Ibadat

Bagaimana Cara-Cara Solat Sunat Gerhana Bulan?

Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.

Melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian. Solat Sunat Khusuf waktunya bermula ketika sedang berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan tamatnya gerhana itu. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.

.

Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini  berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”

 

Cara – Cara Solat sunat gerhana bulan

Lafaz niat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Maksudnya; “Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala.”

Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

Rakaat Pertama

Takbiratul Ihram.
Membaca doa Iftitah.
Membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
Rukuk dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
Rukuk dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
Iktidal.
Sujud dan membaca tasbih.
Duduk antara dua sujud.
Sujud kembali.
Berdiri ke rakaat kedua.

Rakaat Kedua

Membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
Rukuk dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
Rukuk dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
Iktidal
Sujud dan membaca tasbih.
Duduk antara dua sujud.
Sujud kembali.
Membaca tasyahud akhir.
Memberi salam.

Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali rukuk sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali rukuk sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi SAW.

 

Sumber : harakahdaily , shoutulqolbu

Advertisements

Leave a Reply