Makanan

Bagaimana Membuat Resepi Ikan Siakap Kerabu Mangga ?

Bahan – Bahannya

  • 1 Ekor Ikan Siakap ( Dibasuh dan dikelar )
  • 1 Sudu teh lada hitam ( dikisar halus )
  • 1 Sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 cawan kacang tanah ( digoreng )
  • 1 biji mangga muda ( diparut )

Bahan dihiris:

  • 2 biji tomato
  • 5 biji cili
  • 1 labu bawang besar
  • 1 batang serai

Bahan dibancuh:

  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar air limau nipis
  • 1 sudu teh gula

Lain – lain bahan

  • 1 pokok daun ketumbar
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara – cara membuat:

  1. Lumurkan ikan dengan lada hitam, serbuk kunyit dan garam. Kemudian taburkan tepung gandum
  2. Kacang tanah dikisar separuh kasar
  3. Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan
  4. Masukkan mangga, bahan yang dihiris dan kacang yang dikisar ke dalam mangkuk
  5. Masukkan bahan yang dibancuh dan garam. Gaul rata sehingga sebati
  6. Hidangkan di atas ikan goreng tadi. Kemudian taburkan daun ketumbar.
  7. Siap.

 

Advertisements

Categories: Makanan

Leave a Reply