Kesihatan

Bagaimana Analisa Urin Dapat Memberitahu Status Kesihatan Kita ?

Urin secara prinsipnya adalah air. Ia adalah cecair  buangan yang dihasilkan oleh ginjal, jernih dan kadangkala berwarna kekuningan, mengandungi garam dan bahan larut lain seperti urea dan asid urik.

Sebelum kita mengetahui rahsia urin, kita seharusnya memahami bagaimana urin dihasilkan di dalam tubuh kita.

Gambarajah di bawah adalah sistem perkumuhan kita yang menghasilkan urin.


Sistem Perkumuhan             

Sistem perkumuhan kita terdiri dari sepasang ginjal, ureter, pundi kencing dan uretra. Darah tubuh mengalir dalam dorsal aorta ke arteri renal dan memasuki ginjal. Di dalam ginjal, darah akan menjalankan proses penurasan.

Semua bahan-bahan yang toksik kepada tubuh akan disingkirkan seperti urea, kretinin, ubat-ubatan , dadah. Ia disingkirkan bersam-sama urin melalui ureter ke pundi kencing untuk dikumpulkan. Kehadiran injap penjerut di pundi kencing menyebabkan tubuh kita dapat mengawal pengaliran keluar urin. Apabila penuh, kita akan merasa ingin membuang air kecil dan injap penjerut terbuka lalu urin mengalir melalui uretra.

Darah yang telah dituras akan kembali ketubuh semula melalui vena renal dan seterusnya ke vena kava untuk dihantar semula ke jantung bagi proses edaran semula.

Contoh urin normal

Contoh urin yang mungkin menandakan masalah ginjal
Contoh Warna Urin

Membuang air kecil adalah aktiviti biasa. Tetapi sejauh mana kita mengetahui rahsia urin kita? Walaupun urin tidak berkata-kata tetapi hakikatnya dengan teknologi kini,  urin  tidak pernah menipu. Antaranya;

  1. Memberitahu status kesihatan kesihatan

    • Kehadiran gula dalam urin kemungkinan kita mengidap diabetes.
    • Kehadiran protein dan sel darah merah menandakan kemungkinan kegagalan ginjal
    • Kehadiran mikroorganisma  menandakan kita diserang kuman
  2. Memberitahu jenis mikroorganisma (kuman) yang telah menjangkit saluran air kencing. Apabila kita demam, mungkin kita diserang kuman. Jenis-jenis kuman yang menyerang tubuh perlu diketahui sebelum antibiotik yang sesuai di makan. Umumnya, jenis antibiotik bergantung kepada jenis kuman yang menyerang.

     
    Mikroorganisma yang dikultur

  3. Memberitahu kerintangan mikroorganisma (kuman) terhadap antibiotik. Apabila kita demam atau luka, biasanya doktor akan memberi antibiotik dan menasihatkan kita untuk menghabiskan antibiotik tersebut. Kegagalan kita menghabiskannya akan menyebabkan mikroorganisma rintang terhadap antibiotik tertertu. Oleh itu, kadangkala demam sukar untuk sembuh. Oleh itu, penganalisaan urin di makmal dapat memberitahu kerintangan tubuh terhadap antibiotik-antibiotik tertentu.


    Ujian sensitiviti antibiotik bakteria

  4. Memberitahu amalan tidak sihat

    Apa jua bahan merbahaya yang memasuki tubuh akan disingkirkan melalui urin. Penyalahgunaan dadah yang menjadi ancaman negara dapat dikesan mlalui urin. Mulut kita boleh menipu tetapi tidak urin. Ia memberitahu kita segala-galanya. Penyalahgunaan morfin, heroin, ganja, syabu dan lainnya dapat dikesan melalui urin.


    Sejenis ujian untuk mengesan dadah

  5. Cara pengambilan sampel urin untuk ujian penganalisaan

    Mungkin kita tidak mengetahui bahawa urin adalah steril iaitu tidak mengandungi sebarang bakteria sehingga sampai ke uretra. Ini bermakna urin di dalam pundi kencing tidak mengandungi sebarang organisma. Kehadiran mikroorganisma hanya apabila berada di uretra. Justeru, kita digalakkan berdehem selepas membuang air kecil agar semua urin di uretra dibuang semuanya. Kehadiran urin di uretra menggalakkan pembiakan kuman di uretra dan boleh menyebabkan jangkitan di sistem perkumuhan kita.Oleh itu, jika dikehendaki mengumpulkan urin bagi penganalisaan, kadangkala kita perlu membuang 1/3 urin dalam pundi kencing kita agar segala bakteria dibersihkan bersama-sama urin selepas itu, baru kita kumpulkan urin kita untuk penganalisaan.

Walaupun urin dianggap kotor, tetapi ia dapat menerangkan status kesihatan kita. Setiap sesuatu pasti ada kegunaan. Cuma kita tidak mengetahuinya. Itulah tanda-tanda kebesaranNya.

Sumber rujukan:

  1. Portal MyHealth
Advertisements

Categories: Kesihatan

Leave a Reply