Kesihatan

Apakah Bayi Pramatang Lewat Berpotensi Mendapat Masalah? :

Siapakah bayi pramatang lewat?

  • Bayi pramatang lewat adalah bayi yang dilahirkan antara tempoh kandungan 34 minggu 0 hari hingga 36 minggu 6 hari.
  • Sementara bayi cukup bulan adalah bayi yang dilahirkan antara tempoh kandungan 37 minggu 0 hari hingga 41 minggu 6 hari

Apakah keunikan bayi pramatang lewat?

  • Secara fizikal bayi pramatang lewat mempunyai saiz dan berat yang sama dengan bayi cukup bulan.
  • Walaubagaimanapun fungsi metabolik (contohnya kawalan gula) dan fisiologi (contohnya kawalan pernafasan) bayi pramatang lewat adalah berbeza dan kurang sempurna dibandingkan dengan bayi cukup bulan.

Apakah bayi pramatang lewat berpotensi mendapat masalah? :

  • Secara amnya kebanyakan bayi pramatang lewat didapati sihat selepas dilahirkan dengan berat badan yang menyerupai bayi cukup bulan. .
  • Oleh itu mereka selalunya mendapat rawatan yang sama seperti bayi cukup bulan
  • Kajian telah membuktikan bahawa bayi pramatang lewat mempunyai risiko penyakit dan kematian yang lebih tinggi berbanding dengan bayi cukup bulan.
  • Ini kerana kemampuan fungsi metabolik dan fisiologi yang kurang matang untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran selepas kelahiran.
  • Antara masalah yang berkaitan dengan bayi pramatang akhir ialah:
    • Rendah suhu badan (hypothermia)
    • Rendah gula (hypoglycemia)
    • Gangguan pernafasan
    • Apnea (berhenti bernafas untuk tempoh tertentu)
    • Kekuningan / jaundis
    • Gangguan penyusuan
    • Lewat perkembangan

Apakah rawatan semasa di hospital?

  • Rawatan semasa dihospital bagi bayi pramatang lewat adalah sama seperti bayi bayi pramatang lain.
  • Ramai daripada bayi-bayi ini yang sihat dan boleh bersama dengan ibu semasa pemantauan dibuat Kebanyakan bayi pramatang lewat hanya memerlukan pemantauan di wad postnatal atau wad ibu bersama bayi.
  • Segelintir yang memerlukan rawatan yang lebih rapi di Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) atau Nurseri Jagaan Khusus (SCN)
  • Pemantauan tahap kesihatan bayi pramatang lewat ini perlu dibuat secara berterusan semasa pesakit berada di hospital dan selepas pulang ke rumah, terutamanya sehingga bayi mencapai umur cukup bulan
  • Garis panduan dan nasihat mengenai¬†pemantauan bayi pramatang lewat semasa di rumah¬†perlu diberikan kepada ibu bapa sebelum bayi dibenarkan pulang

Bilakah bayi pramatang lewat boleh dibenarkan pulang ke rumah?

  • Secara umumnya bayi pramatang lewat boleh dibenarkan pulang sekiranya sepanjang pemantauan di dalam hospital bayi didapati mampu mengekalkan suhu badan , pernafasan, penyusuan dan kumuhan,juga tahap gula yang normal,

Bolehkah kelahiran bayi pramatang lewat dielakkan?

  • Peningkatan kualiti penjagaan dan kemajuan peralatan dalam khidmat rawatan ibu yang hamil tidak dapat mencegah kejadian kelahiran bayi pramatang lewat, malah didapati setiap tahun terdapat peningkatan kelahiran bayi pramatang lewat.
  • Ini disebabkan oleh beberapa kemungkinan iaitu:
    • Kemajuan rawatan reproduktif menyebabkan peningkatan kejadian kandungan kembar yang berisiko untuk kelahiran pramatang
    • Kemajuan peralatan yang membolehkan pengenal pastian awal kandungan bermasalah dan keputusan kelahiran awal diambil dan dijalankan
Advertisements

Categories: Kesihatan

Leave a Reply