Keluarga Bahagia

Pemakanan – Tanda bayi mendapat susu ibu yang mencukupi

Tanda-tanda berikut dapat membantu anda menilai samada bayi mendapat susu ibu yang mencukupi;

  • Bayi membuang air kencing sekurang-kurangnya 6 kali sehari.
  • Bayi membuang air besar 2 hingga 5 kali sehari, najis lembut berwarna kuning.
  • Air kencing berwarna kuning jernih dan bukan kuning pekat atau oren.
  • Berat badan meningkat secara konsisten selepas berumur 1 minggu.
  • Bayi tidur dengan lena.
  • Apabila terjaga dari tidur bayi kelihatan cergas dan sihat.

 

 

 

Sumber rujukan:

  1. Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia.
Advertisements

Categories: Keluarga Bahagia, Kesihatan

Tagged as:

Leave a Reply