Makanan

5 Panduan & Langkah Pemakanan Yang Selamat !!

Penyediaan makanan yang selamat merupakan satu perkara yang amat penting untuk mengelakkan penyakit bawaan makanan terutamanya keracunan makanan.

Keracunan makanan berlaku disebabkan oleh beberapa faktor penting yang perlu diberi perhatian oleh anda :

  1. Keracunan makanan berpunca daripada kuman yang mencemari makanan melalui :

  • najis
  • tanah
  • air
  • makhluk perosak seperti tikus, lalat dan lipas
  • haiwan ternakan, dan
  • manusia, terutamanya melalui tangan.
  1. Kuman boleh tersebar dan membiak dengan cepat apabila makanan dicemari. Untuk membiak, kuman memerlukan :

  • makanan
  • air
  • masa
  • suhu yang sesuai.
  1. Tangan anda merupakan sumber yang utama dalam menyumbang kepada pencemaran dan penyebaran kuman kepada makanan.

Oleh itu, keracunan makanan boleh dielakkan dengan mengamalkan 5 panduan makanan selamatbagi menjamin kesihatan anda.

Gejala / Simptom

Sekiranya anda mengalami :

  • sakit perut
  • muntah-muntah
  • cirit-birit,

ia adalah simptom kejadian keracunan makanan.

Simptom boleh berlaku serta-merta apabila anda memakan makanan yang tercemar, atau kebiasaannya ia mengambil masa di antara 24-72 jam daripada tempoh anda makan.

Sekiranya rawatan awal tidak diterima, penyakit bawaan makanan boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius seperti :

  • kanser
  • arthritis, atau
  • penyakit saraf.

Anda juga tidak boleh memandang ringan terhadap penyakit ini memandangkan ia boleh membawa maut.

 

PANDUAN

1. Jaga Kebersihan

Amalkan perkara berikut :

  • Basuh tangan anda sebelum dan selepas menyediakan makanan.

  • Basuh tangan anda selepas keluar dari tandas.

  • Cuci peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan dengan bersih.

  • Lindungi kawasan dapur dan makanan daripada dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain.

 

7 Langkah Membasuh Tangan

picture2

 

 

Anda perlu bertindak, mengapa?

Kebanyakan kuman tidak menyebabkan penyakit, namun begitu kuman berbahaya tersebar luasdalam:

  • tanah

  • air

  • haiwan

  • manusia.

Kuman tersebut boleh disebarkan melalui :

  • tangan

  • kain pengelap

  • perkakas dapur terutamanya pada papan pemotong.

Jika makanan dan kuman bersentuhan, ia boleh menyebabkan makanan tercemar dan mengakibatkan keracunan makanan.

 

2. Asingkan Makanan Mentah Daripada Makanan Yang Sudah Dimasak

Amalkan perkara berikut :

  • Asingkan makanan mentah seperti ayam, daging dan makanan laut daripada makanan yang telah dimasak atau makanan yang dimakan terus seperti ulam dan buah-buahan yang telah dipotong.

  • Guna perkakas dapur yang berasingan seperti pisau dan papan pemotong untuk menyediakan makanan yang mentah.

  • Simpan makanan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan makanan mentah bersentuhan dengan makanan yang telah dimasak.

Anda perlu bertindak, mengapa?

Makanan mentah seperti daging, hasil ayam dan makanan laut serta air lelehannya mengandungi kuman berbahaya yang boleh mencemarkan makanan lain semasa penyediaan dan penyimpanan makanan.

 

3. Masak Dengan Cara Yang Betul

Amalkan perkara berikut :

  • Masak makanan dengan sempurna sepenuhnya terutama daging, hasil ayam, telur dan makanan laut.

  • Masak makanan berkuah dan sup sehingga mendidih. Bagi daging dan hasil ayam, pastikan air rebusannya kelihatan jernih dan bukan berwarna merah jambu.

  • Masak makanan yang hendak dipanaskan semula dengan sempurna.

  • Masak makanan seperti burger, daging kisar, ayam panggang dan bahagian tertentu daging sepenuhnya sebelum dimakan.

Anda perlu bertindak, mengapa?

  • Memasak makanan dengan sempurna dapat membunuh semua bakteria berbahaya.

 

4. Simpan Makanan Pada Suhu Yang Selamat

Amalkan perkara berikut :

  • Simpan makanan yang telah dimasak dan cepat rosak di dalam peti sejuk (pada suhu di bawah 5°C).

  • Kekalkan suhu makanan yang telah dimasak lebih daripada 60°C sebelum dihidangkan.

  • Tidak membiarkan makanan lebih daripada 2 jam pada suhu bilik.

  • Tidak menyimpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan dalam peti sejuk melebihi 3 hari.

  • Tidak menyimpan makanan sejukbeku dicairkan pada suhu bilik.

Mengapa?

  • Pada suhu bilik, kuman boleh membiak dengan cepat. Pertumbuhan kuman akan berkurangan atau terhenti pada suhu di bawah 5°C atau atas 60°C.

  • Namun begitu, terdapat beberapa jenis bakteria yang masih boleh hidup di bawah suhu 5°C.

 

5. Gunakan Air dan Bahan Mentah yang Selamat

Amalkan perkara berikut :

  • Guna air yang bersih atau yang telah dirawat.

  • Pilih bahan makanan mentah yang segar dan selamat dimakan.

  • Basuh sayur-sayuran terlebih dahulu, terutamanya jika dimakan mentah.

  • Basuh dan kupas kulit buah-buahan bagi mengurangkan pencemaran makanan.

  • Elakkan makanan yang telah tamat tarikh luputnya.

Mengapa?

  • Bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh kuman dan bahan-bahan kimia berbahaya.

  • Bahan toksik boleh terhasil pada makanan yang berkulat dan rosak.

 

 

 

 

 

Sumber rujukan:

  1. Portal MyHealth
Advertisements

Categories: Makanan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s