Setiap pemohon akan dinilai kelayakannya berdasarkan kadar Had Kifayah yang disediakan. Sekiranya kelayakan pemohon melebihi Had Kifayah, amil mesti mengambil kira kesukaran lain bagi pemohon jika ada untuk turut dipertimbangkan seperti:
PENDAPATAN ISI RUMAH
Pengiraan pendapatan hendaklah termasuk pendapatan isi rumah. Amil juga hendaklah mengambil kira keselesaan pemohon contohnya dari segi pemakaian telefon bimbit, kad kredit dan sebagainya. Siasatan hendaklah dijalankan ke atas setiap penerimaan pemohonan.