Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Bagaimana Berkomunikasi dengan Orang Pekak ?

Orang pekak atau individu bermasalah pendengaran memerlukan bantuan lain untuk menerima mesej yang disampaikan kepada mereka secara efektif.

Berikut adalah tips-tips yang boleh membantu anda berkomunikasi dengan orang pekak. Selamat mencuba!

 

Tips Pertama: Dapatkan Tumpuan/Perhatian Orang Pekak.

  • Dapatkan perhatian daripada orang pekak terlebih dahulu. Lambaian tangan atau sentuhan lembut pada bahu boleh dilakukan bagi mendapat perhatian mereka.

 

Tips Kedua: Memeriksa Kedudukan dan Persekitaran Anda.

  • Semasa bercakap dengan orang pekak, pilih tempat yang senyap.

  • Jaga jarak anda dengan orang pekak, berbual pada jarak normal.

  • Pastikan anda tidak membelakangi sumberĀ  cahaya

  • Biarkan orang pekak yang memilih tempat duduk terlebih dahulu.

 

Tips Ketiga: Nyatakan Topik Pada Awal Perbualan.

  • Nyatakan topik terlebih dahulu kepada orang pekak sebelum memulakan sesuatu perbualan. Ini akan membantu orang pekak untuk lebih peka kepada topik yang dibincangkan.

    Sumber: http://bahasa.malaysia.usembassy.gov/program_paulspencer_pg-101611-bm.html

 

Tips Keempat: Kawal Kelajuan Percakapan Dan Kekuatan Suara.

  • Bercakap pada kadar biasa di mana tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan..

  • Bercakaplah pada kadar kekuatan suara yang biasa.

  • Bercakap tanpa mempunyai sesuatu di dalam mulut anda kerana menyebabkan sebutan anda tidak jelas.

    Sumber: corneliusllw.blogspot.com

 

Tips Kelima: Ulang Dan Ubah Ayat Jika Mesej Yang Disampaikan Tidak Dapat Difahami.

  • Ulang kembali mesej anda atau mudahkan ayat jika perkataan atau mesej yang anda sampaikan tidak dapat didengari atau difahami oleh orang pekak.

 

Tips Keenam: Gunakan Soalan Berbentuk Terbuka

  • Gunakan soalan terbuka untuk memeriksa orang pekak memahami mesej yang anda sampaikan.

 

Tips Ketujuh: Guna Bahasa Bukan Lisan

  • Guna bahasa bukan lisan seperti kekalkan pandangan mata, gunakan isyarat mudah, bahasa badan dan eksperesi muka bagi membantu lagi orang pekak memahami mesej yang ingin anda sampaikan.

    Sumber: howtoreadbodylanguagev.com

 

Tips Kelapan: Bercakap Dengan Jelas

  • Bercakap dengan jelas. Mesej sukar difahami oleh orang pekak jika percakapan anda tidak jelas.

 

Tips Kesembilan: Banyakkan Bersabar Ketika Berkomunikasi

  • Banyakkan bersabar ketika berkomunikasi dengan orang pekak. Pengulangan mesej yang sama akan berlaku bagi memastikan orang pekak memahami mesej yang disampaikan.

 

Tips Kesepuluh: Peka Kepada Tahap Keletihan Orang pekak

  • Orang pekak memerlukan fokus dan tumpuan ketika berkomunikasi bagi memahami mesej yang disampaikan dan proses ini amat memenatkan.

 

Sekadar Peringatan

  • Semasa berkomunikasi dengan orang pekak ingatlah bahawa tahap pendengaran orang pekak tidak sama dengan tahap pemikiran mereka. Daya pemikiran mereka ada sama dengan orang normal dan mereka juga mempunyai keupayaan IQ yang sama dengan orang normal.

  • Jika orang pekak tidak boleh mendengar dengan jelas apa yang anda sampaikan, tidak bermakna mereka tidak memahami mesej yang anda sampaikan.

  • Tulis beberapa perkataan penting boleh membantu orang pekak untuk memahami mesej yang anda ingin sampaikan.

  • Bercakaplah secara biasa dengan ekspresi yang biasa. Pandang terus kepada orang pekak semasa bercakap dengan mereka. Jika bercakap di dalam kumpulan, pastikan hanya seorang yang bercakap pada suatu masa.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan:

  1. Portal MyHealth
Advertisements

Leave a Reply