Keluarga Bahagia

Perlukah Ujian saringan (HIV) Sebelum Berkahwin ?

Ujian saringan HIV pra-perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma. Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain. Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

 

PROSEDUR PERLAKSANAAN UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN.

  • Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta  melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan yang boleh didapati di kaunter klinik kesihatan.
  • Ujian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test) akan dilakukan oleh anggota klinik
  • Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan  ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.
  • Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF:
    • Bakal pengantin akan dimaklumkan tentang keputusan tersebut.
    • Bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.
    • Bagi bakal pengantin yang mempunyai risiko beliau diberi kaunseling dan perlu diberi temujanji untuk mengulangi semula ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan dalam tempoh 3 – 6 bulan.
  • Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:
    • Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian  pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu. Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2 – 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
    • Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.
    • Keputusan ujian adalah samada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif.

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan:

  1. Portal MyHealth
Advertisements

Categories: Keluarga Bahagia

Leave a Reply