Percutian & Tradisi

Chalet Terapung PPK Merbok, Kedah – Pilihan Kaki Pancing Yang Ingin Santai Bersama Keluarga !!

Chalet Terapung terletak di sekitar kawasan Kampung Segantang Garam, Merbok Kedah. Kawasan chalet ini diusahakan pada 16 Januari 2010 dengan modal terkumpul daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok dan Lembaga Pertumbuhan Peladang (LPP).

1425654_697909956887407_904573491_n

Chalet ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang inginkan ketenangan dan kedamaian. Kawasan di sekeliling chalet ini dihiasi dengan keindahan kehijauan hutan paya bakau Sungai Merbok dengan berlatar belakang Gunung Jerai.

Chalet ini dianggap unik kerana merupakan satu satunya chalet terapung yang diusahakan oleh PPK seluruh negara setakat ini.Menurut pengurus di sini iaitu Pengurus Bahagian Agro Pelancongan dan Infrastruktur Ladang PPK Merbok, Hamdan Awang berkata, sekarang mereka mempunyai tujuh buah chalet terapung.

10385589_834396456572089_5279863788381259229_n

Dua daripada chalet ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan sebuah chalet di sini merupakan jenis VIP yang dilengkapi dengan perabot, peralatan dapur, televisyen dan ruang santai.Selain itu, mereka juga mempunyai dua buah chalet berkembar tanpa penghawa dingin dan empat buah bilik penginapan berasingan.

Tarikan utama chalet terapung ialah aktiviti memancing. Satu pelantar disediakan untuk aktiviti memancing oleh para pelancong. Kadar bayaran yang dikenakan untuk aktiviti memancing ialah sebanyak RM15 seorang tanpa had masa yang ditetapkan iaitu bagi pengunjung yang tidak menginap di chalet ini.

25069858573_645e713847_b

Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh didapati di sini iaitu ikan sembilang, jenahak, kerapu dan senangin. Manakala bagi pengunjung yang menginap di chalet ini mereka berpeluang untuk melakukan aktiviti memancing di pulau-pulau yang berhampiran dengan perkhidmatan bot.

Penubuhan chalet terapung ini mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Chalet ini dibangunkan untuk memberi peluang pekerjaan dalam kalangan para peladang atau ahli-ahli PPK di Ban Merbok.

chalet2

Mereka boleh meraih pendapatan sampingan dengan menyediakan sewa bot, memandu pelancong, menjual hasil tanaman atau ternakan sungai. Menurut penduduk di kawasan chalet ini, chalet terapung mendapat sambutan yang amat memberangsangkan tidak kira daripada pelancong dalam atau luar negara.

Jika anda mahu menginap ke chalet ini, kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM40 hingga RM250 untuk satu malam. Chalet ini katanya menerima tempahan penuh hampir setiap hari dan jarang menerima pengunjung yang walk-in kerana bilik sentiasa penuh. Chalet ini mendapat sambutan yang hangat apabila tibanya musim cuti sekolah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Untuk maklumat lanjut mengenai chalet ini anda boleh menghubungi Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok, Jalan Batu Hampar, 08400 Merbok Kedah di talian 04-4572117 ataupun lawari laman web www.chaletterapung.weebly.com atau laman Facebook/ Chalet Terapung

Sumber rujukan:

  1. https://www.orangkedah.com/chalet-terapung-di-merbok-kedah.html
Advertisements

Leave a Reply