Percutian & Tradisi

Pulau Song Song, Yan, Kedah – Keindahan Yang Belum Diterokai !!!

Pulau Song Song merupakan salah satu pulau yang sangat cantik di Kedah. Ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan pulau ini kerana telah disembunyikan oleh pihak kerajaan. Mengapa pihak kerajaan menyembunyikannya?

GOPR0829-1-01

Menurut sumber sebelum tahun 2008 para nelayan dan penduduk setempat tidak dibenarkan sama sekali untuk mengunjungi Pulau Song Song kerana dikatakan pulau ini digunakan oleh pesawat pejuang Tentera Udara Australia untuk melakukan latihan menembak peluru berpandu di sini.

GOPR0858-01

Penduduk juga ada mengatakan bahawa Pulau Song Song di ambil alih oleh Tentera British sejak tahun 1940-an lagi. Mereka menjadikan pulau ini sebagai lokasi utama untuk ujian menembak peluru.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah diberikan tanggungjawab untuk mengambil alih pulau tersebut oleh pihak kerajaan selepas tamatnya perjanjian antara pihak Tentera British dengan Kerajaan Malaysia.

images

Kementerian Pertahanan negara kemudiannya telah mengeluarkan kelulusan kepada beberapa syarikat swasta untuk menjalankan aktiviti mengambil kelongsong peluru.

Selepas daripada peristiwa itu Pulau Song Song telah dibiarkan tanpa penjagaan yang rapi sehinggalah ada sebuah agensi yang dikenali sebagai Song Song Holidays mengambil inisiatif untuk membersihkan kawasan pantai yang dikenali sebagai Pantai Batu Kawi untuk memudahkan orang awam datang ke sini.

Kini setelah dibersihkan kawasan tersebut nampak begitu menyenangkan dan untuk pengetahuan semua Pulau Song Song telahpun dibuka untuk orang ramai, tiada lagi sebarang halangan serta tiada sebarang caj dikenakan untuk datang ke sini.

pulau2

Pihak Song Song Holidays juga menyediakan beberapa kemudahan awam seperti bot dan khemah untuk kemudahan para pengunjung jika ingin bermalam di Pulau Song Song.

Pulau Song Song terletak di perairan daerah Yan dan dikatakan bahawa pulau ini tidak berpenghuni serta menjadi tempat pendaratan untuk penyu bertelur pada musim-musim tertentu. Perjalanan ke Pulau Song-Song hanya mengambil masa kira-kira 35 minit dari Jeti Tanjung Dawai atau 15 minit dari Jeti Sungai Udang, Yan Kedah.

 

Penginapan Berhampiran Pulau Song Song (Rujuk Booking.com atau Agoda )

  1. Zar Permai Motel & Homestay, Yan, Kedah
  2. D’Merbok Homestay

Keindahan pulau ini bakal memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya. Mungkin anda katakan bahawa permandangan itu biasa tetapi belum pergi belum tahu kerana persekitarannya sangat menyenangkan ditambah pula dengan pelbagai khazanah laut yang pelbagai.

GOPR0842-1-01

Pulau ini juga menawarkan aktiviti seperti snorkeling dan scuba diving yang menawarkan pengalaman yang sukar untuk dilupa. Bagi sesiapa yang inginkan ketenangan dan mencari tempat yang sunyi serta lari dari kesibukan kota bolehlah datang ke sini.

Anda pasti tidak akan menyesal dan bercadang untuk datang lagi Pulau Song Song.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan:

  1. https://www.orangkedah.com/ada-apa-dengan-pulau-song-song-di-yan-kedah.html
Advertisements

Leave a Reply