Kesihatan

Bagaimana Teknik Penggunaan Alat Semburan Hidung (Cth: Nasonex) ?

Alat semburan hidung digunakan untuk merawat simptom alahan hidung, resdung dan hidung tersumbat.

Teknik penggunaan yang betul amat penting bagi memastikan keberkesanan rawatan. Alat semburan hidung yang berbeza mempunyai arahan penggunaan yang berbeza (contoh: cara pegang, teknik priming) Oleh itu, adalah penting untuk mengikut arahan penggunaan daripada doktor dan merujuk arahan pada label ubat.

Alat semburan hidung hanya digunakan untuk hidung sahaja! Jangan semburkan ke dalam tempat lain.

Penggunaan Alat Semburan Hidung Untuk Kali Pertama. (“PRIMING”)

  1. Keluarkan penutup perlindungan (gambar A).
  2. Sesetengah alat semburan hidung perlu digoncang dengan kuat (contoh Avamys Nasal Spray) manakala ada alat semburan hidung yang tidak boleh digoncang langsung (contoh Miacalcic Nasal Spray). Sila rujuk doktor ataupun ahli farmasi anda.
  3. Rujuk gambar B untuk cara pegang yang betul. Alat semburan hidung perlu ditekan kuat sehingga semburan ubat dikeluarkan (bilangan tekanan sebanyak 3-10 kali bergantung kepada jenis alat semburan hidung). Proses ini dipanggil priming (gambar B).
  4. Priming dilakukan sekali sahaja untuk setiap alat semburan hidung. Namun, jikalau alat semburan sudah tidak digunakan untuk lebih dari 1-2 minggu, proses priming hendaklah dilakukan sekali lagi.

Penggunaan Alat Semburan Hidung Selepas Proses Priming

  1. Bersihkan saluran hidung anda (Gambar C).
  2. Keluarkan penutup perlindungan.
  3. Tutup 1 lubang hidung dengan jari. Tunduk kepala anda ke hadapan sedikit. Pastikan botol tegak dan berhati-hati meletakkan hujung aplikator ¼ atau ½ inci ke dalam lubang hidung.(Gambar D).
  4. Tekan pam 1 kali. Pastikan kepala anda condong ke bawah dan pada masa yang sama, perlahan-lahan menarik nafas* melalui lubang hidung anda. Jangan sembur terus pada dinding hidung (Gambar E).
  5. Ulangi langkah 4 untuk lubang hidung yang lain.
  6. Jangan dongakkan kepala anda ke belakang untuk mengelakkan ubat masuk ke dalam tekak.
  7. Jika ubat itu masuk ke dalam tekak anda, anda boleh merasa pahit di dalam mulut anda. Ini adalah perkara biasa.
  8. Apabila anda selesai menggunakan alat semburan hidung, lap aplikator dengan tisu yang bersih atau kain dan tutup kembali dengan penutup perlindungan.
  9. Jangan hembus nafas melalui hidung dengan kuat ataupun mencuci lubang hidung selepas menggunakan alat semburan hidung.

Tips Semasa Menggunakan Alat Semburan Hidung

  1. Elakkan dari menarik nafas secara kuat untuk mengelakkan ubat masuk ke dalam tekak.
  2. Jika alat semburan hidung digunakan dengan betul, semburan tidak akan menitis dari hidung atau ke bawah bahagian belakang tekak anda.
  3. Gunakan alat semburan hidung anda seperti yang telah diarahkan oleh doktor.
  4. Jika anda mengalami hidung berdarah, berhenti menggunakan ubat itu untuk beberapa hari dan menggunakan semburan air garam (salt water). Jika pendarahan atau kerengsaan berterusan, dapatkan nasihat daripada doktor anda.
  5. Simpan alat semburan hidung anda jauh dari cahaya matahari dan kanak-kanak.

 

 

 

 

Sumber rujukan:

  1.  Portal MyHealth
Advertisements

Categories: Kesihatan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s