Kesihatan

TANDA-TANDA AWAL SLIP DISC(CAKERA TERGELINCIR). SILA AMBIL PERHATIAN!

Tulang belakang manusia terdiri daripada 24 tulang individu yang dipanggil vertebra yang disusun di atas satu sama lain. Di antara setiap tulang belakang terdapat perlindungan, lapisan bulat(tisu perantara) yang dipanggil cakera.

Cakera ini mempunyai gentian lembut, bahan seperti gel di dalamnya yang membantu menyerap-hentakan di antara tulang vertebra apabila badan bergerak.

Saraf tunjang berada di tengah-tengah melalui ruang vertebra dan ia amat sensitif kepada sentuhan. Ia mengandungi sel-sel saraf yang menghubungkan otak ke semua bahagian anggota badan.

Slip disc berlaku apabila dinding tisu di sekitar cakera telah bocor. Lalu menyebabkan cecair seperti gel bahagian cakera membengkak dan meleleh keluar. Walaubagaimanapun, kemerosotan cakera kerap berlaku dari peningkatan usia seseorang.

 

Tanda-tanda awal slip disc adalah seperti berikut:

  • Sakit belakang, tengkok, atau bahagian atas pinggang.
  • Kadang-kadang terasa kebas di bahagian-bahagian atas badan dan di bawah kawasan yang terjejas(umumnya, di kawasan yang dikawal oleh saraf tertentu).
  • Secara beransur-ansur boleh membawa kepada keadaan lumpuh.
    Sesetengah kes, bahagian atas pinggang terasa lemah dan ia menjadi sukar untuk berdiri.
  • Penderitaan slip disc juga boleh mengalami rasa kurang selesa dan gatal-gatal pada kemaluan.
  • Pesakit juga mungkin mengalami sakit semasa bersin, batuk, berjalan, dan lain-lain.

 

Gejala yang perlu diberi perhatian dengan segera:

  1. Kelemahan sensasi atau kebas pada mana-mana anggota badan bahagian bawah.
  2. Kehilangan kekuatan pada satu atau kedua-dua kaki.
  3. Sakit belakang yang teruk dengan kesan darah dalam air kencing.
  4. Rasa berdenyut pada bahagian dalam paha.
  5. Sakit belakang yang bertambah teruk walaupun dalam keadaan berehat berbanding apabila anda bergerak.
  6. Terasa sangat lemah berpanjangan dengan sensasi tusukan walaupun dalam sedang berehat.
  7. Lemah tenaga batin.
  8. Kesan yang berpanjangan boleh membawa kepada pesakit manjadi lumpuh.

 

Perlu diingatkan agar pesakit merujuk kepada doktor jika mengalami tanda-tanda awal ini sebelum ia tambah melarat.

Advertisements

Categories: Kesihatan

Tagged as:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s