Haiwan Peliharaan

Bagaimana Infrastruktur Penternakan Lembu Tenusu ?

PENGENALAN INFRASTRUKTUR ASAS LADANG TENUSU

Infrastruktur asas ladang adalah penting dalam penternakan lembu tenusu. Bab ini akan menceritakan fungsi dan tujuan pembinaan kandang dan padok sebagai elemen penting dalam penternakan tenusu.

 

2.1 TUJUAN PENYEDIAAN KANDANG DAN CONTOH-CONTOH KANDANG

Tujuan penyediaan kandang di dalam sektor tenusu untuk memberi keselesaan bagi penternak dan ternakan dalam melakukan aktiviti-aktiviti pemerahan, pemberian makanan konsentrat dan rawatan. Penyediaan kandang juga bertujuan sebagai perlindungan sementara dari cuaca yang ekstrim dan bencana alam. Kandang hendaklah mempunyai travis, palong makanan, dan tempat pemerahan susu.

 

 

 

Gambar rajah 2.1 : Contoh-contoh kandang lembu susu yang terdapat di Malaysia

 

2.2. FUNGSI DAN TUJUAN PEMBINAAN PADOK

Pembinaan padok atau rest area bertujuan untuk memberi keselesaan pada lembu tenusu untuk berehat, bersenam dan tidur. Ini dapat mengelakkan gejala stress pada lembu dan menggalakkan pengeluaran susu ke tahap optimum.

Faedah-faedah pembinaan padok:

  1. Memberi keselesaan pada lembu untuk berehat, bersenam, makan rumput dan tidur.
  2. Menggalakkan pengeluaran susu ke tahap optimum.
  3. Mengurangkan kesan tekanan pada kaki akibat kenaikan berat lembu.
  4. Lembu yang biang lebih mudah dikesan.
  5. Pengurusan ternakan lebih cekap dan teratur.

Gambar rajah 2.2 : Contoh padok yang digunakan untuk lembu berehat

 

2.3 CONTOH-CONTOH BAHAN UNTUK MEMBINA PADOK

A. Bedding

Terdapat tiga jenis bedding yang boleh digunakan di dalam padok iaitu :

3 Tanah

  • Murah/tiada kos
  • Memberi tekanan pada kaki sekiranya berat badan lembu melebihi 300kg.
  • Kawasan lebih cepat lembap akibat bebanan tinja tinggi
  • Kerja-kerja pembersihan sukar dilakukan.

 

4 Rumput

  • Memberi keselesaan pada ternakan
  • Risiko jangkitan kecacingan tinggi

 

5 Pasir

  • Murah
  • Ternakan kurang risiko dari jangkitan kutu atau cacing
  • Ternakan selesa di atas pasir
  • Kerja-kerja pembersihan mudah dilakukan
  • Bedding lebih cepat kering

 

B. Pagar

Dua jenis pagar bahan yang boleh digunakan untuk pagar padok:

    1. 1.

Electric fencing

  • Kawalan ternakan lebih mudah
  • Pagar boleh dibentuk secara bebas oleh penternak
  • Perlu di kawal selia setiap hari kadar voltan pagar
  • Ternakan perlu dilatih sebelum boleh dilepaskan menggunakan pagar elektrik ini

 

    1. 2.

Cyclone

  • Kurang kecederaan pada ternakan
  • Kos agak tinggi

 

 

Sumber : madac.my

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s