Makanan

Bagaimana Membuat Roti Tempayan ?

Roti Tempayan atau roti naan merupakan sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dimasak dengan cara menampalkannya dalam tempayan. Roti yang berbentuk bulat dan nipis ini mempunya beberapa ramuan, ia termasuk tepung gandum, lelemak, dan rempah. Ia dimakan bersama kuah dal, atau kari dan kadang-kala dihidangkan bersama ayam tanduri.

Roti jenis leper ini dimasak dengan menggunakan tempayan untuk membakar roti, dikalangan penduduk Asia Tengah dan Asia Selatan, tempayan pembakar ini dikenali sebagai tandoor. Roti yang telah siap dibakar akan disapu dengan mentega atau minyak sapi.

 

Bahan – Bahannya:

375 gram                 Tepung gandum
125 gram                 Tepung naik sendiri
125 ml                      Plain yogurt
1 sudu kecil             Serbuk yis
250 ml                      Air suam
1 sudu besar           Butter / marjerin / minyak masak
1 sudu besar           Gula
                                  Sedikit garam
Cara -cara Membuat:
  1. Rendam terlebih dulu yis di dalam air suam, tunggu sehingga timbul atau berbuih.
  2. Sementara itu campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula, garam dan butter dan digaul rata.
  3. Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati masukkan air sedikit demi sedikit.
  4. Uli sehingga adunan agak lembut, dan bulat – bulatkan untuk di peram seketika ( sampai kembang dan gebu).
  5. Canai leper dan akhir sekali, bakar didalam kuali tanpa minyak dengan api sederhana.
Advertisements

Categories: Makanan

Leave a Reply