Kewangan & Perniagaan

Pengeluaran Wang KWSP – Untuk Pekerja Hilang Upaya Kekal ?

Pengeluaran hilang upaya kekal membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya tidak berupaya daripada segi mental atau fizikal, setelah mencapai tahap Pemulihan Perubatan Maksima (MMI) untuk bekerja bagi membantu menyara kehidupan ahli. Ahli telah disahkan hilang upaya daripada segi fizikal atau mental, setelah mencapai tahap Pemulihan Perubatan Maksima (MMI) untuk bekerja oleh doktor yang merawat ahli dan pegawai perubatan yang dilantik oleh KWSP. Permohonan perlu disokong oleh laporan perubatan yang dibuat tidak lebih satu tahun dari tarikh permohonan diterima.

 

Tatacara Permohonan

Permohonan pengeluaran hilang upaya kekal KWSP perlu dimohon oleh ahli melalui KWSP dan permohonan akan dihantar kepada Unit Rekod Perubatan hospital untuk ditubuhkan Sidang Lembaga Perubatan. Senarai Dokumen Yang Diperlukan adalah:

  • Borang Pengeluaran KWSP 9L (AHL)
  • Kad Pengenalan Diri
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli
  • Permohonan Secara Pos
  • Laporan Perubatan Asal dari Institusi Perubatan Pakar/Bukan Pakar- Lampiran 1
  • Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan
  • Borang Temuduga

 

Proses Penubuhan Lembaga Perubatan

Lembaga Perubatan akan bersidang setelah Unit Rekod Perubatan Hospital yang bertindak sebagai urusetia menerima permohonan daripada KWSP. Penetapan tarikh serta panel Lembaga Perubatan akan ditentukan di peringkat hospital. Carta aliran kerja penubuhan Lembaga Perubatan adalah disepertimana di Lampiran 2.

 

Contoh Format Laporan Perubatan Hilang Upaya

 

 

 

 

Sumber Rujukan:

  1. Portal MyHealth
  2. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Advertisements