Kewangan & Perniagaan

Bagaimana Membuka Akaun Saham di Bursa Malaysia ? ( Akaun CDS )

Main saham di Bursa Malaysia.

Dulu orang panggil Bursa Saham Kuala Lumpur. BSKL.

Untuk mula berjual beli saham, tuan mesti melalui buka akaun dengan syarikat broker. Wajib. Kebiasaannya kita berurusan dengan individu yang mewakili syarikat broker yang dikenali sebagai remisier atau dealer. Remisier dapat komisyen, manakala dealer makan gaji.

Dahulu kalau nak berjual beli kena dail telefon. Sekarang boleh trade online melalui platformyang disediakan oleh syarikat-syarikat broker. Malah nak guna tablet, iPad, smartphone pun dah boleh, atau guna apps yang disediakan.

Barangsiapa yang beli saham tanpa melalui membuka akaun dengan mana-mana syarikat broker, ketahuilah dia telah ditipu. Maka nak main saham sila buka trading account dengan syarikat broker terlebih dahulu. Berikut adalah cara-caranya:

Langkah 1: Cari Syarikat Broker Berhampiran

Pergi ke website Bursa Malaysia (www.bursamalaysia.com) dan cari syarikat broker yang berhampiran atau yang kita selesa berurusan.

Sama ada untuk senang nak keluar masuk duit, yang kita suka online trading platform dia atau yang caj komisyen rendah.

Boleh juga cari bank yang ada share investment center di cawangan mereka.

Langkah 2: Cari Yang Menawarkan Akaun Shariah Compliant

Semak sama ada syarikat broker kita tu ada tawarkan Islamic trading account ke tidak.

Syarikat broker saham ada banyak, tapi yang tawarkan Islamic trading account ni bukan semua.

Sila semak dengan Bursa Malaysia-i .

Langkah 3: Terus Buka Akaun

Setelah buat pilihan maka sila pergi ke pejabat broker / buat temujanji dan bawa dokumen yang diperlukan untuk buka CDS account dan trading account seperti:

Salinan kad pengenalanPenyata akaun bankRM 10 + 60 sen GST

Akaun CDS  atau Central Depository System adalah akaun kita dengan Bursa Malaysia yang digunakan untuk semua urusan jual beli. Kita boleh ada lebih dari satu trading account. Jangan risau, semua syarikat broker uruskan.

Masa jumpa pegawai di syarikat broker tu, tanya lah semua benda.

Macam mana nak berjual beli secara online.Kadar brokerage feeDirect account vs nominee accountBayaran dividen nanti macam mana.Dan seterusnya.

Langkah 4: Lepas Akaun Dah Siap Masukkan Modal

Buka akaun ni mengambil masa beberapa hari bekerja.

Bergantung kepada proses dalaman sesebuah syarikat broker.

Apabila akaun telah dibuka, pastikan kita catat no CDS dan trading account di tempat yang senang kita nak ingat. Dan juga nombor trust account syarikat broker untuk tujuan deposit modal pelaburan saham ke dalam trading account. Selalunya dalam langkah (3) ianya remisier / dealer dah diberitahu.

Langkah 5: Beli 1,2 Kaunter

Apabila duit modal pelaburan dah masuk dalam trading account maka dapatlah kita membuat urusan jual beli saham di Bursa Malaysia. Biasakan dulu dengan platform onlineyang disediakan. Nanti nak buy, tertekan order sell. Naya je.

Jika tidak tahu, pergi belajar dengan remisier / dealer cara-cara letak order menerusi trading platform.

Apa pun hubungi syarikat broker dan buka akaun dulu. Buka akaun trading saham adalah langkah pertama yang menunjukkan kita serius untuk melabur dalam saham. Kemudian, letak modal yang kita sanggup rugi 100% dahulu seterusnya beli 1,2 syarikat. Lepas tu, berhenti, jangan beli apa-apa dah. Belajar cara yang betul pula untuk menjadi seorang pelabur bijak, supaya dapat konsisten buat untung.

Sumber : http://www.pakdi.net

 

Advertisements

Categories: Kewangan & Perniagaan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s