Keluarga Bahagia

Ijazah vs Surat Nikah – Persiapan Mental Bagi Remaja

Zahra: Mummy, ara ada benda nak bagi tau mummy..
Mummy: Bagi tahu apa ara? Hmmm..lain macam je ara ni..
Zahra: Kalau ara bagi tahu mummy..mmm..hmm..
Mummy: Araa…kenapa ni? Lain macam ara ni..ara nak bagi tahu mummy apa sebenarnya? Cakap je lar..kalau ara tak cakap..mummy tak tahu..cuba terus terang dengan mummy..
Zahra: Hmm..mmm..ara..ara..ara nak kahwin mummy..
Mummy: Ara nak kahwin?? Ara kan tengan belajar lagi..baru semester 2..jauh lagi perjalanan ara..ara nak kahwin dengan siapa?!
Zahra: Ara..ara..ara…..

 

 

Pengenalan

Petikan dialog di atas merupakan perbualan Zahra seorang remaja perempuan yang berusia 20 tahun bersama ibunya. Ramai dikalangan anak muda yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi mengambil keputusan untukmendirikan rumah tangga selepas menemui insan yang dirasakan sesuai untuk dijadikan pasangan.

 

Definisi Ijazah

Ijazah merujuk kepada mana-mana dalam selingkungan besar tahap darjat yang dikurniakan oleh institusi pengajian tinggi, seperti universiti, secara amnya sebagai ganjaran bagi kejayaan menyiapkan satu program pengajian.

 

Definisi Surat Nikah

Pernikahan adalah upacara pengikatan janji akad nikah yang diraikan atau dilaksanakan oleh dua orang dengan maksud meresmikan ikatan perkahwinan secara norma agama norma hukum, dan norma sosial.

 

Apakah Kebaikan Berkahwin Muda?

Mungkin ramai yang tidak menyedari kahwin awal mampu memelihara maruah wanita serta keluarganya dari fitnah dan zina. Lebih-lebih lagi ketika berada di pusat pengajian yang sama. Sudah pasti bila ada masa terluang janji temu akan diatur bagi melepas kerinduan. Sekali dua mungkin boleh bertahan tetapi masuk ketiga an seterusnya, adakah keadaannya masih sama? Ditambah pula jika ‘berdua’ sudah pasti ada yang ketiga iaitu ‘syaitan’. Dengan berkahwin, segala-galanya terjaga. Baik dari segi syariat, akhlak, agama dan macam-macam lagi. Dari sudut yang lain, ibu bapa tidak perlu lagi risau kerana sudah ada orang yang sah di sisi agama untuk menjaga keselamatan, keperluan dan kebajikan anak perempuannya.

 

Perlukah Berkahwin Di Awal Usia?

Tidak dinafikan, pelajar-pelajar universiti ini ada yang menjalin hubungan lebih dari dua tahun, malah hingga enam tahun. Jalan paling baik adalah bertanya secara jujur kepada pasangan sama ada dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga atau sebaliknya. Sekiranya dia bersetuju maka usahakan ke jalan kebaikan tetapi jika dia berdolak-dalih dan gagal berikan alasan yang munasabah sebaiknya lakukan solat istikharah.

Pertimbangkan untuk memutuskan hubungan kerana dia gagal menunjukkan kesungguhannya. Biarpun ada yang menentang berkahwin di usia muda tetapi cubalah memandangnya dari sudut yang positif.

 

Mengapa Tidak Bertunang Dahulu?

Bertunang samalah seperti berpacaran, masih terikat dengan syariat agama kerana keduanya masih bukan mahram yang sah. Segala-galanya terbatas dan ‘lesen’ bertunang itu sebenarnya adalah sekadar adat sahaja.

Terdapat hadis yang mengatakan sekiranya seseorang anak gadis telah menemui pasangan yang sesuai dengannya maka segerakanlah perkahwinan untuknya. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah saw telah bersabda :

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redha agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan demikian, maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”.

 

Bagaimana Jika Tidak Direstui?

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendapatkan restu ibu bapa dikedua belah pihak. Cuba yakinkan mereka mengenai kebaikan kahwin awal dan pendekatan yang akan kalian lakukan selepas berkahwin kelak.

Bagaimanapun, sekiranya mereka masih tidak setuju dengan keputusan berkenaan sebaiknya jangan diteruskan. Ini kerana redha ibu bapa itu penting untuk anak teruskan kehidupannya. Ingatlah bahawa perkahwinan bukanuntuk sehari dua, ia untuk selamanya.

Mungkin banyak perkara yang dibangkitkan mengenai tanggungjawab, kewangan atau ciri-ciri kepimpinan. Di sinilah pasangan perlu buktikan yang terbaik kepada mereka bahawa masing-masing telah cukup matang untuk melayari alam rumah tangga.

 

Bagaimana Pula Dengan Pandangan Masyarakat?

Lazimnya inilah masalah yang sering mengganggu. Sering memikirkan persepsi masyarakat daripada persepsi Yang Maha Berkuasa. Bercinta, berjumpa dan berkasih tidak takut tetapi bila hendak mendirikan rumah tangga masih teragak-agak. Bimbang dengan kata-kata orang kerana di zaman yang serba moden ini, masih ada penuntut universiti yang memilih untuk berkahwin diusia muda.

 

Mampukah Bahagia?

Sebenarnya, usia, tempoh perkahwinan malah apa sahaja bukanlah jaminan untuk mencapai bahagia. Semuanya tergantung kepada pasangan itu sendiri untuk berusaha ke arahnya. Sekalipun ada diantaranya terpaksa berjauhan kerana masing-masing menginap di asrama yang berlainan tetapi itulah yang mengajar erti kerinduan, erti kasih sayang yang sebenar.

 

Cara Bahagi Masa Antara Belajar Dengan Rumah Tangga?

Mudah sahaja kalau tahu cara asasnya. Waktu belajar berikan tumpuan sepenuhnya, jangan main-main dan berusahalah untuk berjaya. Tetapi bila dengan pasangan tugas sebagai pelajar itu dilupakan seketika. Laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk melayannya sebaik mungkin.

 

Tips Menangani

Perlu bersedia luar dan dalam agar hubungan rumah tangga berlangsung seperti biasa. Ramai yang kata seronok berkahwin tetapi usah sekali-sekali lupakan cabaran yang bakal dilalui di masa hadapan.

Adatlah, selagi namanya manusia cubaan dan rintangan sudah tersedia. Lebih-lebih lagi usia masih muda dan sudah punya famili, banyak perkara perlu diambil kira. Oleh itu apa yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

 

 

 

Sumber rujukan:

  1. Portal MyHealth
Advertisements

Categories: Keluarga Bahagia, Remaja

Tagged as: ,

Leave a Reply