Makanan

Bagaimana Membuat Resepi Sup Ayam ?

Bahan-bahan untuk menumis :

  • 3-4 biji bawang merah*
  • 4-5 ulas bawang putih*
  • 2-3 cm halia*
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga

*Semua bahan-bahan ni dikisar

 

Bahan utama :

  • Ayam beberapa ketul, ikut suka nak masak banyak mana. Selalunya saya guna bahagian yang banyak tulang. Sebab yang tulang la sedap dimakan sup.
  • Stok ayam (jika ada)
  • Air

 

Bahan-bahan lain :

  • Lobak merah – hiriskan bulat-bulat
  • Celery – hiriskan juga
  • Kentang – potong empat
  • Daun sup
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan lain ni pilihan masing-masing je. Saya selalunya hanya letak carrot dan kentang sahaja. Sebab itu yang selalu beli. Kalau ada batang saderi atau daun sup, saya akan letak sekali. Bagusnya sup yang dimasukkan carrot dan celery ni, khasiat daripadanya akan masuk sekali ke dalam sup sehingga sup rasa lebih sedap dan berperisa asli dengan masin dan manisnya. Kentang tu kira wajib lah bagi saya sebab anak saya suka makan kentang.

Cara-cara :

  1. Mula-mula panaskan minyak. Tak perlu banyak sangat sebab nanti sup akan berminyak pulak. Secukupnya je untuk menumis bahan tumisan dan rempah.
  2. Setelah minyak panas, tumiskan bahan tumis termasuk bahan rempah.
  3. Bila dah bau harum, masukkan kesemua ayam dan gaulkan.
  4. Terbalik-terbalikkan ayam agar gaul rata dengan bahan tumis dan biar ia dalam separuh masak.
  5. Kemudian baru masukkan air sehingga paras ayam. Air ni lebih sikit pun takpe sebab nanti kita nak rebuskan dan air tu akan berkurangan.
  6. Masukkan kentang sejak sebelum air tu mendidih lagi. Biar kentang tu sama-sama masak dengan ayam. Sebab kentang ni kan keras. Jadi dia perlu direbus lama-lama agar empuk dan mudah dimakan.
  7. Dah agak-agak mendidih, baru masukkan carrot dan celery. Biarkan ia semua mendidih. Api tak perlu kuat sangat.
  8. Masukkan stok ayam jika ada.
  9. Perasakan dengan garam. Mesti secukupnya ikut banyak mana air kita. Lagi banyak air kita, lagi banyak ayam kita, lagi banyak la garam kita. Saya gunakan garam bukit.
  10. Dah siap, boleh taburkan daun sup.
  11. Lagi best kalau dimakan bersama bawang goreng panas-panas.
  12. Siap

 

Kebaikan Sup Ayam Mengikut Kata Ahli Perubatan

  1. Terdapat kajian saintifik pada tahun 2000 yang mendapati bahawa sup ayam mempunyai ciri-ciri anti-radang.
  2. Memakan banyak sup ayam boleh melegakan simptom bermasalah pada hidung buat sementara waktu.
  3. Memakan sup ayam ketika mempunyai selsema membantu kerana anda menghidu wap daripada sup ayam yang panas, yang mana akan melegakan pernafasan dan tekak yang sedang perit.
  4. Anda juga sedang menghidrasikan tubuh dengan meminum air. Ketika sakit, kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas cecair dalam sehari.
  5. Ayam juga mengandungi asid amino yang semulajadi yang dinamakan cysteine, yang mana ia bersamaan dengan kandungan kimia di dalam ubat yang dinamakan acetylcysteine. Doktor selalu memberikan ubat ini kepada pesakit bronchitis dan jangkitan pernafasan untuk membantu menipiskan mucus agar ia mudah dibuang.

 

 

 

Sumber : http://www.syahidashukri.com/resepi-sup-ayam-yang-mudah-dan-cepat/

Advertisements

Categories: Makanan

Tagged as: