Kesihatan

Karies Awal Gigi Kanak-Kanak

 

Apa yang dimaksudkan karies awal kanak-kanak ?

Karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi. Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.

Apakah faktor penyebab penyakit ini?

  1. Kekerapan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi
  2. Kurang/tidak memberus gigi
  3. Teknik memberus gigi yang tidak berkesan menanggalkan plak

Apakah faktor lain yang boleh meningkatkan risiko mendapat kerosakan gigi?

  • Menyusu botol yang mengandungi sukrosa
  • Transmisi bakteria daripada ibu kepada anak melalui air liur (Cth: Ibu dan anak berkongsi sudu makanan)
  • Higin mulut ibu yang teruk
  • Pengambilan ubat yang mengandungi gula

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mencegah penyakit ini?

  • Pengambilan diet yang mengandungi gula rendah
  • Penggunaan ubat gigi berfluorida ( kandungan fluorida ?1000ppm)
  • Memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida
  • Ibu/bapa/penjaga perlu membantu kanak-kanak memberus gigi. Ibu/bapa atau penjaga perlu mengangkat bibir atas kanak-kanak  (Lift the Lip), untuk memastikan tiada plak terkumpul di bahagian pinggir gusi.
  • Keluarkan botol susu dari mulut sebaik sahaja habis menyusu botol
  • Berhenti menyusu menggunakan botol (umur 1-3 tahun) dan diganti dengan cawan
  • Menggunakan ubat ‘bebas gula’  sekiranya perlu makan ubat berbentuk cecair
  • Minum air masak/berkumur selepas ambil ubat cecair yang mengandungi gula
  • Menjalani pemeriksaan gigi setiap 6 bulan

Apakah rawatan kerosakan gigi?

  • Rawatan fluorida topikal
  • Rawatan pengapan fisur
  • Rawatan tampalan amalgam
  • Rawatan tampalan komposit
  • Rawatan tampalan simen ionomer kaca
  • Rawatan korona keluli nirkarat
  • Rawatan pulpa
  • Rawatan cabutan

Perlukah pesakit dirawat dengan kaedah bius  umum?

Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah bius umum wajar dipertimbangkan. Dengan kaedah ini, kesemua gigi yang rosak akan dirawat, sama ada untuk tampalan, rawatan pulpa dan rawatan korona, ataupun cabutan supaya mulut kanak-kanak menjadi bebas penyakit.

Perlukah pesakit dipanggil semula setelah selesai rawatan?

Pesakit perlu dipanggil semula setiap tiga bulan untuk memastikan penyakit kerosakan gigi terkawal dan tidak berulang.

 

 

Sumber rujukan

  1. Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Advertisements

Categories: Kesihatan

Tagged as: ,

Leave a Reply