Makanan

Bagaimana Cara -Cara Membuat Roti Canai ?

Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam.

Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.

Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti.

Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni “Channal”. Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.

Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.

 

 

Bahan-bahan A
1 kilo tepung gandum
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur

 

Bahan-bahan B
1 ½ cawan atau 2 cawan air
1 sudu besar garam

 

 

Cara-cara membuat:

  1. Satukan bahan-bahan A sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan air yang telah dikacau bersama garam sehingga larut (bahan –bahan B).
  3. Kemudian uli hingga menjadi doh yang lembut dan licin. Anda tambahkan air sedikit demi sedikit sekiranya doh agak kering.
  4. Bulatkan hingga menjadi bebola kecil-kecil sehingga habis.
  5. Lumurkan dengan mentega dan simpan dalam bekas kedap udara minimum dua jam. Ini masa yang sangat seronok apabila anda perlu bentukkan setiap bebola hingga menjadi roti canai.
  6. Jangan tunggu lama, bakar sehingga betul-betul masak. Roti canai sedia untuk dimakan dengan kuah dal atau kuah kari.
  7. Bakar separuh masak untuk roti canai segera, dan simpan dalam tempat beku.
Advertisements

Categories: Makanan

Leave a Reply