Ibadat

Bagaimana Memohon Pendaftaran Perkahwinan Secara “Online” ( JAHAEIK) ?

Prosedur Perkahwinan
Negeri Kelantan Darulnaim

(BUKAN ONLINE)

 

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI MUKIM/DAERAH/NEGERI YANG SAMA (KELANTAN)

  1. Dapatkan Borang permohonan kahwin dari Penolong Pendaftar (Imam Mukim
    berkenaan)
  2. Isi borang dengan lengkap.
  3. Lampirkan dokumen yang berkaitan
  4. Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Penolong Pendaftar Nikah Mukim tujuh hari sebelum akad nikah dilangsungkan untuk pengesahan status dan
    anak mukim serta kebenaran @kelulusan kahwin.

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN
DARI KARIAH / DAERAH / NEGERI YANG BERLAINAN

  • Dapatkan borang permohonan dan Kebenaran Berkahwin dari Pendaftar Nikah Cerai Rujuk(NCR).
    negerinya
  • Serah surat kebenaran dan salinan surat permohonan (jika perlu) kepada
    Pendaftar / Penolong Pendaftar negeri tempat berkahwin
  • Isi borang permohonan berkahwin di tempat / negeri perkahwinan itu hendak
    dilangsungkan (jika perlu)

LAMPIRKAN DOKUMEN YANG BERKENAAN SAHAJA

  • Perakuan daripada Pendaftar NCR negeri yang berkaitan
  • Salinan Kad pengenalan pemohon, wali dan saksi / visa yang sah
  • Surat pengesahan status bujang / dara dari majikan
  • Surat perakuan cerai
  • Surat daftar kematian
  • Sijil kursus pra perkahwinan
  • Surat perakuan memeluk Islam
  • Surat kebenaran berkaitan bagi warganegara asing
  • Surat akuan Sumpah
  • Surat kebenaran daripada imigresen
  • Surat kebenaran berkahwin di bawah umur, (lelaki 18 tahun, perempuan 16 tahun)
  • Surat kebenaran berkahwin secara poligami
  • Surat kebenaran berkahwin bagi janda berhias

 

 

 

Prosedur Perkahwinan
Negeri Kelantan Darulnaim

(ONLINE)

Permohonan Kebenaran Berkahwin

Peraturan Am ( SILA BACA SAMPAI HABIS )

  • Pemohon lelaki sekurang-kurangnya 18 tahun dan pemohon perempuan 16 tahun. Pemohon yang berumur kurang dari umur yang ditetapkan hendaklah mengisi borang permohonan ini dan mendapatkan kebenaran bawah umur daripada Mahkamah Syariah.
  • Borang permohonan boleh diisi seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari bagi warganegara Malaysia dan 21 hari untuk warganegara asing sebelum tarikh akad nikah.
  • Pemohon hendaklah seorang yang bermastautin di dalam negeri Kelantan (Kod 03 atau 29 di dalam kad pengenalan) atau beralamat Kelantan di dalam kad pengenalan.
  • Permohonan yang dibuat secara online hanya akan diproses apabila pemohon melaksanakan proses-proses seperti di dalam tatacara permohonan berikut :-
    • Pemohon hendaklah mengisi borang online dengan lengkap.
    • Pemohon hendaklah mencetak borang yang telah lengkap diisi.
    • Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan anak mukim daripada Penolong Pendaftar NCR/Imam Tua Masjid Mukim di dalam borang yang dicetak.
    • Borang yang telah dicetak hendaklah dikemukakan oleh pemohon atau wakil (ahli keluarga sahaja). Pemohon perlu hadir ke Pejabat Agama Jajahan tempat akad nikah dijalankan (bagi permohonan berkahwin dalam negeri) ATAU jajahan tempat tinggal (bagi permohonan berkahwin ke luar negeri/negara) bersama-sama dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan seperti berikut :-
      • Satu salinan kad pengenalan untuk warganegara.
      • Satu salinan passport pemohon, pasangan dan wali bagi perempuan jika bukan warganegara Malaysia.
      • Surat Perakuan Nikah ibu bapa asal dan satu salinan untuk pemohon perempuan sahaja.
      • Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang ASAL dan satu salinan. (Bagi yang memegang mana-mana sijil pengajian Islam dalam dan luar negeri, boleh memohon PENGECUALIAN kursus Pra Perkahwinan Islam).
      • Borang Ujian Saringan HIV (Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan SAHAJA).
      • Surat Perakuan Perceraian asal dan satu salinan jika pemohon duda atau janda.
      • Sijil Kematian (salinan sahaja) bagi pasangan duda atau balu dan SERTAKAN Surat Perakuan Nikah terdahulu dan Sijil Kelahiran Anak (Jika ada).
      • Salinan kenyataan memeluk Islam jika pemohon baru memeluk Islam.
      • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM jika pemohon adalah anggota tentera/Polis.
      • Borang wakalah wali JIKA perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah.
      • Salinan Sijil Kematian jika WALI (bapa) meninggal dunia.
      • Surat kelulusan berkahwin daripada kedutaan dan Jabatan Imigresen bagi pemohon bukan warganegara.

 

 

Untuk Membuat Permohonan Kebenaran Berkahwin Secara ONLINE bagi Negeri Kelantan sila klik pautan dibawah:

http://eqaryah.jaheaik.gov.my/perkahwinan_prosedur.php

 

 

Semakan Online Status Permohonan Berkahwin, sila klik pautan dibawah:

http://eqaryah.jaheaik.gov.my/perkahwinanstatus.php

Advertisements

Categories: Ibadat, Keluarga Bahagia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s