Makanan

Bagaimana Membuat Resepi Sup Tulang ?

Bahan-Bahannya:

4 ketul tulang lembu
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 bungkus sup bunjut (sup tulang)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji tomato
Daun bawang
Daun sup
Garam secukup rasa
1/2 senduk minyak masak

 

 

Cara-caranya:

1- bersihkan tulang kemudian rebus dengan  5 cawan air dan sup bunjut sampai daging lembut. Petua lembutkan daging ni ada banyak.Tapi yang biasa saya buat ialah rebus tulang dan daging dengan memasuk kan garfu atau sudu besi.

Kalau ada yang guna garfu besi tapi daging tak lembut tu rasanya mungkin sudu tu bukan besi la kot.Sebab saya sendiri pernah cuba guna garfu yang nampak macam besi tapi daging tak lembut.Dia ada jenis2 besi jugak la gamak nya..

Kalau sudu dan garfu jenis besi ringan tu memang tak lembut dagingnya..Guna sudu dan garfu jenis besi yang berat,

2- Rebus daging dalam 30-45 minit je.. Lagi lembut daging tu lagi sedap la..Sementara tunggu daging lembut kisar bawang putih, bawang besar , halia dan lengkuas.

3-Bila daging dah lembut , panaskan minyak dalam kuali .tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian masuk kan bahan kisar tadi.

4- Bila dah perang dan naik bau masuk kan terus kedalam periuk yang ada tulang dan daging tadi.Masuk kan dengan minyak nya sekali.

5- Masuk kan garam dan biarkan hingga mendidih.

6- Bila dah mendidih potong tomato 4 bahagian  dan juga hiris daun bawang dan daun sup.Hiris nipis2 dan masuk kan ke dalam periuk tadi.

 

Boleh juga di makan dengan air asam.

 

Cara nak buat air asam:
1 biji bawang besar + 1 biji tomato + 10 tangkai cili padi + belacan + garam + perahan 3 biji limau kasturi   + kerisik + 1 senduk air.

Kisar semua bahan tadi dan siap untuk dihidangkan…

Bagi yang tak suka makan dengan air asam korang boleh masuk kan perahan limau nipis kedalam periuk sup tadi . Masuk kan selepas api ditutup… Kalau nak sup tu pedas sikit , campurkan saja 3-4 tangkai cili padi masa kisar bawang untuk menumis tadi.

Advertisements

Categories: Makanan

Tagged as: ,