Kesihatan

Bagaimana Teknik Penjagaan Sendi Anda ?

Definisi Teknik Penjagaan Sendi

Kesakitan dan kepenatan pada sendi adalah satu masalah utama yang kerap diluahkan oleh individu yang mengalami sakit sendi. Sekiranya isu sakit sendi ini tidak dirawat, maka sendi tersebut akan mengalami kelemahan dan tahap kesakitan juga akan meningkat. Lama-kelamaan, kekakuan terbentuk pada sendi tersebut. Untuk mengelakkan isu kesakitan dan kepenatan ini berlarutan, maka Teknik Penjagaan Sendi ini diwujudkan. Teknik ini membolehkan anda meneruskan aktiviti-akitiviti harian tanpa kesakitan, keradangan dan kecederaan akibat daripada tekanan pada sendi.

Teknik Penjagaan Sendi melibatkan dua komponen seperti berikut:

  1. Penilaian ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh seseorang individu dan menentukan potensi dan faktor yang menyumbangkan kesakitan, keradangan, ketidakstabilan dan kecacatan pada sendi.
  2. Mencipta atau pengubahsuaian pada pergerakan individu tersebut dengan menggunakan splin, peralatan serta alat sokongan yang lain.

Prinsip Penjagaan Sendi adalah menggalakkan anda menggunakan sendi-sendi anda dengan cara yang betul untuk mengurangkan kesakitan.

Matlamat utama

Matlamat utama adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan anda berdasarkan keutamaan anda seperti berikut:

  1. Mengurangkan kesakitan semasa melakukan aktiviti
  2. Mengurangkan keradangan pada sendi yang disebabkan oleh tekanan mekanikal
  3. Memperbaiki mekanikal pergerakkan dan mengekalkan kefungsian
  4. Menghadkan dan mengelakkan pembentukan kekakuan atau kecacatan pada sendi

Anatomi sendi yang baik

Sendi adalah tempat dua atau lebih tulang bertemu. Permukaan tulang yang bertemu dengan tulang lain dikenali sebagai permukaan artikular. Ia menyokong badan dan membantu anda bergerak.

Simptom sakit sendi

Anda akan merasa seperti:

  1. Kesakitan pada sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul, tulang belakang) terutamanya semasa atau selepas aktiviti.
  2. Kebengkakkan pada sendi
  3. Kekakuan pada awal pagi
  4. Kekejangan dan ketegangan pada sendi
  5. Kelenguhan yang berlarutan
  6. Bunyi geseran pada sendi
  7. Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal

Jenis-jenis kondisi yang mengakibatkan masalah sendi

Banyak kondisi yang boleh menyebabkan masalah sendi. Contohnya, Osteoartritis, Artritis Reumatoid, Bursitis, Gout, ketegangan, tergeliat dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik penjagaan sendi

Teknik-teknik Penjagaan Sendi adalah seperti berikut:

  1. Menghormati sakit
  2. Mengagihkan beban ke atas sendi yang lebih besar
  3. Elakkan posisi yang sama dalam jangka masa yang panjang
  4. Mengurangkan berat badan yang berlebihan
  5. Menggunakan postur dan mekanikal tubuh badan yang betul
  6. Mengurangkan tekanan
  7. Keseimbangan antara kerja dan rehat dengan cara terancang dan tersusun
  8. Melakukan pergerakan dengan cara yang betul
  9. Menghormati sakitTerdapat beberapa faktor yang boleh memberi kesan yang buruk terhadap sendi anda.Masa – tempoh masa untuk menghabiskan sesuatu kerja atau aktiviti boleh mempengaruhi kesakitan pada sendi tersebut. Sebagai contoh, masa sepuluh minit digunakan untuk menghabiskan kerja tidak akan menyebabkan sebarang kesakitan, tetapi sekiranya aktiviti tersebut mengambil jangka masa selama satu jam, maka kesakitan akan terasa.

    Beban – berat pada suatu beban boleh mempengaruhi kesakitan. Sebagai contoh, membawa sekilo gula dalam beg plastik tidak memberi sebarang impak, tetapi sekiranya membawa 10 kilogram gula boleh menyebabkan kesakitan serta memburukkan lagi tekanan pada sendi tangan dan kaki.

    Pengulangan – jumlah pengulangan kerja yang sama juga boleh menyebabkan kesakitan. Sebagai contoh, melipat sekeping kertas tidak akan memberi sebarang kesan pada sendi, tetapi sekiranya aktiviti ini diulang sebanyak 10 kali maka ia akan menyebabkan kesakitan pada sendi tangan.

    *Oleh itu, elakkan daripada melakukan atau mengulangi aktiviti pada jangka masa yang panjang serta kurangkan beban yang berat.

  10. Mengagihkan beban ke atas sendi yang lebih besarMengagihkan beban ke atas sendi yang lebih besar kerana sendi besar lebih kuat berbanding dengan sendi yang kecil. Sekiranya menggunakan sendi yang besar, ia akan mengurangkan ketegangan pada sendi otot serta mengelakkan ketidakstabilan. Sendi yang kecil akan mengalami kesakitan sekiranya terlalu banyak digunakan.
  11. Elakkan posisi yang sama dalam jangka masa yang panjangPosisi yang sama dalam jangka masa yang panjang cenderung untuk mengalami kesakitan. Ia juga akan menyebabkan ketengangan pada otot dan kekakuan pada sendi. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada kesakitan dan kekakuan pada sendi, lakukan regangan dan perubahan pada satu posisi ke posisi yang lain.
  12. Menggunakan postur dan mekanikal tubuh badan yang betulMenggunakan mekanikal tubuh badan yang baik membolehkan anda bekerja dengan lebih cekap dan menjimatkan tenaga. Sebagai contoh, apabila anda bekerja sambil berdiri, pastikan permukaan meja kerja anda tinggi supaya anda boleh bekerja dengan selesa tanpa membongkok.
  13. Mengurangkan tekananAktiviti memerah, mencubit dan menekan seharusnya dielakkan kerana ia cenderung untuk mengalami kecederaan pada tisu lembut dan akan menyebabkan sakit. Anda boleh melaksanakan kebanyakan aktiviti dengan cara yang lebih mudah dan tidak memberi tekanan pada sendi anda. Sebagai contoh, elakkan menggunakan jari-jari anda semasa memegang buku, pinggan dan cawan. Anda boleh menggunakan tapak tangan anda untuk menampung berat objek tersebut. Sekiranya anda ingin membaca untuk tempoh yang lama, anda boleh menggunakan pemegang buku.
  14. Keseimbangan antara kerja dan rehat dengan cara terancang dan tersusun.Merancang beban kerja anda dapat membantu anda daripada serangan sakit sendi. Berehat sebelum anda menjadi penat atau sakit.
  15. Melakukakan pergerakkan dengan cara yang betulMenggerakkan sendi-sendi tubuh badan dengan cara yang betul untuk membantu anda mengalami kelemahan pada otot dan kekakuan pada sendi. Anda harus memastikan pergerakkan yang dilakukan tidak keterlaluan sehingga mencederakan sendi anda.

 

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/menjaga-sendi-anda/

Advertisements

Categories: Kesihatan

Tagged as: ,

Leave a Reply