Kewangan & Perniagaan

Bagaimana Syarat – Syarat nak Membuka Perniagaan Kedai Farmasi ?

Ini adalah antara beberapa persoalan yang kerap diajukan kepada kami.

Sebelum anda membuka sebuah farmasi, fahamilah dahulu tentang kerjaya seorang ahli farmasi. Sila rujuk kepada rencana berkaitan di sini.

 

Keperluan-keperluan

Keperluan untuk membuka sebuah farmasi adalah sama sahaja dengan keperluan untuk membuka sebuah kedai biasa, dengan sedikit kelainan. Antara yang paling utama ialah keperluan seorang ahli farmasi untuk mengawasi penjualan ubat-ubatan yang terkawal.

Secara ringkasnya, berikut adalah keperluan-keperluan yang perlu disiapkan :

Cari sebuah lokasi yang baik. Kepada anda yang mendalami ilmu perniagaan, tentu anda mengetahui bahawa 3 perkara utama untuk memastikan kejayaan sebuah perniagaan runcit ialah :

lokasi yang baik

lokasi yang baik

lokasi yang baik

 

Modal yang secukupnya. Untuk membuka sebuah farmasi yang biasa, modal sebanyak sekurang-kurangnya RM 200,000 diperlukan. Sejumlah besar wang ini diperlukan untuk membuat pengubahsuaian kedai farmasi yang bakal dibuka. Pengubahsuaian hendaklah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan, selain daripada majlis daerah tempat tersebut. Selain daripada pengubahsuaian, wang ini diperlukan sebagai wang ‘rolling’ seperti membayar gaji pekerja, pembelian barang, alat-alatan, deposit sewa, dsb.

Seorang ahli farmasi. Mengikut perundangan Malaysia, seorang ahli farmasi sepenuh masa diperlukan untuk membuka sebuah farmasi. Ahli farmasi ini adalah pemegang lesen racun-racun berjadual yang dijual di farmasi. Tanpa seorang ahli farmasi, sesebuah kedai atau premis itu tidak boleh dipanggil sebuah farmasi.

Ahli farmasi tersebut mestilah mempunyai kelayakan dalam bidang farmasi. Selalunya Bachelor in Pharmacy (BPharm) atau Bachelor in Science (Pharmacy) dari university-universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Di Malaysia universiti-universiti utama yang mengeluarkan graduan farmasi ialah USM, UM dan UKM. Untuk graduan lepasan universiti luar negara, senarai nama-nama universiti yang diiktiraf boleh didapati dari Jabatan Perkhidmatan Awam. Ahli farmasi tersebut mestilah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ahli farmasi tersebut mestilah pemegang Lesen A, yang membolehkan seseorang itu menjual, membeli, mengimpot dan mengekspot ubat-ubatan berjadual. Lesen ini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber : farmasianis.tripod.com

 

Advertisements

Leave a Reply