Percutian & Tradisi

Muar, Johor – Bandar Paling Bersih Di Asia Tenggara

Seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Johor pastinya berbangga apabila daerah Muar kini diiktiraf sebagai bandar pelancongan paling bersih di Asia Tenggara.

 

imagesmuar3

 

Menurut laporan, bandar diraja itu yang dahulunya dikenali sebagai Bandar Maharani menerima pengiktirafan tersebut di Forum Pelancongan ASEAN 2018 kerana menepati semua kriteria-kriteria asas sebuah bandar pelancongan bersih.

Pada awalnya, bandar Muar dicalonkan untuk anugerah tersebut oleh kerajaan negeri Johor. Tetapi sebelum anugerah itu diberikan, pelbagai proses penialaian dilakukan berdasarkan tahap kebersihan di negeri Harimau Selatan itu.

 

imagesmuar2

 

Tidak lain dan tidak bukan, pastinya kejayaan ini membuatkan semua rakyat Johor berbangga. Tambahan pula, anugerah itu membuktikan usaha keras kerajaan negeri dan semua pihak kini membuahkan hasil.

Majlis Perbandaran Muar dilaporkan telah membelanjakan sebanyak RM50 juta bagi mempromosikan program-program kebersihan di seluruh Johor, termasuklah aktiviti gotong-royong, kitar semula, mencantikkan parit, landskap dan banyak lagi.

 

imagesmuar4

 

Selain itu, semua penjaja dan pengusaha restoran tidak dibenarkan menggunakan polisterin serta diminta memasang sistem pembersihan minyak untuk mengelakkan pencemaran. Pihak kerajaan negeri juga akan membina 10 buah food court di daerah tersebut bagi memperkenalkan lagi makanan tempatan di mata pelancong.

Dengan anugerah yang diterima, bandar Muar pastinya akan menjadi semakin popular dalam kalangan para pelancong dan sekali gus mengembangkan lagi industri pelancongan di negeri itu.

 

Tempat-Menarik-Di-Muar

 

Apa-apapun, diharapkan seluruh rakyat Muar dapat menjaga kebersihan dan sama-sama memastikan bandar itu sentiasa bersih dan bebas dari pencemaran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:

  1. deenamik.com
Advertisements

Categories: Percutian & Tradisi

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s