Kesihatan

Bagaimana Teknik Penggunaan Inhaler ( Ubat Asma ) ?

Inhaler merupakan sejenis alat untuk menyedut ubat digunakan dalam rawatan penyakit asma atau penyakit berkaitan saluran pernafasan.

Terdapat beberapa jenis inhaler yang sering digunakan. Antaranya termasuklah:

  • Metered Dose Inhaler
  • Turbuhaler
  • Accuhaler

Teknik penggunaan inhaler yang betul sangat penting bagi memastikan keberkesanan rawatan.

Cara Penggunaan Metered Dose Inhaler (MDI)

alt

MDI terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu

  • Kanister iaitu tempat simpanan ubat
  • Actuator iaitu mekanisme bagi semburan ubat ke dalam rongga pernafasan

Berikut merupakan teknik menggunakan MDI

  • Duduk atau berada dalam keadaan tegak
  • Buka penutup mouthpiece MDI dan pegang MDI dalam posisi menegak
  • Goncang MDI sebanyak 3-5 kali bagi memastikan kandungan kanister bercampur
  • Hembus nafas keluar dengan perlahan
  • Masukkan corong (mouthpiece) MDI ke dalam mulut dan bibir dirapatkan
  • Tekan Kanister dan tarik nafas dalam secara serentak
  • Tahan nafas sekurangnya selama 8 hingga 10 saat
  • Keluarkan MDI dari mulut dan hembus nafas keluar
  • Tutup semula penutup corong inhaler.

Ulangi langkah 3 hingga 8 sekiranya lebih daripada 1 sedutan diperlukan.

Sekiranya anda menggunakan lebih daripada satu jenis MDI atau lain-lain jenis inhaler, pastikan masa pengambilan dijarakkan sekurang-kurangnya selama 5 minit.

Langkah Penjagaan MDI

MDI yang digunakan perlu dibersihkan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Berikut merupakan langkah membersihkan MDI

  • Tanggalkan kanister dan penutup corong daripada actuator
  • Alirkan air paip pada actuator selama lebih kurang 30 saat
  • Kemudian, bersihkan juga penutup corong dengan mengalirkan air paip selama lebih kurang 30 saat
  • Keringkan actuator semalaman
  • Setelah kering, pasang semula kanister dan penutup dan simpan

Cara Penggunaan Turbuhaler

  • Tanggalkan penutup turbuhaler dan pegang turbuhaler menegak
  • Putarkan pemegang ke kanan, dan ke kiri sehingga mendengar bunyi ‘klik’
  • Hembus nafas keluar dan pastikan nafas tidak dihembus ke arah turbuhaler
  • Masukkan corong ke dalam mulut dan rapatkan bibir
  • Tarik nafas dan sedut ubat melalui mulut dengan kuat dan dalam keluarkan corong dari mulut sebelum menghembus nafas
  • Turbuhaler dilengkapi tingkap petunjuk dos untuk membolehkan pesakit mengetahui dos yang masih belum digunakan
  • Ulangi langkah 2 hingga 6 jika lebih daripada satu dos diperlukan
  • Setelah selesai digunakan, tutup turbuhaler dengan penutup dan simpan di tempat yang kering
  • Berkumur setelah menggunakan alat ini

 

alt

 

Langkah penjagaan Turbuhaler

  • Turbuhaler perlu dibersihkan sekurang-kurang seminggu sekali
  • Bersihkan corong turbuhaler dengan menggunakan kain yang kering atau kertas tisu
  • Jangan gunakan kain basah atau air untuk membersihkan turbuhaler

Cara menggunakan Accuhaler

  • Pegang accuhaler dan letakkan ibujari pada pemegang. Buka penutup accuhaler dengan dengan menolak pemegang dengan ibu jari ke arah kanan sehingga mendengar bunyi ‘klik’. Corong penyedut akan kelihatan
  • Tolak tuil dan bunyi ‘klik’ akan kedengaran, ini bermaksud satu dos akan diambil
  • Hembus nafas. Masukkan corong ke dalam mulut dan rapatkan bibir
  • Sedut ubat dan tarik nafas serentak dengan kuat dan dalam
  • Keluarkan accuhaler dari dalam mulut dan hembus nafas
  • Tutup semula accuhaler selepas digunakan
  • Berkumur selepas menggunakan alat ini

 

alt

 

Langkah Penjagaan Accuhaler

  • Corong accuhaler perlu dibersihkan sekurang-kurangnya seminggu sekali
  • Lapkan corong menggunakan kain kering yang bersih atau tisu
  • Simpan accuhaler ditempat yang kering

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan:

  1. Portal MyHealth
Advertisements

Categories: Kesihatan

Leave a Reply