Makanan

Kenduri-kendara, Jangan Sampai Perut Merana !!

Pernahkah anda mendengar keluhan sebegini? “Ish! Seriklah aku makan kenduri kat rumah dia tu. Merana perut aku kena cirit-birit dan muntah-muntah!”

Cirit-birit dan muntah-muntah adalah antara tanda-tanda keracunan makanan.

Sama ada anda sebagai penganjur majlis atau sebagai tetamu, anda tentu tidak ingin kejadian keracunan makanan berlaku dalam mana-mana majlis kenduri.

Justeru, artikel ini menyediakan panduan mudah untuk mencegah kejadian keracunan makanan dalam majlis kenduri-kendara untuk penganjur majlis dan tetamu.

 

Panduan Untuk PENGANJUR MAJLIS

  1. Jika menggunakan khidmat syarikat KATERER :

a) Pastikan premis berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

  • Di bawah Jadual Pertama (Peraturan 3), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua premis katerer mesti berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

(Nota : Anda digalakkan menyenaraikan beberapa calon syarikat katerer terlebih dahulu dan pastikan ini adalah kriteria pertama yang anda nilai dalam memilih calon syarikat katerer).

b) Dapatkan status tahap kebersihan premis.

  • Setelah mengenal pasti bahawa premis calon syarikat katerer tersebut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan, semak status tahap kebersihan premis tersebut dengan Pejabat Kesihatan di mana premis tersebut berada.
  • Pilih premis yang mempunyai markah penilaian tahap kebersihan paling tinggi.

c) Pantau pengendalian makanan semasa majlis berlangsung.

  • Pastikan makanan diangkut dengan kenderaan yang bersih.
  • Pastikan stok makanan tidak diletak di atas lantai.
  • Pastikan makanan sentiasa dihidang dalam keadaan panas.
  • Pastikan makanan dihidang dalam bekas yang bersih dan bertutup.
  • Pastikan pengendali makanan memakai pakaian yang bersih serta memakai pakaian pelindung seperti ;
    • apron,
    • penutup kepala, dan
    • kasut.
  • Pastikan pengendali makanan menggunakan kain lap khusus untuk kegunaan yang berbeza. Contoh :
    • kain lap warna kuning untuk lap meja,
    • kain lap warna putih untuk lap pinggan.
  • Pastikan pengendali makanan sentiasa membasuh tangan selepas mengendalikan sampah atau benda yang kotor.
  • Pastikan peralatan yang digunakan untuk mengendalikan makanan adalah bersih.
  • Pastikan pengendali makanan tidak mengamalkan tabiat buruk seperti ;
    • merokok,
    • meludah merata-rata, dan sebagainya.
  • Pastikan pengendali makanan tidak menyentuh makanan dengan tangan secara langsung.
  • Pastikan perkakas seperti pinggan mangkuk dibasuh dengan bersih sebelum digunakan semula.
  • Pastikan kemudahan pembuangan sisa makanan disediakan oleh syarikat katerer.
  1. Jika makanan disediakan SENDIRI :

a) Pemilihan bahan mentah

  • Pilih bahan mentah yang segar dan berkualiti.
  • Jika menggunakan ramuan dalam tin, pastikan tin masih berkeadaan elok ;
    • tidak kemek,
    • tidak kembung,
    • tidak berkarat.
  • Pilih ramuan yang belum luput tarikh, jika berkenaan.

b) Penyediaan bahan mentah

  • Disediakan di tempat yang bersih.
  • Gunakan peralatan / perkakas yang ;
    • bersih,
    • tidak berkarat,
    • mudah dicuci.
  • Tempat penyediaan bahan mentah hendaklah berasingan dari tempat memasak/ penyediaan makanan yang tidak dimasak.
  • Bahan dibasuh menggunakan bekalan air yang bersih dan selamat.
  • Sisa bahan mentah dibuang dalam bekas yang bertutup.

c) Memasak

  • Gunakan peralatan / perkakas yang ;
    • bersih,
    • tidak berkarat, dan
    • mudah dicuci.
  • Gunakan peralatan / perkakas yang berasingan daripada peralatan / perkakas yang digunakan untuk mengendalikan bahan mentah.
  • Elakkan memasak makanan terlalu awal.

(Nota : Bilangan kuman dalam makanan akan meningkat seiring dengan pertambahan masa selepas ia dimasak).

  • Pastikan makanan dimasak secukupnya.

d) Menghidang makanan

  • Pastikan makanan dihidang dalam bekas yang ;
    • bersih, dan
    • bertutup.
  • Pastikan makanan sentiasa dipanaskan.
  • Sediakan perkakas seperti senduk dan penyepit yang bersih dan mencukupi.
  • Sediakan kemudahan pembuangan sisa makanan yang mencukupi.

 

Panduan Untuk TETAMU

  1. Amalkan konsep lihat, hidu dan rasa.

a) LIHAT

  • Adakah terdapat tanda-tanda makanan telah rosak seperti ;
    • berbuih, dan
    • berlendir ?
  • Adakah terdapat kesan hurungan serangga seperti telur lalat dan sebagainya ?

b) BAU

  • Adakah makanan berbau ;
    • pelik, atau
    • tidak menyenangkan ?

c) RASA

  • Adakah makanan tersebut terasa seperti ;
    • basi,
    • pelik, atau
    • tidak menyenangkan ?

JIKA YAjangan makan makanan itu dan maklumkan kepada tuan rumah atau penganjur majlis.

  1. Basuh tangan sebelum makan.
  1. Jangan sentuh makanan yang dihidangkan dengan tangan.
  • Gunakan senduk / penyepit makanan yang disediakan.

 

kenduri-kendara-chart

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan:

  1. Portal MyHealth
Advertisements

Categories: Makanan

Leave a Reply