Percutian & Tradisi

Bagaimana Nak Pergi ke Taman Negara Endau-Rompin ? Apakah Aktiviti Di sana ?

Taman Negara Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil hutan hujan tropika tanah pamah di Malaysia.

selai2

Terletaknya di legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor bersempadan dengan Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000 hektar(500 kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.

Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.

taman_negara_johor_endau-rompin_1-500x282

Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia.

Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.

Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.

Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang masyhur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona.

 

 

Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asliyang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.

Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong.

Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.

Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.

 

 

Bagaimana nak ke Taman Negara Endau-Rompin ?

 

 

Kampung Peta

Perjalanan ke Taman Negara Endau-Rompin bermula dari Kampung Peta, iaitu sebuah perkampungan orang Hulu. Dari Kampung Peta, pelancong boleh menaiki bot kecil selama 40 minit untuk sampai ke kawasan perkhemahan Kuala Jasin. Dari sini, mereka perlu berjalan kaki kira-kira enam jam untuk sampai ke kawasan Air Terjun Buaya Sangkut.

 

Felda Selendang

Melalui Felda Selendang, Kuala Rompin, Pahang. Disebut Taman Negeri Endau Rompin, Pahang.

 

Bekok – Kampung Selai

  • 26km dari pekan Bekok.
  • Selai adalah pintu masuk barat (pintu kedua) ke Taman Negara Johor Endau Rompin.
  • Terletak di dalam daerah Segamat.
  • Endau-Rompin Selai meliputi 2/3 dari keluasan Endau-rompin Johor iaitu 29,343 hektar.
  • Mula dibuka kepada pelawat pada tahun 2003 selepas tamatnya Ekspidisi Penemuan Saintifik Kali Kedua.
  • Terletak di kaki Gunung Tiong yang berhampiran dengan perkampungan orang asli iaitu Kampung Kemidak dan Kampung Selai

 

Kenderaan Persendirian

  • Dari Lebuhraya Utara-Selatan Kuala Lumpur(KL) / Johor Bahru(JB), Ikut susur keluar ke Yong Peng – Chaah – Bekok

 

Kenderaan Awam

  • KTM Berhad – Dari JB/KL turun di Bekok.
  • Bas Express- Dari JB/ KL turun di Yong Peng/Segamat ambil teksi atau bas tempatan ke Pekan Chaah dan terus ke Pekan Bekok.

 

taman_negara_johor_endau-rompin_2

Selepas pekan Bekok, anda akan melalui beberapa ladang kelapa sawit dan kebun sayur, seterusnya 5 perkampungan orang asli iaitu Kg. Tembayan, Kg. Kudung, Kg. Tamok, Kg. Kemidak dan Kg. Selai Masyarakat asal Orang Asli di sini adalah dari keturunan Jakun. Kebanyakan penduduk disini bekerja mencari hasil hutan, berkebun dan mengusahakan ladang. Kini ramai diantara mereka yang bekerja dengan pihak PTNJ sebagai pekerja am dan pemandu pelancong.

 

Pendaftaran & Permit

Sesiapa yang ingin memasuki Taman Negara Johor Endau Rompin Selai ini perlu membuat pendaftaran dan bayaran yang berkenaan serta mendapatkan permit masuk di pejabat ini. Perbuatan masuk ke taman negara tanpa kebenaran dan permit masuk merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa.

P1050554e

Pejabat Taman Negara Johor Endau Rompin Selai ini terletak di pekan Bekok. Untuk ke sini, anda boleh mengikut jalan arah ke Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok dan pejabat ini terletak di sebelah kiri di taman terakhir selepas anda melewati pekan Bekok.

 

 

KEMUDAHAN

Lubuk Tapah (muatan max. 60 orang)

PA280013

  • 20 unit Pondok Rimba
  • Dewan makan terbuka
  • Tempat memasak
  • Bilik mandi dan tandas
  • Surau
  • Bekalan elektrik (malam) dan  bekalan air paip
  • Jambatan gantung
  • Taman orkid
  • Wakaf
  • Tempat BBQ

 

Lubok Merekek (muatan max. 140 orang)

PA280007

  • Tapak Perkhemahan
  • 2 unit dewan makan terbuka
  • Tempat memasak
  • Bilik mandi dan tandas
  • Surau terbuka
  • Tempat BBQ
  • Bekalan air paip

 

 

AKTIVITI:

  • Berkhemah.
  • Treking ke air terjun.
  • Membuat kajian dan penyelidikan.
  • Mengambil gambar alam semulajadi.
  • Menyumpit.
  • Berenang dan bermain air.
  • Bermain tubing.
  • Memberi ikan makan.
  • Memerhati burung.
  • Melawat Arboretum.
  • Berjalan malam

 

DSCN1569e

 

TATATERTIB SEMASA PERGERAKAN

  • Setiap pergerakan ke sesuatu destinasi mestilah bersama pemandu pelancong.
  • Anda dikehendaki mengikut denai laluan yang disediakan kecuali atas sebab-sebab tertentu.
  • Harus bergerak berkumpulan dan tidak berjalan berseorangan.
  • Sentiasa berhati-hati ketika berjalan di dalam hutan.
  • Utamakan keselamatan diri

 

 

KEISTIMEWAAN

  • Selai merupakan salah satu hujan tropika yang luas dibahagian selatan Semenanjung Malaysia dan masih belum diterokai sepenuhnya.
  • Mempunyai banyak air terjun yang menarik dengan air yang bersih. Dianggarkan terdapat 7 air terjun yang menarik dengan keistimewaan yang tersendiri.
  • Kaya dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar.
  • Mempunyai kepelbagaian habitat yang istimewa dan hidupan liar yang sukar ditemui.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan:

  1. http://www.mdlabis.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/taman-negara-johor-endau-rompin-selai/page/0/1
  2. http://man91blog.blogspot.my/2013/11/kekas-taman-negara-johor-endau-rompin_891.html
  3. http://catatanperjalanancikadilla.blogspot.my/2012/09/taman-negara-endau-rompin-selai.html
Advertisements