Kesihatan

Kenapa Penting Untuk Menjaga Tulang Telakang?

Penjagaan tulang belakang adalah penting bagi mengurangkan masalah seperti sakit belakang, sakit tengkuk, rasa letih lesu serta kita merasa sihat cergas dan berkeyakinan.

 

Apakah cara untuk menjaga tulang belakang?

  • Satu cara yang paling penting adalah dengan menjaga postur kita. Cara kita berdiri, duduk, baring dan mengangkat barang adalah penting. Postur yang salah apabila melakukan aktiviti ini boleh mengakibatkan sakit belakang yang berpanjangan.

  • Ada pelbagai senaman yang boleh dilakukan untuk menyokong tulang belakang. Berjalan dan berenang terutamanya kuak lentang dan menggunakan basikal statik adalah cara-cara yang baik untuk menguatkan tulang belakang.

  • Selain dari senaman aerobik, senaman regangan dan pengukuhan juga perlu dilakukan.

 

Antara senaman yang boleh dilakukan adalah seperti di bawah :

Lakukan aktiviti regangan sebelum melakukan senaman untuk tulang belakang


Gambar dari wikihow

 

 

Tip penjagan tulang belakang

  • Elakkan dari berdiri terlalu lama. Jika terpaksa berdiri untuk jangka masa panjang letakkan bangku rendah dekat dengan kaki. Salah satu kaki boleh diletakkan secara bergilir di atas bangku tersebut bagi merehatkan kaki.

  • Jangan guna kasut bertumit tinggi. Pakailah kasut dengan pelapik lembut.

  • Apabila duduk, gunalah kerusi dengan belakang yang lurus dan boleh diubahsuai ketinggiannya.

  • Jika memandu pada jarak jauh, berhentilah setiap satu atau dua jam. Keluar dari kereta dan berjalan seketika. Jangan mengangkat barang yang berat sejurus selepas memandu jarak yang jauh.

  • Berhenti merokok. Merokok boleh mengurangkan pengaliran darah kepada diska intervertebral pada tulang belakang dan boleh mengakibatkan masalah sakit belakang.

  • Kurangkan berat badan jika berat badan berlebihan.

 

 

 

 

Sumber Rujukan:

  1. Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia
Advertisements

Categories: Kesihatan, Remaja

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s