengambil masa 45 minit. Seperti Gua Bewah, Gua Taat juga mempunyai bentuk dan formasi stalagmit yang unik.

 

 

Gunung Gagau

Kepada mereka yang gemar mendaki, Gunung Gagau amat istimewa kerana di atas puncak gunung anda akan dapat menikmati pemandangan tiga buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Gunugn gagau_batu sempadan 3 negeri

 

 

Taman Herba Pulau Sah Kecil

Taman Herba di Pulau Sah Kecil ialah destinasi pelancongan popular di Tasik Kenyir. Jarak perjalanan dari Pengkalan Gawi ialah 7 km, iaitu kira-kira 15 minit dengan menaiki bot laju.

Taman Herba ini merupakan produk pelancongan yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sejak tahun 1995 dengan meliputi kawasan seluas 15.84 hektar. Purata pelancong yang datang ke Taman Herba di Pulau Sah Kecil ini ialah seramai 20,000 orang dengan purata 2,000 orang pelancong sebulan.

Taman Herba_03

Taman Herba ini mempunyai kira-kira 26,000 pokok herba yang terdiri dari 230 jenis pokok. Objektif Taman Herba di Pulau Sah Kecil ini ialah sebagai destinasi pelancongan, pusat pendidikan dan pusat penyelidikan.

 

Merentas hutan

Kawasan hutan hujan yang meliputi tempat ini juga mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna. Ini termasuk koleksi paku-pakis liar, bunga orkid eksotik, burung kenyalang, gajah dan harimau bintang.

 

Memancing

Tasik Kenyir menjadi lubuk pelbagai spesies ikan air tawar. Antara spesies ikan air tawar yang ada di sini ialah Ikan Toman, Baung, Sebarau, Kaloi, Kelah, Tapah, Lampam dan Kelisa.

Tasik Kenyir_Memancing

Umpan tertentu diperlukan untuk memancing di Tasik Kenyir seperti buah-buah kelapa sawit yang diperam bersama bahan-bahan tertentu, umpan anak ikan hidup, palet dan sebagainya. Antara lokasi memancing popular di Tasik Kenyir ialah di sekitar Sungai Cacing, Sungai Terengganu, Sungai Tembat dan Sungai Leban Terenggan.

 

Ternakan ikan dalam sangkar

Pengunjung bukan sahaja berpeluang untuk melihat ternakan ikan dalam sangkar, malah belajar dan menimba ilmu bagaimana ikan-ikan itu dibiak. Akuakultur Sungai Como ialah Kawasan Zon Eksklusif yang dikhaskan untuk ternakan ikan air tawar di Tasik Kenyir.

Tasik Kenyir_Ikan

Tasik terbesar buatan manusia ini mempunyai kawasan permukaan air seluas 36,900 hektar dengan jumlah 2,800 hektar diperuntukkan untuk aktiviti ternakan ikan dalam sangkar.

 

Taman Burung

Pelbagai spesies burung boleh didapati di sini dan berkonsepkan langit terbuka tanpa ada jaring atau bumbung. Namun, burung-burung ini tidak akan terbang jauh sebaliknya pengunjung berpeluang memberi makan burung-burung ini. Bagi yang mencintai keindahan alam, aktiviti hutan dan acara lebih mencabar, anda boleh mendapatkan perkhidmatan pegawai terlatih yang disediakan di Tasik Kenyir untuk melakukan bird watching iaitu mencari dan meneropong burung melalui bunyi untuk mengenali ciri-cirinya.

 

Pulau Tropika

Pelbagai spesies pokok buah-buahan yang hampir pupus sedang giat ditanam di pulau ini. termasuk Pokok Ceri Terengganu dan beberapa pokok lain yang sukar diperolehi di tempat lain.

Tasik Kenyir_Ceri

 

Perkhemahan

Antara tapak perkhemahan popular di Tasik Kenyir:

  • Tapak perkhemahan Gunung Lawit
  • Tapak Perkhemahan Pulau Poh
  • Tapak Perkhemahan Pengkalan Gawi
  • Tapak Perkhemahan Lasir
  • Tapak Perkhemahan Saok
  • Tapak Perkhemahan Pulau Petang
  • Tapak Perkhemahan Tanjung Bewah
  • Tapak perkhemahan Sg. Cicir/ Perpek

 

Sukan Air

Kegiatan sukan air sepert jet ski, kayak, kenu, bersampan dan berakit kini semakin popular di Tasik Kenyir.

Tasik Kenyir_11

Lain-lain

Aktitivi kembara dengan memandu kenderaan pacuan 4 roda dan bermain golf juga terdapat di Tasik Kenyir. Anda boleh menghubungi Pusat Penerangan Pelancong di Pengkalan Gawi untuk sebarang pertanyaan.

 

Penginapan

Tasik Kenyir turut menyediakan penginapan kepada pengunjung dengan harga berpatutan mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Dari jenis banglo, chalet, bilik dan dom, setiap penginapan menjanjikan kepuasan kepada pengunjung dan berbaloi dengan harga dibayar.

LakeKenyirResort

 

 

 

Senarai tempat penginapan di Daerah Hulu Terengganu:

 

Anggerik Impian,

Lot 6437, Bt. 23,

21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu.

Tel: 013-9308081, 019-9399603

Emel: anggerik.impian@yahoo.com

 

 

Chalet Majlis Daerah Yang DiPertua,

Majlis Daerah Hulu Terengganu,

21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu.

Tel: 09-6811466, 09-6811149, 09-6816043 Faks: 09-6232692

 

 

Homestay Kampung Buloh

Kampung Buloh, 21700 Kuala Berang, Terengganu.

Tel: 013-9104186, 013-9040719, 013-9025402

Emel: isnaidee@gmail.com

 

Kenyir Sanctuary Resort Pulau Poh, Tasik Kenyir,

D/A Box 24, Pejabat Pos Kuala Berang, 27100 Kuala Berang, Terengganu.

Tel: 09-8244360, 019-9836105 Faks: 09-8241504

 

 

Lake Kenyir Resort & Spa Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,

P.O. Box 32, 27100 Kuala Berang, Terengganu.

Tel: 09-6668888 Faks: 09-6668343

Laman Web: http://www.lakekenyir.com

Emel: resort@lakekenyir.com

 

 

 

Lake Land Resort

Pulau Lata Terap, Terengganu.

Tel: 019-2828586, 011-349248, 019-2782939 Faks: 09-6633011

Emel: enquiry@lakelandmalaysia.com

 

 

Musang Kenyir Resort

895 L, Persiaran Hakim 2, Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu.

Tel: 09-6231888, 019-2782939 Faks: 09-6231888

 

 

Petang Island Resort

Bangunan Pusat Penerangan Pelancongan, Pengkalan Gawi Tasik Kenyir, 21700 Kuala Berang, Terengganu.

Tel: 09-6221276, 013-2860681 Faks: 09-6221276

Laman Web: http://www.pirkenyir.com.my

Emel: info@pirkenyir.com.my

 

 

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir

Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir, 21700 Hulu Terengganu, Terengganu.

Tel: 019-2828586, 013-9216363, 019-2828586

Laman Web: http://www.peranginan.bph.gov.my

 

 

 

Rumah Tumpangan Orkid

Lot 9269, Jalan Pusara, 21700 Kuala Berang, Terengganu.

Tel: 013-9267711, 09-6818280

 

 

Tanjung Mentong Resort

Tel: 09-6236684 Faks: 09-6316684

 

 

Jabatan Perhilitan

Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong, Hulu Terengganu, Terengganu.

Tel: 09-6227751 Emel: tnterengganu@wildlife.gov.my

 

 

Tropical Resort

Jalan Chalet MBHT, Kawasan Pelancongan Sekayu, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu.

Tel: 09-8730541 Faks: 09-8730542

 

 

Uncle John Resort

Berdekatan Air Terjun Lasir, Terengganu.

Tel: 09-6262020 Faks: 09-6262022

Emel: patrvl@tm.net.my

 

 

 

Warisan Pahlawan Resort

No. 22, Kg Pauh, Jalan Jenagor, 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6817751, 019-6430355, 013-6075068

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Pusat Penerangan Pelancong Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.

Tel: 09-6267788, 09-6668498 Faks: 09-6667657, 09-6668979

Bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir,

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH),

Bandar Al-Muktafi Billah Shah, 23400 Dungun, Terengganu.

Tel: 09-8223100 samb. 103 Faks: 09-8223104 samb. 106

Laman Web: http://www.ketengah.gov.my/kenyir

Emel: ketengah@ketengah.gov.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan:

  1. http://pelancongan-terengganu.blogspot.my/2010/09/tasik-kenyir.html

 

 

Advertisements

Leave a Reply